Manfaat Luar Biasa Habbatussauda, Suami Isteri Perlu Cuba Jika Sedang Ikhtiar Hamil

Kebaikan habbatussauda dalam merawat kesihatan bukanlah sesuatu yang asing. Jika anda sukar memperoleh cahaya mata, cuba amalkannya sebagai ikhtiar hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanaman yang berasal dari Asia barat daya, Mediterranean dan Afrika telah berabad-abad tumbuh selama berabad-abad sehingga tersebar ke pelusuk dunia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kebaikan habbatussauda dapat memberikan hasil luar biasa kerana ia adalah herba terdiri 3 bahan kimia iaitu thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan Timol.

Ia turut terkenal dengan nama jintan hitam (Nigella sativa) iaitu jenis tanaman yang termasuk dalam keluarga Ranunculaceae.

Dalam bidang perubatan pula, ia dikatakan berperanan sebagai merangsang ketahanan tubuh, anti-flamasi, anti-radang, antioksida yang dipercayai mampu membantu mana-mana pasangan untuk memperoleh cahaya mata.

Kebaikan habbatussauda untuk kesuburan suami isteri

#1. Menjaga kualiti sperma yang sihat

Kebiasannya golongan lelaki sering kali mengalami gangguan pada sperma seperti jumlah sedikit, kurang aktif dan tidak menepati ciri matang.

Bagi memperoleh cahaya mata, sudah tentu ia memerlukan sel sperma yang sihat untuk meningkatkan peluang kehamilan. Justeru, anda dinasihatkan untuk mengamalkan habbatussauda kerana ia mengandungi sumber antioksida seperti karoten, lutein, zeaxanthin dan cryptoxantin

#2. Melambatkan ejakulasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu penyebab yang menghalang wanita untuk mengandung adalah kerana suami terlalu awal mengeluarkan air mani. Hal ini terjadi apabila otot dan sistem pembuluh darah pada bahagian zakar dan testis kurang sihat.

Kemudian, sel sperma tidak dapat keluar dengan sempurna dan zakar gagal melakukan ereksi dengan kekuatan normal. Justeru, kalium dalam habbatussauda sangat penting untuk mengatasi masalah ini.

#3. Mengekalkan sistem saraf reproduksi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sistem reproduksi lelaki akan melibatkan banyak saraf dan pembuluh darah. Gangguan bahagian ini turut menyukarkan suami memperoleh ereksi yang sempurna. Pancutan air mani ke bahagian faraj terlalu awal akan menghalang proses persenyawaan berlaku dengan berkesan.

Oleh hal demikian, habbatussauda mengandungi kalium dan zat besi dapat menjaga keseimbangan sistem saraf.

#4. Mencegah ovulasi palsu

Tidak semua wanita yang mengalami mengalami menstruasi setiap bulan memiliki sel telur matang. Kadang-kadang tanda ovulasi yang datang tidak menjamin ia sempurna. Kerosakan sel telur berpotensi terjadi sebelum ovulasi yang menyebabkan ia tidak dapat bertemu dengan sperma.

Amalan minum habbatussauda sangat penting untuk menjaga ovulasi terjadi dengan baik. Kandungan bahan antioksidan penting dalam menjaga kualiti telur agar tidak mengalami sebarang gangguan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Membantu melancarkan haid

Bagi anda yang pernah mengalami pengeluaran darah haid berwarna hitam pekat, ia adalah petanda bahawa terdapat masalah pada rahim. Kebiasannya, ia menyebabkan menstruasi tidak lancar dan menyebabkan berlakunya darah beku.

Keadaan ini menyebabkan endometriosis yang akan menyulitkan para isteri untuk hamil. Dengan mengamalkan habbatussauda secara rutin dapat merawat rahim rosak untuk keluar bersama-sama darah haid serta mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

#6. Mengatasi masalah keputihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keputihan adalah masalah biasa yang dihadapi oleh setiap wanita. Ia adalah tanda bahawa sistem reproduksi berfungsi secara normal bagi menghalang jangkitan bakteria. Namun, jika anda berdepan dengan keputisan secara berlebihan, ia cenderung untuk menganggu sistem reproduksi. Kesan yang sangat besar adalah apabila berlaku kerosakan sel telur dan penyakit pada rahim.

Dengan mengambi habbatussauda dapat menyembuhkan masalah ini kerana mengelakkan jangkitan terhadap kesihatan tubuh badan. Ia sekaligus mampu meningkatkan lagi kesuburan wanita.

#7. Menjaga peredaran darah 

Kaum lelaki yang memiliki jumlah lemak berlebihan dalam tubuh biasanya akan mengalami masalah bahagian reproduksi. Keadaan ini mendorong untuk ejakulasi lebih awal dan mengeluarkan sperma tidak berkualiti.

Dengan mengamalkan habbatussauda, masalah ini dapat diatasi secara alami. Kandungan kalium dalam habbatussauda dapat membantu menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh. Kemudian, nutrisi mineral ini akan menyokong sistem peredaran darah agar menjadi lebih lancar. Jika anda mengambil habbatussauda secara teratur, ia akan meningkatkan kualiti dan jumlah sperma lebih banyak.

Kesimpulannya, semua kebaikan habbatussauda berupaya membantu kesuburan suami isteri bagi meningkatkan peluang untuk kehamilan. Namun, jika anda mengambilnya secara berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan sistem pencernaan dan ginjal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Pop Mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrawatan-kesuburan-di-klinik-swasta