Isu tentang beri anak susu formula atau susu badan telah jadi satu perdebatan yang berlangsung sepanjang zaman. Ada juga yang sering berkongsi mengenai keburukan susu formula.
Umum tahu susu ibu adalah yang terbaik. Tapi hari ini, kami bukan ingin membincangkan tentang keburukan susu formula juga. Sebenarnya, semua ibu bapa hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Sebab itu, anda perlu melakukan research dan mengambil tahu dengan terperinci tentang sesuatu benda sebelum mengambil keputusan. Jika anda seorang ibu yang kurang susu badan, atau mempunyai pelbagai soalan tentang susu formula, berikut antara 9 perkara tentang susu formula yang anda patut tahu.
Isi Kandungan
Apa keburukan susu formula? Adakah ia berkhasiat?
Susu formula boleh memudahkan anak untuk tidur. Namun, ia juga bergantung kepada bayi itu sendiri. Satu kajian dari Medical Research Council Epidemiology Unit mendedahkan, bayi yang diberi susu formula lebih mudah tidur dan kurang menangis berbanding bayi yang diberi susu ibu.
Mungkin ia berkaitan tentang kekenyangan mereka. Kadang-kala, ramai ibu yang tidak sedar susu badan tidak keluar, maka ia membuatkan bayi kebuluran.
9 keburukan susu formula
1. Kandungan sirap jagung fruktosa yang tinggi
Sebelum anda pilih mana-mana formula, semak label terlebih dahulu. Jangan terkejut jika kebanyakan susu rumusan ini mengandungi kandungan gula yang tinggi!
Menurut Dr. Carolyn Dean, penasihat perubatan Persatuan Magnesium Pemakanan, banyak susu formula menggunakan sirap jagung fruktosa sebagai pengganti gula dalam susu mereka.
2. Susah dihadam bayi
Formula khas seperti formula soya boleh jadi pengganti kepada bayi yang alah pada susu lembu. Tapi ia lebih sukar untuk dihadam bayi.
Menurut Dr. Dean lagi –“Formula berdasarkan soya susah dihadam dan mengandungi estrogen yang tidak selamat untuk bayi, terutamanya bayi lelaki.
Sebab itu mereka lebih kerap merengek dan sembelit. Cuba pilih susu yang bebas soya, atau tanya doktor susu formula hypoallergenic apa yang bagus.”
3. Susu formula melekat pada gigi
Jika anda memberi susu formula pada anak, jangan lupa untuk memberus gigi atau lidahnya selepas minum susu. Dr. Cumberford, seorang doktor gigi menjelaskan formula mengandungi gula yang boleh melekat pada gigi bayi.
Anda boleh guna kain yang telah dicelup air untuk membersihkan mulut bayi.
4. Najis bayi yang minum susu formula berbeza
Warna dan tekstur najis bayi ditentukan oleh apa yang dia makan. Sebab itu ada beza najis bayi minum susu badan dan susu formula.
Menurut doktor, bayi yang minum susu formula akan mengeluarkan najis dengan bau lebih kuat, warna gelap dan lebih melekit berbanding bayi minum susu badan.
5. Bayi tak hadam susu badan dan susu formula dalam kadar yang sama
Jika anda melihat bayi yang minum susu badan lebih senang berak berbanding bayi yang diberi susu formula, jangan panik. Ia normal.
6. Bayi anda boleh alergik dengan formula
Kebanyakan bayi memang boleh menghadam formula. Namun, ada juga yang mengalami alahan.
Alahan pada susu protein tidak sama dengan alahan laktosa, jadi, anda perlu mengetahui tanda-tandanya.
Salah satu tanda anak anda mengalami alahan susu ialah:
- Ada darah dalam najis bayi
- Bayi kerap menangis
- Kolik
- Bayi seakan tidak gembira dan resah
Jika bayi anda alah pada susu formula, doktor akan menyarankan susu berdasarkan soya. Jika mereka alah pada soya juga, mungkin susu extra-hydrolyze akan disyorkan.
7. Jumlah bayi minum susu tak sama
Jumlah susu yang perlu diminum oleh bayi tak sama bagi setiap bayi. Ia bergantung kepada berapa banyak kalori yang diperlukan mereka.
Jadi, jangan terkejut jika sekejap bayi minum sikit, tapi sekejap lagi banyak pula dia minum. Semuanya adalah normal.
8. Kebanyakan susu formula semuanya sama saja
Memang rasa serabut gila nak pilih senarai susu formula terbaik untuk bayi, kan? Tapi tahukah anda, sebenarnya kebanyakan susu formula itu semua sama saja.
Ini kerana mereka bergantung kepada piawaian Food and Drug Administration (FDA) di mana semua pengeluar perlu memasukkan 29 nutrisi khas penting dalam setiap susu.
Jadi, walaupun susu berlainan jenama, cara pembungkusan dan harga, tapi semuanya memiliki bahan yang hampir sama.
Akan tetapi, formula khas memang khusus untuk situasi tertentu. Contohnya seperti susu untuk bayi pramatang memiliki kalori yang lebih daripada yang standard.
Susu formula berdasarkan soya atau hydrolyzed formula memang khas untuk bayi yang ada alahan atau tidak serasi dengan protein susu.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masalah Kurang Susu Badan? Ibu Boleh Berikan Si Comel Susu Formula Untuk Bayi
Baca juga: Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi? Ini Penjelasan Pakar!