Kebaikan Vitamin E Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Boleh Tingkat Kesuburan Lelaki & Wanita

Kebaikan vitamin E biasanya dikaitkan dengan kesihatan kulit, namun tahukah anda ia juga sangat penting untuk ibu hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pasangan yang sedang cuba mendapatkan cahaya mata, pasti pelbagai cara anda cuba untuk berjaya memiliki zuriat sendiri. Kali ini kami kongsikan kebaikan vitamin E untuk menggalakkan kesuburan lelaki dan wanita. 

Kelebihan vitamin E biasanya dikaitkan dengan ksihatan kulit, tetapi sebenarnya banyak lagi khasiat vitamin E untuk kesihatan manusia tidak kira lelaki atau perempuan malah semua peringkat umur. 

Vitamin E untuk kulit biasa dikaitkan dalam kosmetik seperti pelembap dan pencuci muka, namun mungkin ada yang belum tahu kebaikan vitamin E untuk wanita dan lelaki daripada segi kesuburan. Selain itu, wanita hamil juga adakah golongan yang sangat memerlukan manfaat vitamin E. 

Kebaikan vitamin E 

Apa itu vitamin E? Vitamin E ialah vitamin larut lemak yang terdapat dalam banyak makanan, seperti minyak zaitun dan brokoli. Dengan sifat antioksidannya, salah satu fungsi utama vitamin E ialah melindungi membran sel daripada kerosakan.

Pengambilan vitamin E yang sihat menyumbang kepada struktur sel  yang sihat di seluruh badan anda kerana fungsi vitamin E adalah sebagai antioksidan yang boleh menghalang toksin seperti plumbum, karbon tetraklorida, merkuri, dan benzena memusnahkan sel dalam badan. 

Vitamin E juga menyumbang kepada kulit dan mata yang sihat, selain menguatkan sistem imun anda. Kebaikan vitamin E untuk kulit juga sangat diyakini kerana ia kaya antioksidan. 

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E yang mencukupi semasa mengandung mengurangkan kemungkinan bayi anda mendapat asma dan masalah pernafasan di kemudian hari. 

Selain itu, kegunaan vitamin E antara lain dikaitkan dengan meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan perempuan yang mana ia boleh meningkatkan jangka hayat sperma dan membantu sperma bergerak lebih laju. Ia juga mengurangkan risiko lelaki mengalami kemandulan.

Untuk wanita ia membantu wanita penebalan lapisan rahim yang mana salah satu punca ketidaksuburan wanita ialah lapisan nipis rahim.

Pengambilan vitamin E yang mencukupi setiap hari boleh meningkatkan aliran darah ke arteri dan meningkatkan ketebalan lapisan rahim sekaligus membantu meningkatkan kesuburan wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin e untuk apa

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul yang sangat bertenaga dengan elektron yang tidak dikongsi. Badan menghasilkannya secara semula jadi semasa banyak proses, seperti menukar makanan kepada tenaga.

Radikal bebas juga boleh masuk ke dalam badan kerana faktor persekitaran, seperti pencemaran, cahaya matahari, atau asap.

Radikal bebas boleh menyebabkan tekanan oksidatif, iaitu proses yang mencetuskan kerosakan sel dan penuaan. Setakat ini, penyelidik berpendapat tekanan oksidatif boleh mengundang beberapa penyakit termasuklah:

  • barah
  • Penyakit Parkinson
  • Penyakit Alzheimer
  • kencing manis
  • penyakit kardiovaskular
  • degenerasi makula dan katarak yang berkaitan dengan usia

Penyelidik berpendapat bahawa antioksidan, termasuk vitamin E, boleh membantu meneutralkan radikal bebas dan kesannya dengan memberi mereka elektron dan menjadikannya kurang reaktif secara tidak langsung ia juga boleh meningkatkan kesihatan kulit dengan mengurangkan pecahan kolagen dan kerosakan radikal bebas pada kulit.

Selain daripada peranannya sebagai antioksidan, vitamin E juga membantu menyokong sistem imun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepentingan vitamin e untuk ibu hamil

Vitamin E ialah nutrien penting yang membantu melindungi sel daripada radikal bebas. Sel-sel berkembang dan membesar dengan cepat semasa kehamilan.

Vitamin E memainkan peranan penting dalam melindungi bayi anda yang sedang berkembang daripada radikal bebas. Ia juga membantu mencipta dan mengekalkan sel darah merah, mata, dan kulit serta menguatkan sistem imun anda.

Vitamin E adalah antioksidan dan dikenali untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. Penyelidikan mencadangkan bahawa peningkatan tekanan oksidatif dalam badan semasa hamil dikaitkan dengan keadaan kesihatan seperti pra-eklampsia, berat lahir rendah, dan penyakit kronik di kemudian hari dalam kehidupan dewasa.

Selain itu, jumlah vitamin E yang sihat daripada diet membantu melindungi dan mengurangkan gangguan hipertensi penuaan plasenta seperti praeklampsia semasa kehamilan, keguguran dan kelahiran pramatang.

Vitamin E penting untuk pembentukan sel darah merah. Ia juga digunakan oleh sel-sel badan untuk berinteraksi antara satu sama lain dan melaksanakan fungsi penting. 

Dos harian vitamin E yang disyorkan semasa mengandung ialah 15-30 mg. Semasa kehamilan, dos vitamin yang tinggi, secara amnya, boleh menyebabkan komplikasi.

Rujuk dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen tambahan. Kebanyakan vitamin pranatal sudah mengandungi vitamin E.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan yang kaya dengan vit E

Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan secara semulajadi dan juga dalam makanan tambahan. Vitamin E terbahagi kepada dua kelas utama yang dipanggil tokoferol dan tokotrienol.

Antara makanan yang memiliki kandungan khasiat ini dengan sangat tinggi termasuklah: 

#1. Minyak soya

Minyak soya merupakan salah satu makanan atau minyak yang tinggi dengan vitamin E. 100 gram minyak soya mempunyai sebanyak 94.6mg tokofenol dan 0.1mg tokotrienol. Selain itu, minyak soya terdiri daripada asid lemak tidak tepu, sejenis lemak yang sihat untuk jantung yang dikaitkan dengan pelbagai faedah untuk kesihatan.

Minyak soya juga berfungsi dalam pembekuan darah dan membantu dalam metabolisma dan ketumpatan tulang.

#2. Biji bunga matahari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan biji bunga matahari boleh membantu sistem penghadaman. Biji bunga matahari boleh dijadikan makanan ringan yang sangat baik.

Anda boleh menaburkannya pada yogurt, oat atau salad. Satu hidangan 100 gram biji bunga matahari mengandungi 35.17 miligram sumber vitamin E.

Biji bunga matahari padat dengan pelbagai nutrien dan boleh membantu seseorang mendapatkan serat yang mencukupi untuk memastikan sistem pencernaan mereka sihat.

#3. Badam

Untuk setiap 100 g hidangan badam, terdapat 25.63 mg sumber vitamin ini. Jadi jika anda hamil, jadikan badam sebagai snek anda. Anda boleh makan badam panggang, menambahnya ke dalam bijirin dan makanan yang dibakar, atau minum susu badam yang banyak dijual di pasaran.

#4. Avokado

Avokado adalah buah yang datang dengan pelbagai khasiat. Ia mengandungi sedikit gula dan banyak khasiat menjadikannya makanan tambahan yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Avokado juga mengandungi lebih banyak kalium daripada pisang.

#5. Kiwi

Buah kiwi tergolong dalam kumpulan buah beri cuma ia berkulit hijau, berbulu dan berisi warna keemasan. 

#6. Bayam

Bayam adalah sejenis sayuran berdaun hijau yang sangat biasa kita jumpai dan mudah didapati di pasaran. Ia sayuran yang sangat elok untuk dimakan dalam diet harian kerana mengandungi pelbagai nutrien yang sihat.

Anda juga boleh jadikannya jus dan kisar dengan buah-buahan lain jika tidak mempunyai cukup masa untuk masak. Ada juga yang makan bayam bersama sandwich telur dan sebagainya. Tapi jangan lupa untuk basuh sebersihnya sebelum makan ya!

#7. Asparagus

Rasanya yang enak jika digoreng membuatkannya popular dalam masakan. Ia sebenarnya kaya dengan vitamin E tidak hairanlah ia selalu dijadikan sayuran sampingan untuk masakah barat seperti stik dan sebagainya. 

#8. Brokoli

Brokoli atau Brassica Oleracea adalah sejenis sayuran pucuk berbunga yang banyak manfaat dan khasiat. Walaupun daunnya besar, namun hanya bunganya sahaja yang biasa dimakan.

Ia dikategorikan dalam satu keluarga yang dinamakan sayuran Cruciferous bersama sayur kobis putih, kobis ungu, kobis brussel, bunga kobis, kohlrabi, sayur collard dan kale hijau.

Ia boleh dimakan secara mentah, stim atau panggang.

#8. Udang laut

Udang yang hidup dalam air masin antara yang kaya dengan vitamin ini. Jadi boleh saja anda tambahkan makanan laut ini dalam masakan anda.

Tapi harus pastikan yang anda tiada alahan dengan udang ya!

#9. Minyak kelapa sawit

Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar hasil komoditi minyak kelapa sawit di dunia. Kita hanya mengenalinya sebagai minyak masak yang utama di dapur rumah kita.

Selain kaya dengan karotenoid, minyak masak kelapa sawit juga tinggi kandungan vitamin E dan kalori.

  1. feedmomandme (n.d) Benefits of Vitamin E During Pregnancy. feedmomandme.com/blogs/mama-blog/benefits-of-vitamin-e-during-pregnancy
  2. National Library of Medicine (Jan 26, 2018). Vitamin E as an Antioxidant in Female Reproductive Health. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5836012/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Antara Nutrisi Penting & Vitamin Yang Diperlukan Wanita Ketika Hamil

Baca juga: Wanita Hamil Berisiko Hidap Keradangan Apendiks, Jangan Ambil Mudah Jika Rasa Sakit Perut!

Baca juga: Amalan Minum Susu Kurma Tiga Kali Sehari Antara Tips Cara Mudah Hamil Ibu Ini!

Penulis

Lala Annuar