Ibu Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Meneruskan Penyusuan Susu Badan - WHO

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ibu menyusu masih boleh teruskan penyusuan meskipun dijangkiti covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada jumaat yang lalu, Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan, salah satu kebaikan penyusuan susu ibu adalah mustahil untuk menyebarkan coronavirus kepada bayi mereka

Menurut pakar tersebut, ibu yang baru bersalin tetapi dijangkiti dengan Covid-19 pada amnya harus meneruskan penyusuan dan tidak boleh dipisahkan dengan bayi mereka serta menekan manfaatnya berbanding risiko yang boleh berlaku.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa pihaknya telah menyelidik dengan teliti risiko wanita yang menyebarkan covid-19 kepada bayi mereka semasa menyusu badan.

“Kami tahu bahawa kanak-kanak berisiko rendah untuk dijangkiti Covid- 19, tetapi mereka mungkin berisiko dengan peyakit lain jika tidak diberikan penyusuan badan,” kata Tedros pada sidang akhbar.

Maksudnya di sini, berdasarkan bukti yang ada, WHO mendapati manfaat penyusuan susu ibu melebihi risiko penularan cOVID-19.

“Oleh demikian, kami membuat keputusan bahawa ibu dengan covid-19 masih boleh meneruskan penyusuan dan tidak dipisahkan dengan bayi mereka kecuali jika ibu benar-benar tidak sihat,” kataya.

Pihaknya menambah, setakat ini WHO tidak mengesan virus hidup di dalam susu ibu jadi risiko penularan dari ibu kepada anak belum dapat dipastikan lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan penyusuan susu ibu

Ibu tentunya paling teruja bila nak buat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi. Malah momen ini adalah sesuatu yang menggembirakan terutama semasa penyusuan yang mana banyak kebaikan penyusuan susu ibu ini pada bayi baru lahir.

Bagi mendapatkan kebaikannya, ibu digalakkan memberi anak sepenuhnya susu badan hingga umurnya enam bulan dan meneruskannya sehingga bayi berumur dua tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemberian susu ibu ini bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain dari susu ibu itu sendiri.

Berikut adalah kebaikannya:

– Susu badan mengandungi kadar nutrien yang mencukupi bagi bayi.
– Kandungan susu ibu akan berubah selari dengan keperluan bayi yang sedang membesar itu.
– Susu ibu mengandungi kolostrum yang mana berfungsi untuk menguatkan sistem imuniti badan anak. Malah ia turut melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
– Selain daripada itu, susu ibu juga dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik.
– Lebih menarik lagi, susu ibu turut mengandungi nutrien untuk perkembangan otak anak dan meningkatkan kecerdikan anak.
– Susu ibu tidak mudah tercemar jika dibandingkan dengan penyusuan lain seperti formula.
– Susu badan juga memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi dan memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya serta meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips penyusuan:

– Anda perlu memperbanyakan bahan bacaan berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas antenatal bersama suami.

– Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu ibu semasa menyusu nanti.

– Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja rumah selepas bersalin nanti supaya ibu dapat rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Lakukan sentuhan kulit ke kulit selama satu hingga dua jam selepas beranak. Jika bersalin di hospital, doktor atau jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu.

– Anda akan melihat tanda-tanda bayi nak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulut dan menunjukkan aksi menghisap. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan lebih meningkat seterusnya mempercepatkan penghasilan susu ibu.

– Selain itu, anda boleh menyusu mengikut kehendak di mana lebih kerap menyusu maka lebih banyak dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Oleh sebab itu, bayi boleh menyusu antara 8 hingga 12 kali sehari.

Justeru, ibu dan bayi tidak boleh dipisahkan lebih dari satu jam pada bila-bila masa semasa berada di hospital.

Sekaligus, bayi boleh menyusu pada bila-bila masa sahaja seterusnya meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anaknya. Ternyata dengan cara ini dapat meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga semua ibu dapat menyusukan bayi mereka sehingga umur dua tahun.

Sumber: Channel News Asia, MyHealth 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comminggu-kehamilan