Bapa Saudara Goncang Bayi 3 Bulan Hingga Maut, Bising Dengar Tangisan Ketika Layan Bola

Kecederaan kepala boleh berlaku kepada bayi yang digoncang dengan kuat oleh orang dewasa. Jadikan kisah ini sebagai iktibar untuk ibu ayah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membesarkan seorang bayi memerlukan anda bertindak dengan teliti dan penuh berhati-hati. Kesilapan kecil boleh mendatangkan kesan yang besar seperti kecederaan kepala mahupun anggota tubuh badan yang lain.

Bagi sesetengah ibu ayah baharu, adalah penting untuk anda mengetahui cara-cara mengurus bayi dengan betul bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bayi alami kecederaan kepala selepas digoncang

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Sun, seorang bapa saudara bertindak di luar kawalan apabila seorang bayi menangis sewaktu dia sedang menonton perlawanan bola sepak.

Lelaki berusia 31 tahun itu melakukan tindakan berkenaan sewaktu ibu mangsa keluar rumah. Difahamkan mereka tinggal dalam sebuah rumah yang sama di Coventry, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 29 Jun 2018.

Menurut keterangan oleh pihak mahkamah, mangsa kelihatan tidak bermaya selepas bapa saudaranya menggoncangkan tubuhnya bagi menghentikan tangisan agar dia dapat menonton siaran perlawanan bola sepak dengan tenang.

Bayi berusia 3 bulan itu telah mengalami kecederaan kepala yang serius dan dua hari kemudiannya meninggal dunia di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.

Pada mulanya, ibu mangsa meminta bantuan adiknya untuk menjaga mangsa ketika dia keluar menghantar tiga orang anak yang lain ke sekolah. Dalam pada yang sama, bapa mangsa juga tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Tidak mengaku melakukan kesalahan membunuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika disoal di mahkamah, suspek tidak mengaku bersalah dan menafikan bahawa dia menggoncang anak saudaranya.

credit to sources

”Bayi tersebut tidur dengan lena, bila saya pergi untuk memeriksanya, dia telah mengalami sawan dan sesak nafas dengan tiba-tiba.” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun laporan bedah siasat mendapati bahawa bayi tersebut meninggal dunia akibat kecederaan kepala dan otak yang parah disebabkan oleh gegaran tidak sengaja di Coventry pada 29 Julai 2018.

Detektif Inspektor Michelle Allen mengatakan bayi malang berkenaan merupakan seorang anak yang sihat dan ceria. Dia juga sangat disayangi oleh ahli keluarganya. Mereka berasa sedih akan kehilangan ini.

”Kes ini antara salah satu kes yang amat sedih untuk disiasat. Ia memberikan pelbagai kesan terhadap hubungan keluarga mangsa.”

”Tiada ibu bapa yang sanggup berdepan kehilangan anak. Lebih-lebih lagi mereka amat mempercayakan sepenuhnya pada ahli keluarga untuk menjaga anak tersebut dengan sebaiknya,” ujar Detektif.

Pelaku didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan dijatuhi penjara selama 9 tahun di Mahkamah Warwick Crown.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya goncang anak sewaktu bayi, boleh menyebabkan kecederaan kepala dan otak

Public Health Malaysia menegaskan bahawa tindakan menggoncang anak sewaktu bayi adalah sangat bahaya.

Tahukah anda, perbuatan seperti:

  • Melambung bayi
  • Menggoncang bayi
  • Senaman akrobatik bayi

Boleh mendatangkan kesan bahaya terhadap diri si manja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan ibu ayah, bayi memiliki otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Mereka juga mempunyai salur darah yang sangat halus.

Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menghentak dinding tengkorak. Keadaan ini menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak menjadi bengkak.

Selain itu, kesan bahaya yang boleh terjadi adalah patah tulang belakang, leher dan juga kerosakan pada mata.

Shaken Baby Syndrome (SBS) antara yang kerap berlaku pada bayi berusia bawah 2 tahun. Namun ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak berusia 5 tahun.

Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 hingga 8 minggu, di mana bayi kerap menangis. Bagi ibu ayah baharu, anda mungkin akan berasa sedikit keliru dan tertekan bagi menghadapi situasi ini.

Seterusnya bagi melepaskan geram atau mendiamkan anak, penjaga menggoncangkan bayi dengan terlalu kuat sehingga tidak sedar perbuatan ini boleh membahayakan nyawa mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga menggoncangkan bayi kerana aktiviti fizikal ini dianggap sebagai satu senaman untuk bayi.

Dalam hal ini ibu ayah diingatkan bahawa anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan. Shaken Baby Syndrome (SBS) adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan.

Sekiranya anda merasakan anak menjadi mangsa penderaan SBS, segera membawa si manja mendapatkan rawatan doktor dan laporkan kepada pihak polis untuk tindakan undang-undang.

Sumber: The Sun, Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bapa Tak Dapat Tahan Marah, Goncang Bayi Hingga Jadi Pendarahan Otak