Saffron HerbaTermahal Di Dunia, Banyak Khasiatnya Untuk Ibu Hamil! Ayuh Lihat 8 Produk Saffron Yang Boleh Dicuba
Selain digunakan sebagai rempah masakan, kebaikan saffron yang lain banyak membantu ibu hamil mengatasi pelbagai masalah kehamilan.
Jadi, apa itu saffron? Saffron merupakan antara rempah termahal di dunia yang diambil daripada stigma bunga saffron Crocus sativus yang telah dikeringkan. Kebaikan saffron telah lama dimanfaatkan oleh masyarakat dahulu kala terutamanya di Asia Barat.
Dikatakan setiap 100 gram rempah ini memerlukan kira-kira 1000 kuntum bunga saffron dan setiap kuntum bunganya pula hanya mempunyai 3 stigma. Bunganya pula hanya mekar beberapa minggu setahun dan dituai dengan tangan. Jadi tidak hairanlah mengapa harganya mahal yang boleh mencecah sehingga RM32,000 sekilogram!
Selain digunakan sebagai penawar dan rempah dalam masakan, saffron juga digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan pewarna pakaian.
Isi Kandungan
Selamatkah Saffron Untuk Ibu Hamil?
Beberapa kajian, termasuk beberapa ujian klinikal telah menunjukkan bahawa saffron boleh membantu melegakan gejala sindrom pra-haid, seperti kekejangan namun penyelidikan sedia ada mencadangkan bahawa mungkin lebih baik untuk mengelakkan saffron semasa trimester pertama anda.
Satu kajian kecil 2014 mendapati bahawa kadar keguguran adalah lebih tinggi dalam kalangan petani wanita yang mengamalkan saffron semasa trimester pertama kehamilan mereka.
Pengambilan saffron dalam kuantiti yang banyak juga adalah tidak selamat. 5 g boleh menyebabkan keracunan, 12 hingga 20 g boleh menyebabkan kematian dan antara kesan sampingan pengambilan saffron adalah pening, loya dan muntah, ketidakselesaan perut dan alergi.
Disebabkan saffron boleh memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, maka elakkan pengambilan saffron sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.
Apabila sudah memasuki trimester ke-2, saffron selamat untuk ditambah ke dalam susu tetapi sama seperti mana-mana herba atau rempah ratus lain, gunakan saffron secara sederhana.
Adalah lebih baik untuk bercakap dengan doktor anda sebelum memasukkan saffron sebagai sebahagian daripada diet pemakanan anda. Ini amat penting jika anda mempunyai sebarang risiko kesihatan atau komplikasi semasa kehamilan.
Kelebihan Pengambilan Saffron Ketika Hamil
Secara tradisinya, saffron dipercayai bersifat penyembuhan. Ia biasanya digunakan sebagai penenang otot dan dikatakan boleh melegakan sakit perut.
Jika di negara Arab, ibu ketika mengandung digalakkan minum Saffron ketika kandungan memasuki trimester ke-2 untuk mendapatkan anak putih merah dan baik untuk kecerdasan minda. Di Malaysia pula, ada yang mengamalkan petua minum susu kambing yang dicampur dengan Saffron untuk mengurangkan risiko bayi yang akan lahir kelak terkena demam kuning.
Kajian menunjukkan bahawa salah satu kebaikan saffron adalah ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan perubahan mood. Sesetengah wanita hamil juga menggunakan saffron untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman, meningkatkan selera makan mereka, dan merawat pedih ulu hati.
Antara kebaikan saffron yang lain adalah seperti berikut.
1. Membantu proses kelahiran
Dicadangkan bahawa ibu hamil boleh mengambil 0.5 hingga 2 gram setiap hari untuk mengekalkan keanjalan tisu rahim semasa kehamilan, tetapi diambil hanya selepas trimester pertama.
Perubatan tradisional berpendapat bahawa saffron berguna untuk memudahkan proses kelahiran, kerana ia dapat melembutkan otot, merangsang pengecutan rahim dan membantu keseluruhan proses bersalin. Selain itu, penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan saffron mungkin membantu menyediakan serviks anda untuk kelahiran bayi.
2. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi yang lebih baik
Kebaikan saffron dapat mengawal stress si ibu yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pertumbuhan akal dan fizikal bayi dalam kandungan. Mengikut kajian, herba yang telah digunakan sejak zaman Rasullah SAW lagi telah digunakan dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal dan mengembangkan minda.
3. Kurangkan risiko bayi demam kuning
Benar, saffron dapat mengelakkan bayi demam kuning! Ini kerana saffron mengandungi viamin C, iron dan magnesium yang dapat memulihkan darah merah yang berada dalam badan bayi supaya bayi yang dilahirkan nanti tidak mengalami demam kuning yang berpanjangan.
4. Mencegah anemia
Ini adalah kebaikan saffron yang lain! Kandungan zat besi dalam saffron boleh menambahkan sel-sel darah merah si ibu. Mengamalkan saffron dapat meningkatkan haemoglobin bukan sahaja kepada ibu hamil malah sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kurang darah merah.
5. Melancarkan pencernaan
Ibu hamil sentiasa mengalami gangguan pencernaan jadi anda boleh mencuba untuk mengamalkan susu yang dicampur saffron. Masalah pedih ulu hati dan sembelit boleh dikawal dengan pengambilan saffron.
6. Mengatasi morning sickness
Morning sickness seringkali dianggap sebagai ‘musuh’ para ibu hamil, yang boleh mengganggu aktivita mereka di sepanjang hari. Ternyata, aroma saffron dapat menenangkan bagi mengatasi morning sickness, terutama dalam menghilangkan rasa mual dan pening yang dirasakan ibu.
8 Produk Saffron Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil
Mahnaz Food Saffron
Saffron Terbaik Dengan Pek Kemas
Mahnaz Food telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1996 dan telah menjadi salah satu jenama yang paling dipercayai dalam industri makanan dan minuman di Malaysia. Mahnaz Food adalah jenama yang sangat terkenal dan popular, terutamanya untuk makanan sunnah dan kini turut menjual saffron dalam pek yang kemas dan menarik.
Apa yang kami suka:
- Pek yang kemas dan menarik. Mudah untuk digunakan.
- Jenama popular yang menjual makanan sunnah.
- Harga berpatutan, mempunyai pelbagai pilihan kuantiti berat yang dingini.
WAGH BAKRI Instant Saffron Tea
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Teh
Jika anda tidak menggemari rasa saffron asli, anda boleh memilih saffron dalam bentuk teh. Mempunyai khasiat yang sama seperti filamen asli saffron, teh ini juga rasanya enak dan berbau harum kerana dicampu bersama ekstrak damask rose.
Apa yang kami suka:
- Membantu mengekalkan kandungan air di dalam badan
- Tinggi dengan kandungan antioksida seperti Vitamin A, C, B6, B9, Thiamine, Riboflavin dan Niacin
- Mengandungi mineral esential seperti Calcium, Iron, Magnesium, Zinc yang dapat memberikan tenaga untuk tubuh.
- Membantu melegakan saluran pernafasan
- Membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular
- Membantu melegakan saluran pernafasan
- Membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular
- Membantu melegakan selesema, batuk-batuk dan sesak nafas
- Membantu mendapatkan semula mood yang hilang
Yusuf Taiyoob Best Spanish Pure Saffron
Saffron Terbaik Harga Murah
Bukan sahaja terkenal dengan jualan kurma, Yusuf Taiyoob juga menawarkan produk saffron untuk ibu-ibu hamil mendapatkan khasiat daripadanya. Walaupun dianggap sebagai rempah termahal di dunia namun jenama ini menawarkan harga yang cukup berpatutan dan antara yang termurah di pasaran.
Apa yang menarik:
- Harga yang murah
- Mudah didapati di pasar raya
- Menggunakan saffron asli dari Sepanyol berbeza dengan jenama lain.
Zoyava Saffron Supplement
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Kapsul
Kebaikan saffron telah dibuktikan secara klinikal untuk membantu mengekalkan mood yang positif, menggalakkan tidur yang lena dan menyokong kesejahteraan emosi. Ibu hamil yang tidak sukakan bau saffron, boleh mengambil saffron jenis kapsul.
Apa yang kami suka:
- Tidak mengandungi pewarna tiruan, pengawet atau pemanis; tiada tenusu, kanji, gula, gandum, gluten, yis, soya, jagung, telur, ikan, kerang, produk haiwan, garam, kacang pokok atau GMO.
- Mudah digunakan, ambil 2 biji setiap hari.
- Sesuai untuk vegetarian.
Hemani Pure Saffron Oil
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Minyak Pati
Minyak pati saffron adalah 100 peratus semula jadi tanpa campuran apa-apa minyak lain, mudah digunakan hanya titiskan dalam minuman suam atau boleh diminum begitu sahaja.
Apa yang kami suka:
- Digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah PMS atau senggugut.
- Digunakan untuk mengatasi masalah lemah daya ingatan dan mencegah penyakit Alzhemer.
- Digunakan untuk mengatasi masalah Kemurungan, panic attacks dan MDD dikalangan wanita.
- Digunakan untuk mengatasi masalah Dsifungsi Erektil (ED).
MAHNAZ FOOD Bahar Saffron Honey
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Madu
Madu organik berkualiti tinggi yang diadun dengan benang kunyit Organik Signature tulen menghasilkan “Madu Kunyit" yang sangat lazat dan sihat.
Madu kaya dengan protein, vitamin dan mineral. Safron pula mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang kuat dan digunakan sebagai penenang saraf dalam demam, melankolia dan pembesaran hati.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai sifat perangsang, peremajaan, ekspektoran, afrodisiak, antispasmodik dan perut.
- Menguatkan hati.
- Memperbaiki penglihatan.
- Antioksidan anti-penuaan yang kuat.
- Ubat penahan sakit semulajadi.
- Meningkatkan mood dan meningkatkan kegembiraan keseluruhan.
Minyak Aromaterapi Saffron Najeehah
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Minyak Aromaterapi
Jika anda ingin memperbaiki masalah kesihatan anda, daripada kegelisahan hingga masalah tidur yang kurang baik, anda mungkin ingin mempertimbangkan minyak aromaterapi.
Aromaterapi akan mengaktifkan reseptor bau di bahagian hidung anda, yang akan menghantar mesej melalui sistem saraf ke otak.
Minyak boleh mengaktifkan bahagian-bahagian tertentu pada otak, seperti sistem limbik, yang memainkan peranan dalam emosi. Ia juga memberi kesan kepada hipotalamus, yang mungkin bertindak balas terhadap minyak dengan menghasilkan bahan kimia otak yang sihat seperti serotonin.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk golongan dewasa
- Sahabat sejati ketika mengantuk
- Membantu untuk melegakan pernafasan
- Sesuai untuk kegunaan luaran
- Bau minyak yang menyamankan
Elixirium Saffron Face Oil
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Penjagaan Muka
Minyak Muka Saffron Elixirium membekalkan kepada kulit wajah anda semua sifat kecantikan yang hebat dari Safron Merah Yunani organik dan banyak lagi.
Formula yang direka dengan baik mengandungi benang Greek Red Saffron yang diselitkan dalam gabungan minyak Saffron yang dikahwinkan dengan kuasa minyak Bunga Raya, Evening Primrose, Squalane dan Argan serta Vitamin E dan B kompleks.
Mempunyai konsistensi yang nipis, mudah diserap, elixir kecantikan ini, akan meningkatkan keanjalan kulit anda, akan mengembalikan cahaya dan kecerahan serta akan membaiki kerosakan masa setiap hari pada kulit wajah anda.
Apa yang kami suka:
- Sifat anti-oksidan kunyit memperkasakan daya tahan kulit untuk melawan kerosakan masa dan membantu membetulkan semua tanda penuaan yang boleh dilihat.
- Safron mempunyai vitamin dan antioksidan yang meningkatkan kecerahan kulit, dan memberikannya cahaya muda tertentu.
- Mengandungi vitamin C yang memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen dan mangan antioksidan yang merupakan unsur mineral penting yang secara semula jadi terdapat dalam badan kita yang menyokong fungsi sel kita.
- Ia juga anti-radang, memberikan kelegaan kepada kulit yang meradang atau merengsa.
Perbandingan Harga Produk Saffron Terbaik
Jenama | Kuantiti | Harga |
Mahnaz Food Saffron | 0.5 g | RM10.00 |
WAGH BAKRI Instant Saffron Tea | 260 g | RM27.00 |
Yusuf Taiyoob Best Spanish Pure Saffron | 1 g | RM24.00 |
Zoyava Saffron Supplement | 60 biji | RM23.08 |
Hemani Pure Saffron Oil | 30 ml | RM28.00 |
MAHNAZ FOOD Bahar Saffron Honey | 250 g | RM46.65 |
Minyak Aromaterapi Saffron Najeehah | 15 ml | RM15.99 |
Elixirium Saffron Face Oil | 30 ml | RM48.80 |
Cara Menggunakan Saffron
Saffron ini adalah asli berbentuk filamen dan tidak dicampur bahan lain. Cara untuk menggunakannya sangat mudah seperti panduan di bawah ya?
- Campur 6 stigma (filament) saffron untuk 500 ml air suam, boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Boleh diamalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam. Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.
- Boleh juga diambil 3 filamen saffron dimakan bersama satu sudu kecil madu asli diambil 2 kali sehari iaitu 1 sudu pada waktu pagi dan 1 sudu pada waktu malam.
- Boleh juga mengamalkan minum susu kambing dicampur dengan sedikit saffronsebanyak 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. Ini bagus diamalkan ibu mengandung untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat
Baca juga: Susu Campur Safron Bantu Redakan Pedih Ulu Hati & Elak Sembelit Ketika Hamil
Baca juga: Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil, Boleh Kawal Kencing Manis!