Terpaksa hantar anak ke taska tapi rasa tidak senang hati? Jangan bimbang ibu-ibu semua. Sebenarnya, banyak kebaikan taska untuk anak anda.
Jadi jangan rasa bersalah, mari kita bincang serba sedikit tentang sebanyak manfaat menghantar anak ke taska. Lepas ini pasti anda tidak akan rasa bersalah lagi! 😉
Apakah kebaikan taska untuk anak?
1. Mengajar mereka cara untuk mengawal emosi dan kelakuan
Menurut kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Psychiatry, salah satu kebaikan taska ialah kanak-kanak taska jarang mempunyai masalah emosi, keresahan pemisahan dan perangai suka mengasingkan diri.
Kalau berbanding dengan kanak-kanak yang tinggal bersama ibu bapa atau penjaga di rumah sepanjang hari, kelakuan kanak-kanak taska jauh lebih baik.
Dr Francine Lederer, seorang ahli psikologi klinikal di Los Angeles, berkata apabila kanak-kanak berada di bawah jagaan guru terlatih yang baik, mereka belajar cara yang betul untuk menyelesaikan konflik.
Lagipun, mengajar anak untuk mengawal emosi dari kecil akan membantu ibu bapa untuk mengendalikan anak apabila mereka mula membuat perangai.
2. Membantu perkembangan individu
Satu lagi kebaikan taska ialah mereka turut menyediakan program-program berkualiti untuk mengajar dan membentuk tingkah laku yang baik. Selain menimba ilmu, kanak-kanak berpeluang untuk bersosial, mendapat rangsangan dan kasih sayang yang membantu pertumbuhan peribadi anak anda.
Kanak-kanak yang dihantar ke taska lebih awal akan mempunyai kebolehan intelektual yang lebih tinggi.
Kebaikan taska juga termasuk lebih banyak peluang untuk memperhatikan cara kanak-kanak lain melakukan sesuatu, bermain bersama-sama dan bersosial, kata Dr Lederer.
3. Membantu meningkatkan kesihatan fizikal di kemudian hari
Apakah kebaikan taska untuk ibu?
- Tak kira sama ada anda ibu bekerja ataupun suri rumah, menghantar anak ke taska boleh membantu ibu untuk menyusun tugas harian dan mengurus kehidupan sendiri.
- Ibu juga boleh mula bekerja semula! Ini akan memberi anda kebebasan secara kewangan selain memberi sokongan kepada suami. Bekerja juga boleh membantu anda mencari identiti sendiri.
- Sekiranya ibu cekap mengatur masa, anda mungkin dapat meluangkan masa lapang untuk diri sendiri ataupun bersama suami!
Jadi ibu-ibu sekalian, jika anda sudah lama memikir untuk menghantar anak ke taska, jangan rasa bersalah, kerana banyak kebaikan taska yang bukan hanya memberi manfaat kepada anak, tetapi ibu juga.
Sumber: Fox News, theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Bila Waktu Sesuai Hantar Anak Ke Taska/Daycare? Panduan Lengkap & Tips Buat Ibu Ayah Kali Pertama