TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Barli Untuk Bayi, Ia Membantu Penghadaman & Meningkatkan Imunisasi Tubuh

4 min bacaan
Khasiat Barli Untuk Bayi, Ia Membantu Penghadaman & Meningkatkan Imunisasi Tubuh

Khasiat air barli membekalkan pelbagai nutrisi penting bagi kesihatan tubuh. Selain orang dewasa, ia juga memberikan manfaat kepada bayi dan kanak-kanak

Bagi yang tidak mengetahui akan khasiat air barli, mungkin akan melihatnya biasa sahaja. Namun ia ternyata sangat bagus untuk kesihatan ibu hamil, bayi, kanak-kanak dan sesiapa sahaja.

Selain dijadikan sebagai minuman, anda juga boleh memasukkan bijirin ini ke dalam hidangan salad, menjadikan adunan tepung, emping dan sajian sayur-sayuran.

Baca juga: 7 Khasiat Betik Untuk Si Manja, Ia Mampu Merawat Masalah Cacing & Rabun Mata

Khasiat air barli untuk bayi dan kanak-kanak

Barli dianggap sebagai makanan yang selamat untuk bayi kerana ia membekalkan pelbagai banyak nutrisi penting bagi menyokong proses perkembangan si manja.

Disebabkan oleh perut bayi masih kecil dan boleh makan sedikit sahaja makanan pada satu masa, adalah penting untuk anda menyediakan dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak.

Berikut adalah khasiat barli untuk bayi:

#1. Meningkatkan kekuatan tulang

khasiat barli

credit to sources

Selain kalsium, kandungan sejumlah besar fosforus di dalam bijirin barli terbukti berkesan dalam menguatkan tulang bayi. 

#2. Merawat luka ringan

Sekiranya bayi mengalami kecederaan atau luka ringan, ibu boleh menjadikan bijirin barli sebagai rawatan semula jadi di rumah. Caranya adalah dengan merebus biji barli sehingga lembut, kemudian lenyek dan tampalkan pada bahagian yang luka.

#3. Melancarkan sistem pencernaan

Barli antara makanan yang membekalkan sumber serat bagi melancarkan proses pencernaan si manja. Ia dikatakan mampu percepatkan penghadaman nutrisi makanan dan dalam masa yang sama mampu mengekalkan kesihatan usus.

Ibu juga boleh memberikan air barli kepada bayi sekiranya dia mengalami masalah cirit-birit bagi menstabilkan semula bendalir dalam darah.

#4. Meningkatkan sistem ketahanan tubuh

Khasiat air barli mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, magnesium, zink, vitamin V, zat besi dan selenium yang memainkan peranan penting dalam sistem ketahanan tubuh.

Bukan itu sahaja, beta-glukan dalam bijirin barli turut memiliki kebolehan bagi mengaktifkan sistem imunisasi badan. Ia adalah penting bagi melindungi si manja daripada sebarang jangkitan dan serangan kuman seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya.

#5. Menguatkan organ hati

Kajian telah membuktikan bahawa barli amat penting bagi proses perkembangan organ hati dan melindunginya daripada kerosakan. Selain itu, ia juga mengurangkan pengeluaran asid hempedu yang berlebihan.

Usia yang sesuai untuk bayi mula makan barli

Meskipun begitu disebabkan oleh kandungan gluten (sejenis protein), ibu tidak disaran menjadikan barli sebagai makanan pertama bagi bayi yang memasuki usia 6 bulan. Di samping itu, elakkan juga bijirin ini sekiranya si manja anda mengalami alahan terhadap gandum.

Anda boleh memperkenalkan bayi dengan diet berasaskan barli ketika mereka memasuki usia sekurang-kurangnya 7 atau 8 bulan. Caranya adalah dengan perhatikan sebarang perubahan yang ditunjukkan oleh si manja selama 3 hari selepas anda memberinya barli. 

Jika ada tanda-tanda alahan, berhenti memperkenalkan makanan baru yang lain dalam tiga hari ini.

Resepi bayi berasaskan barli

#1. Bubur barli dengan ubi keledek ungu

kelebihan barli

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Cara memasak:

  1. Kupas kulit ubi keledek ungu. Basuh dan potongkannya kecil-kecil.
  2. Rebus sehingga empuk. Apabila sudah lembut, masukkan barli dan rebus lagi hingga kembang.
  3. Seterusnya, kisar halus dan siap untuk dinikmati!

#2. Air barli

Cara penyediaan:

  1. Masukkan 1 cawan barli dan 1/2 cawan air ke dalam periuk tekanan dan biarkan ia masak selama kira-kira 3 wisel.
  2. Apabila periuk telah sejuk sedikit, buka penutup dan tambahkan gula merah sekiranya mahu. Kacau sehingga rata. Kemudian tos dan berikan kepada bayi setelah ia sejuk.

#3. Bubur sup barli

nutrisi barli

credit to sources

Cara penyediaan:

  1. Masak 2 sudu isi ayam bersama sedikit air. Kemudian masukkan lobak merah dan tunggu sehingga ia masak.
  2. Seterusnya, masukkan 2 hingga 3 serbuk barli. Biarkan mendidih seketika. Kisaran hingga halus dan siap untuk dimakan!

#4. Barli dan ubi kentang manis

Cara penyediaan:

  1. Campurkan 1 cawan barli mutiara lembut yang sudah dimasak, 1 cawan kentang manis sudah dimasak, 1/2 cawan buah epal atau puri, sedikit serbuk kayu manis, halia dan buah pala (untuk bayi berusia 8 bulan ke atas) ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Bentukkannya menjadi bebola kecil dan siap untuk dihidangkan!

Sumber: Momkidzone, Bebehouz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Idea Bubur Bayi Penuh Khasiat, Mudahkan Urusan Ibu Bekerja @ Work From Home

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Khasiat Barli Untuk Bayi, Ia Membantu Penghadaman & Meningkatkan Imunisasi Tubuh
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham