“Anak demam kuning disebabkan bilirubin tinggi? Birubilin itu apa?” Ia adalah penyebab anak mendapat demam kuning. Dan demam kuning ini adalah satu keadaan yang biasa berlaku pada bayi yang baru lahir. Jadi penting untuk ibu ayah tahu lebih lanjut mengenai fakta bilirubin.
Hampir 50% hingga 60% peratus bayi akan mengalami demam kuning disebabkan oleh paras bilirubin yang tinggi dalam darah.
Ini termasuklah 80% bayi yang dilahirkan dalam keadaan pramatang. Walaupun demam kuning ini sesuatu yang tidak asing dalam masyarakat kita tetapi perkataan birubilin ini sama ada anda pernah dengar atau anda tidak tahu langsung mengenainya. Nak tahu lebih lanjut? Jom kita semak untuk tahu lagi mengenai fakta bilirubin.
Fakta bilirubin
Kredit: Pexels
Sebelum kita tahu fakta birubilin, kita kena ketahui terlebih dahulu punca kenapa bayi boleh mendapat demam kuning ataupun jaundice. Demam kuning berpunca daripada organ hati yang kurang matang dan tidak dapat berfungsi dengan baik selepas bayi dilahirkan. Perasan keadaan badan anak anda dan mata anak anda yang kuning? Ini disebabkan oleh bilirubin.
Bilirubin adalah bahan di dalam hati yang terbentuk hasil daripada pemecahan sel darah merah dalam badan. Selepas ianya disaring oleh hati, badan akan menyingkirkan bilirubin dengan cara pembuangan air besar atau air kecil.
Namun bagi bayi yang menghidap demam kuning, bilirubin ini terbentuk lebih banyak daripada yang biasa kerana hati tidak dapat berkerja dengan baik. Lebih banyak sel darah merah pecah, semakin banyaklah bilirubin dalam badan. Bilirubin adalah bahan berwarna kuning, sebab itulah ianya menyebabkan badan bayi kelihatan seperti berwarna kuning.
Itulah punca mengapa bayi menghidap demam kuning disebabkan oleh bilirubin ini. Untuk ibu bapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut, kami ingin kongsikan beberapa fakta untuk membantu anda yang ingin mengetahui mengenai bilirubin ini. Semoga bermanfaat!
Ketahui lebih lanjut mengenai bilirubin
Kredit: Pexels
#1 Tahap bilirubin perlulah sesuai dengan usia bayi
Bilirulin ini bukanlah bermaksud sesuatu yang jahat pada badan kerana bilirubin ini adalah sesuatu yang normal. Apa yang tidak normal ialah apabila kadar bilirubin dalam badan bertambah terutama sekali pada bayi. Tetapi anda perlu mengetahui apakah tahap normal untuk bilirubin untuk bayi. Jikalau lebih, ya anak anda boleh mendapat demam kuning atau jaundice.
- Lebih dari 10mg/dL pada bayi berusia kurang 10 hari
- Lebih 15mg/dL pada bayi berusia 1-2 hari
- Pada bayi usia 2-3 hari, lebih 18mg/dL
- Pada usia lebih 3 hari, lebih dari 20mg/dL
#2 Bilirubin boleh berlaku disebabkan banyak perkara
Sewaktu dalam kandungan, bilirubin akan dikeluarkan daripada darah bayi menerusi placenta. Kemudian, hati bayi akan bekerja untuk membuang bilirubin. Pertambahan bilirubin boleh disebabkan oleh beberapa perkara berikut.
- Fungsi hati yang lemah: Masalah hati boleh menyebabkan pertambahan bilirubin.
- Kurang menyusu: Apabila kurang menyusu, ia akan menyebabkan bayi kekurangan air dalam badan dan tidak akan kencing. Apabila bayi tidak kencing, sukarlah untuk bayi membuang bilirubin. Malah, ianya menyebabkan bilirubin bertambah.
- Bayi mempunyai penyakit hemolitik: Penyakit hemolitik adalah penyakit dimana bayi mempunyai jenis darah yang berbeza dengan ibu atau sel darah merah yang terlalu banyak dan mudah rosak.
- Penyakit keturunan
#3 Bilirubin tidak boleh dihilangkan dengan berjemur
Fakta atau mitos? Kebanyakan orang zaman dulu kerap memomokkan idea untuk ibu bapa menjemur anak mereka di bawah sinaran matahari untuk mengubati demam kuning. Tetapi, malangnya demam kuning atau tahap bilirubin tidak boleh semudah itu untuk dihilangkan dengan berjemur. Silap hari bulan, kulit anak anda yang kering sebab berjemur. Malah, tahukah anda? Jika anda menjemur bayi anda selepas jam 9 pagi, anda hanya akan meningkatkan risiko anak anda terkena kanser kulit.
#4 Bilirubin berbahaya atau tidak?
Demam kuning tidak membahayakan. Begitu juga dengan bilirubin dengan kadar sedikit. Tetapi jika ianya dibiarkan berlarutan dengan pertambahan yang banyak, ianya akan menjadi berbahaya apatah lagi kepada bayi kecil. Salah satu sebab dan akibatnya ialah ia akan mengakibatkan bayi menjadi kurang aktif. Ini disebabkan oleh kesan pada sel otak bayi. Pada masa yang sama, dalam kes lain, bayi juga boleh menghidap sawan. Akibat daripada sawan ini boleh mengakibatkan anak anda menjadi pekak, kecacatan mental dan cerebral palsy. Tetapi, ianya masih boleh dirawat.
#5 Tahap biliburin dalam bayi boleh dikenal pasti dengan mudah
Jika anda tertanya-tanya sama ada bayi anda mempunyai tahap bilirubin yang tinggi atau tidak, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut dengan melakukan pemeriksaan. Tapi bukan anda yang periksa tau. Doktor yang periksa. Bayi akan diperiksa dengan pemeriksaan darah yang akan menentukan jumlah bilirubin dalam darah. Ia akan membantu doktor untuk mengenal pasti sama anda anak anda memerlukan rawatan lanjut ataupun tidak. Doktor juga akan menggunakan alat istimewa untuk mengukur jumlah bilirubin dalam badan.
#6 Rawatan tradisional tidak berkesan dan tidak boleh digunakan
Kredit: Pexels
Berjemur sudah semestinya tidak lagi boleh digunakan sebagai salah satu cara merawat demam kuning atau menurunkan paras bilirubin. Memberi anak anda susu kambing, memberi air, beri bayi jus anggur atau pun madu, mengurangkan susu ibu kerana jaundice bayi dan sebagainya.
Kesemua rawatan ini tidak memberi manfaat apatah lagi untuk pemberian susu kambing bagi bayi yang dibawah usia 12 bulan yang tidak boleh diberi sebarang cecair. Jadi, kalau anda nak merawat anak anda, lebih baik anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Sumber: kk.usm
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!