X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Dia Jodoh Buat Selama-Lamanya? Tengok Petanda-Petanda Ini Pada Pasangan Anda

5 min bacaan
Adakah Dia Jodoh Buat Selama-Lamanya? Tengok Petanda-Petanda Ini Pada Pasangan Anda

Apakah tanda jodoh kita? Adakah suami kita sekarang atau pasangan yang kita sedang berkenalan itu jodoh sejati yang telah ditetapkan oleh Tuhan?

Bagi yang sedang mencari pasangan hidup, kita pasti  tertanya-tanya apakah tanda jodoh kita? Adakah orang yang kita sedang berkenalan itu jodoh yang telah ditetapkan untuk kita?

Bagaimana pula kita boleh tahu sama ada perkahwinan yang bakal dibina itu benar dan akan berkekalan? 

Sebenarnya, tiada petanda utama yang boleh beritahu kita 100% tentang hal ini. Cumanya, ada beberapa petunjuk yang boleh kita guna untuk memastikan sama ada pilihan hati kita itu benar-benar jodoh kita.

Perkongsian Tanda Jodoh Kita Oleh Dr. Harra

jodoh

Kredit: Pexels

9 petanda yang kami kongsikan ini bukan saja boleh membantu mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan memberitahu sama ada pasangan mereka itu adalah jodoh sejati mereka.

Malah, ia sesuai untuk para isteri gunakan untuk menyemak serta menyemai rasa sayang pada suami, jika kebanyakkan petanda ini ada pada dirinya.

Untuk mengetahui tanda jodoh kita, mari kita semak perkongsian oleh ahli psikologi klinikal dan pakar perhubungan, Carmen Harra.

Dr. Harra sudah pun membantu ramai pasangan suami isteri dan percaya bahawa jika suami atau bakal pasangan kita itu jodoh sejati kita, maka kita akan dapat menikmati perhubungan romantis dalam rumah tangga yang bahagia. 

9 Cara Kenal Pasti Tanda Jodoh Kita

1. Semasa berkenalan, semuanya mudah

Adakah Dia Jodoh Buat Selama-Lamanya? Tengok Petanda-Petanda Ini Pada Pasangan Anda

Kredit: Pexels

Dalam erti kata lain, kita dapat merasakannya jauh di lubuh hati!

Ini mungkin kedengaran sedikit pelik, tapi ia bukanlah perkara mustahil. Antara tanda jodoh kita adalah, ketika kita berkenalan dengan pasangan kita dulu, segalanya rasa mudah dan senang.

Hati kita pun tidak sekalipun meragui atau berasa gusar tentang perhubungan tersebut.

Akan ada detik hati atau suara dalam minda kita yang memberitahu bahawa lelaki/suami kita itu adalah “the one”!

Itu kata Laurie Sue Brockway, seorang jurunikah, kepada The Huffington Post. Cuba anda tanya dengan rakan-rakan yang sudah lama berkahwin, mereka pasti setuju dengan kata-kata ini.

2. Pasangan atau suami sangat memahami diri anda

Sehinggakan, anda tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa sentiasa. Jodoh sejati anda selalunya amat mudah untuk memahami sikap, pemikiran dan prinsip hidup anda.

Jika si dia itu jodoh sejati kita, kita boleh berkata dengan mudah : “Dia boleh menghabiskan ayat-ayat saya!”

3. Anda dapat rasa dia akan kekal bersama ketika susah dan senang

Antara tanda jodoh kita adalah kita dapat merasakan yang suami kita (atau bakal suami) sekarang akan sanggup hidup susah dan senang dengan kita.

Kita dapat rasakan yang dia akan selalu menyokong keputusan yang kita buat dan menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk kita berjaya dalam hidup. 

4. Anda berdua sekepala

jodoh

Kredit: Freepik

Suami kita adalah tanda jodoh kita yang sejati jika kita umpama dua insan tetapi satu jiwa.

Kita sangat sekepala sehinggakan kita boleh memahami antara satu sama lain tanpa mencetuskan banyak perbalahan.

Jika anda sedang dalam proses mengenali bakal suami, lihat sama ada anda berdua dapat berhubungan dan bersefahaman dalam banyak hal. Jika ya, itu mungkin menjadi tanda jodoh kita.

6. Dia boleh buat anda tidak senang duduk

Apa maksudnya? Walaupun selalunya kita dengar yang jodoh sejati akan membuatkan kita jatuh cinta bagai nak rak padanya, tapi si dia juga boleh membuatkan kita tidak senang duduk (senang nak marah!).

Rasa ini juga diikuti dengan rasa ingin berbaik dengan cepat. Kenapa? Kerana kita sebenarnya ambil kisah dan ambil berat tentang dirinya.

Cuba bayangkan apa kita rasa pada orang yang kita tidak kenal atau tiada sebarang perasaan padanya? Sukar untuk dia membuatkan kita marah kerana kita tidak terkesankan pun dengan tindakannya.

7. Anda mudah untuk menerima kelemahannya

Dulu, kita selalu ada bayangan tentang jodoh kita.

Contohnya, “Dia perlulah tinggi, kacak dan berkulit sawo matang.” Tapi, realiti sebenar adalah suami kita atau bakal pasangan kita itu sangatlah berlawanan dengan apa yang kita inginkan!

Dan kita tidak sedikit pun berasa tidak senang hati dengannya walaupun dia jauh dengan bayangan kita. Malah, kelemahan sikapnya juga mudah untuk kita maafkan dan terima seadanya.

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Becoming Financially Savvy By Maximising Financial Knowledge
Becoming Financially Savvy By Maximising Financial Knowledge
Questions For The Paediatrician,  #4 Is A MUST!
Questions For The Paediatrician, #4 Is A MUST!
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare

Jika anda rasakan semua ini, maka itu boleh menjadi tanda jodoh kita!

8. Dia buat anda rasa bahagia dan selamat

jodoh

Kredit: Pexels

Suami anda adalah jodoh sejati anda jika dia selalu membuatkan anda rasa bahagia dalam apa keadaan sekalipun.

Dia bukan sahaja kekasih yang setia malah sentiasa membuatkan anda rasa selamat dalam perhubungan anda berdua.

Contohnya, seorang ibu, Sam O., ada berkongsi cerita yang dia tahu bahawa suaminya itu adalah jodoh yang ditentukan Tuhan kerana mereka selalu gembira bersama dan suaminya adalah ayah yang baik kepada anak-anaknya.

9. Anda tidak dapat bayangkan hidup tanpanya

Cuba anda pejam mata dan bayangkan kehidupan anda di masa depan tanpa suami atau bakal pasangan di sisi? Apa yang anda rasa dan dapatkah anda menerima kenyataan itu dengan mudah?

Jika tidak, itu juga boleh jadi tanda jodoh kita. Ini kerana anda menyayanginya sepenuh hati dan percaya pada keikhlasan dan kesetiaannya.

Jika inilah yang anda rasakan, maka jangan lepaskannya. Nikmatilah perhubungan anda dalam rumah tangga.

Dan, buat mereka yang sedang berkenalan dan bakal berkahwin, teruskanlah perhubungan anda jika anda dapat merasakan semua yang dikongsikan di atas.

Selamat berbahagia! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pasangan suami isteri dengan jarak umur ini didapati lebih bahagia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Adakah Dia Jodoh Buat Selama-Lamanya? Tengok Petanda-Petanda Ini Pada Pasangan Anda
Kongsikan:
  • Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

    Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

  • 9 sebab kenapa anda patut "bersama" pasangan pada waktu pagi

    9 sebab kenapa anda patut "bersama" pasangan pada waktu pagi

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

    Saya Suri Rumah Saja: Adakah Saya Cukup Kuat Seperti Feminis Untuk Anak Saya?

  • 9 sebab kenapa anda patut "bersama" pasangan pada waktu pagi

    9 sebab kenapa anda patut "bersama" pasangan pada waktu pagi

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.