Kebahagiaan Boleh Dicapai Dengan Menukar Penderitaan Yang Anda Alami, Ini Perkongsian Dari Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah

Sebenarnya penderitaan yang kita alami dalam hidup ini boleh diubah menjadi kebahagiaan yang tak disangka-sangka. Ini caranya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebahagiaan adalah apa yang diidamkan oleh hampir setiap orang. Meskipun konsep kebahagiaan berbeza antara individu, pada dasarnya, kebahagiaan merujuk pada perasaan gembira, kepuasan, dan kecenderungan positif yang dialami seseorang.

Penting untuk kita tahu bahawa kebahagiaan bukanlah satu situasi yang sepenuhnya terlepas dari perasaan sedih, stres, atau kesulitan. Kebahagiaan yang sejati melibatkan kemampuan untuk menguruskan dan menerima akan emosi negatif yang mungkin muncul dalam hidup kita. Hal ini melibatkan penerimaan terhadap kenyataan bahawa kehidupan memiliki ujian dan cabaran, dan bahawa kebahagiaan tidak selalu bermaksud kebebasan dari segala macam penderitaan.

Perlu diingatkan bahawa konsep kebahagiaan adalah subjektif dan tidak sama antara individu. Ini bererti, apa yang membuat seseorang bahagia mungkin tidak sama dengan orang lain. Disebabkan itu, penting untuk menghormati perbezaan dan memahami bahawa setiap individu memiliki jalan unik mereka sendiri dalam mencapai kebahagiaan.

Bercakap soal kebahagiaan, ini perkongsian Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah mengenai cara untuk mengubah penderitaan kepada kebahagiaan.

1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi anda seawal 4.30 pagi. Waktu anda sedang bersendiri, masa itu anda dekatkan diri dengan melakukan ibadah dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.

2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tidak perlu dan dermakan pada yang memerlukan. Amalkan gaya hidup minimalist.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang anda makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.

4. Jaga hubungan anda dengan Allah SWT terlebih dahulu. Periksa solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.

5. Tukarkan cara anda melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Jika tidak jumpa, cari lagi dan teruskan mencari.

6. Perbaharui kehidupan sosial anda. Lihat circle anda. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong anda ke arah kebaikan.

7. Jaga silaturrahim anda dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh atau dekat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Buat rumah anda jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah anda mempunyai pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.

9. Pelihara diri anda terutama kesihatan mental. Sentiasa jaga apa yang anda fikirkan, elakkan overthink dan gunakan minda anda untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.

10. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan anda. Asah bakat dan skil anda supaya anda dapat duit dengan hal yang anda suka. Ia akan buat anda lebih bahagia dari merasa rasa terpaksa.

11. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya, cari sesuatu yang bila anda lakukan akan buat anda jadi bersemangat, dan hidup sentiasa terinspirasi. Walau apa pun keadaan anda, penat ke sakit ke, anda tetap anda semangat nak buat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12.Pastikan tenpat kerja anda adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya anda. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan anda di satu tahap sahaja. Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan anda.

13. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda anda kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.

14. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga anda sebagai jalan ‘sedekah’ supaya anda suburkan ladang pahala di akhirat kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

15. Perkuatkan hubungan anda dengan alam. Hujung minnggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun ke sungai, dan panjat bukit atau gunung. Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan anda.

Dalam menjalani kehidupan setiap hari, penting untuk kita mencari keseimbangan, mengembangkan personaliti, mengatasi stres, menghargai hubungan sosial yang positif, menetapkan tujuan yang pasti, dan menemukan makna dalam apa yang kita lakukan. Dengan cara ini, kita dapat mendekati maksud kebahagiaan dengan lebih baik, menghargai momen-momen kecil kebahagiaan, dan menjalani hidup dengan lebih bermakna dan memuaskan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ingin Rumah Tangga Bahagia, Suami Isteri Perlu Sentiasa Lakukan Perkara Ini Setiap Hari!

Baca juga: Sokongan Luar Takkan Sama Sokongan Suami & Anak, Merekalah Yang Buat Ibu Kuat!

Baca juga: Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad