Seorang pengguna Facebook, Auni Page berkongsi tentang kebaikan minum air suam bersama secubit garam.
Setiap pagi sebelum minum air apa pun saya akan minum air suam dengan secubit garam…
Menurutnya, garam adalah sejenis ramuan yang sering digunakan pada makanan mentah mahupun yang telah dimasak namun pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, tetapi ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi sebahagian penyakit.
“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan,” – Luqman Al-Hakim.
Nabi S.A.W turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman, tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.
Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”
Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”
Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.
Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”
Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis, jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.
Ujarnya lagi, sekiranya kita mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk kita sahaja dan garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi kita. Kalau perlu, asingkan dari bekasnya.
Selain itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur jadi, inilah penyebab kepada jin atau syaitan takut dengan garam.
Ramuan Air Suam Dengan Secubit Garam
Pengguna ini turut berkongsi kebaikan minum air suam bersama secubit garam dan cara membuatnya untuk tujuan kesihatan dalaman dan luaran.
- Al- Fatihah tiga kali
- Bismillah (Lima) tiga kali
- Ayat Qursi satu kali
- Selawat tiga kali
- Dapat hilangkan angin dalam badan
- Dapat hilangkan magrain dan sakit belakang
- Dapat melancarkan kitaran darah haid
- Dapat tidur dengan nyenyak dan kurang bermimpi bukan-bukan
- Dapat hilangkan bisa sakit sendi badan
- Dapat mengelakkan dari gangguan sihir makhluk halus
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Panduan Zikir & Doa Mudah Bersalin Yang HARUS Bakal Ibu Amalkan Selalu
Baca juga : Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 5 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini
Baca juga : Surah Al Kahfi Amal Selalu Pada Malam Jumaat, Dijauhkan Fitnah Dajjal & Gangguan Syaitan