Kantoi Curang 2x, Kalau Suami Curang Siapa Patut Dipersalahkan? Suami Atau Wanita Ketiga Itu?

Isteri mana yang tidak marah dan melenting bila tahu kecurangan suami. Namun, dalam kes ini siapa yang harus dipersalahkan? 100% salah suami wanita ketiga?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai wanita akan rasa down atau naik hantu bila dapat tahu kecurangan suami setelah hadirnya orang ketiga dalam perkahwinan hingga mengeluarkan kata-kata kesat yang kurang enak.

Tidak kurang dengan itu, wanita perampas itu akan dilabel dengan pelbagai hinaan hingga kita sendiri tak sanggup nak dengar. 

Lebih memeranjatkan kecurangan suami itu “diukur” pula melalui wanita mana yang paling cantik? Kenapa wanita ketiga tidaklah hebat mana pun atau tidak secantik isteri tapi kenapa suami masih ingin berlaku curang? 

Seperti kes baru yang berlaku pada perkahwinan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di mana dia dikatakan kantoi curang yang didedahkan sendiri oleh isterinya, Bella Astillah. 

Kredit: Gempak

Berikut petikan perkongsian Bella menerusi laman Instagram miliknya. 

Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab manusia tak lari daripada kesilapan terutama apabila terpandang wajah anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, selepas Aliff habis shoot telemovie dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam tele tersebut.

Dua hari sebelum habis shoot, dia dah mula berkelakuan lain seperti tukar password telefon dan bila paksa buka telefon dia siap-siap padam whatsaap dengan heroin itu. 

Saya cakap dengan dia, saya bukan budak-budak dan kenapa perlu padam whatsaap itu? Untuk kepastian saya telefon heroin tersebut jawapan yang diberikan “Ya Allah Bella, tak ada apapun kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia dan minta dia Back to Allah”. 

Rupanya orang yang nasihat adalah orang sama-sama pergi club dengan Aliff, menari, peluk-peluk dan mabuk sama-sama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila solat, saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya dan tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. 

Terima kasih kepada insan yang direct message saya jika tidak saya tak tahu langsung dengan kecurangan suami ini. 

Ingat, hiburan dunia ini hanya sementara. 

Kepada Aliff, kalau rasa bahagia dengan kehidupan begini dan sudah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi kelab sama-sama, yang boleh jaga makan minum awak. Teruskan…

Kecurangan suami, siapa harus dipersalahkan? Perempuan simpanan atau suami sendiri? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecurangan suami ini mungkin terjadi kerana dua sebab, pertama mungkin suami itu spesis “miang keladi” nampak perempuan lawa sikit dari isteri mulalah nak menggatal

Kedua, suami yang mungkin bosan dengan sikap isteri, dan tidak mahu mengeluarkan usaha, mahupun  memulihkan hubungan suami isteri tersebut.

Inilah juga punca kecurangan suami hingga mencari kebahagiaan di luar. Seperti drama, muncul pula seorang wanita yang tanpa sengaja mengisi kekosongan hati suami dan mulalah cinta berputik dan skandal bermula…

Kemudian isteri mula menuduh perempuan simpanan itu dengan kata-kata kesat. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan di sini? Cuba fikirkan semula: adakah salah suami atau wanita ketiga tersebut?

Atau adakah ia salah isteri yang mungkin tak memahami perasaan suami? 

Sampai bila nak salahkan seseorang? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Thread Zalora.com

Ya, sampai bila nak salahkan semua orang atas apa yang berlaku ini? Sebenarnya tiada siapa yang SALAH dalam hal seperti ini. Ambil ia sebagai pengajaran. 

Ia berlaku kerana kita kurang ILMU. Kita tidak kenal diri ataupun kita tak kenal pasangan sebetul-betulnya. Bila tidak kenal, mula timbul salah faham hingga berlakunya konflik dan kelukaan. 

Hal ini kerana, kita dan suami datang dari kehidupan yang berbeza dan cara membesar juga berbeza. Maka selami kehidupan kedua-duanya dengan baik. 

Jangan sangka dan mudah percaya yang bukan-bukan pada pasangan. Hakikatnya, kamu, suami dan wanita itu juga sering tersasar mencari cinta yang salah.

Kita mencari cinta dan perhatian di luar sedangkan cinta dan perhatian itu yang paling diperlukan adalah dari diri kita sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Kosmo 

Sumber: Instagram Bella Astillah , Diyana Tahir

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-curang-dalam-diam