Ajar Anak Makan Betik Sekali Dengan Biji, Ia Bersifat Antiparasit & Bantu Atasi Masalah Cacing

undefined

Kebaikan betik untuk anak mampu mengelakkan masalah cacing dan melancarkan proses penghadaman. Ibu kena selalu hidangkan buah ini di rumah

Bukan sahaja enak, kebaikan betik juga sebenarnya antara faktor yang menjadikan buah ini antara buah tempatan yang popular.

Jadi, ibu kena pastikan betik jadi buah kegemaran anak-anak di rumah. Khasiat yang terkandung dalam betik sangat baik untuk anak anda.

Apa yang boleh anda baca daripada artikel ini?

  • Kebaikan betik yang bersifat antiparasit, kaya dengan vitamin C
  • Manfaat buah betik dapat melancarkan penghadaman si manja
  • Cara untuk biasakan anak makan betik sekali dengan biji

Kebaikan betik yang bersifat antiparasit, kaya dengan vitamin C

kebaikan betik

Makan biji betik? Mesti ada yang rasa pelik tetapi sebenarnya biji betik ini mengandungi khasiat untuk anak.

Menurut perkongsian oleh seorang doktor, Mazliana Mazlan, biji betik bersifat antiparasit yang sangat bagus untuk anak-anak. Ia juga mengandungi vitamin C. 

Setengah biji betik mengandungi vitamin C yang lebih tinggi daripada sebiji oren. Untuk beri anak makan biji betik, ibu boleh potong dadu betik bersaiz 5 cm dan diletakkan dengan satu biji betik.

Mulanya, akan rasa pahit pedas sikit tetapi lama-kelamaan, anak anda akan biasa makan seperti ini.

Selain tinggi dengan vitamin C dan bersifat antiparasit, betik juga tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksida yang lain. Antaranya:

  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Fiber
  • Folic acid
  • Copper
  • Magnesium
  • Pottasium 
  • Lycopene

kebaikan betik

Manfaat buah betik dapat melancarkan penghadaman si manja

Selain daripada vitamin dan mineral yang dinayatakan di atas, betik juga mengandungi enzim papain dan chymopapain.

Kedua ini dapat membantu memudahkan penghadaman serta mengurangkan keradangan.

Sebab itulah, betik adalah antara makanan atau buah yang sering diambil oleh mereka yang mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar.

kebaikan betik

Cara untuk biasakan anak makan betik sekali dengan biji

Dah tahu khasiat betik, ibu kenalah pastikan anak biasa makan betik. Seminggu sekali, pastikan untuk beli betik bagi anak makan.

Lebih lagi jika anak ada masalah cacing, kena cepat berikan mereka makan betik sekali dengan bijinya.

Jika anak belum biasa, ibu boleh cuba kisar betik dan jadikan aiskrim. Masukkan biji betik dan tambah madu sikit. Biar anak seronok makan aiskrim betik.

Nanti bila anak dah biasa makan buah betik, tak adalah ibu kena paksa anak makan betik. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Betik Banyak Khasiatnya, Tapi Selamatkah Makan Ketika Hamil?

Baca juga: 7 Khasiat Betik Untuk Si Manja, Ia Mampu Merawat Masalah Cacing & Rabun Mata

Baca juga: Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!