Menyusu badan vs membakar kalori, mana yang betul?

Menyusu badan vs membakar kalori, mana yang betul?

Kebaikan menyusu badan memang banyak untuk bayi. Tapi bagaimana pula dengan ibu? Tahukah anda menyusu badan boleh membakar lemak dan kalori?

Kebaikan menyusu badan – anda boleh bakar kalori?

Anda mencari kebaikan susu ibu atau penyusuan ibu untuk bayi? Memang banyak maklumat yang boleh diperoleh. Dengan hanya beberapa klik, voila! semua kebaikan menyusu badan untuk si kecil boleh dibaca.

Bagaimana pula kebaikan menyusu badan untuk ibu? Selain dikatakan boleh membantu perancangan keluarga (bagi kebanyakkan orang), tahukah anda yang sambil menyusu badan, anda juga sedang membakar kalori?!

kebaikan menyusu badan

Kebaikan menyusu badan – lagi banyak bayi minum susu, lagi banyak kalori ibu dibakar!

American Pregnancy Association menganggarkan wanita yang baru menjadi ibu membakar antara 425 hingga 700 kalori sehari semasa menyusu! Pelik? Sebenarnya, dalam setiap auns susu badan ada lebih kurang 20 kalori.

Secara purata, bayi yang menyusu susu badan sepenuhnya minum lebih kurang 25 auns sehari untuk 6 bulan pertama hidupnya. 

Cuba anda kira, 20 kalori darab dengan 25, bersamaan 500 kalori. Dan ini hanyalah secara purata. Ini bermakna, lagi banyak si kecil menyusu, lagi banyaklah kalori anda terbakar!

kebaikan menyusu badan

Foto ehsan babyCenter blog

Terdapat satu kajian mendapati, ibu yang memilih untuk menyusu susu badan kepada bayinya, akan mengalami penurunan berat badan 2 kali lebih banyak dari ibu yang tidak menyusu badan.

Dan dalam satu kajian lain pula, mendapati ibu menyusu mendapat berat asal seperti sebelum hamil dalam tempoh hanya 6 bulan!

Kebaikan menyusu badan untuk ibu

Bukan itu saja, malah selain kalori yang terbakar, menyusu badan juga membantu mengetatkan bahagian abdomen si ibu. Ini kerana oksitoksin menyebabkan rahim mengecut ke bentuk asalnya semula.

Malah, terdapat bukti menunjukkan ibu yang beri susu badan mempunyai risiko penyakit kardiovaskular, kanser peranakan dan juga diabetis yang lebih kurang berbanding mereka yang tidak menyusu.

kebaikan menyusu badan

Kebaikan menyusu badan: manfaat kesihatan buat ibu dan anak

Bagi ibu-ibu hamil yang masih berkira-kira untuk menyusu badan atau tidak, perkongsian ini mungkin membantu anda membuat keputusan. Ia seperti ‘menyelam sambil minum air’.

Sambil anda memberi khasiat yang terbaik buat si kecil, anda juga mendapat manfaat dari kebaikan menyusu badan. Win-win situation, nampaknya!

 

 

Sumber: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner