Keganasan rumah tangga adalah satu-satunya masalah yang jarang dilaporkan.
Mangsa selalunya akan menyembunyikan kecederaan fizikal ataupun mental yang dihadapi untuk masa yang lama sebelum meminta pertolongan.
Malangnya, orang lain tidak boleh membantu jika mangsa selalu mendiamkan diri. Mangsa itu mesti sedar dan mahu menyelamatkan diri sendiri.
Kes-kes keganasan rumah tangga
Bayi ini yang selamat dilahirkan tidak tahu bahawa ibunya Tanya Boyd, telah dipukul dengan kejam oleh ayahnya, Matthew Kersey, apabila dia masih di dalam rahim.
Pasangan ini yang berasal dari Ipswich telah bertengkar dan apabila Tanya telah bertanya mengapa dia telah berbohong, tanpa menjawab Kersey telah menyerangnya dengan tiba-tiba.
Tanya telah memberitahu Metro:
“Dia(Kersey) tiba-tiba menerpa ke arah saya sehingga saya terjatuh. Kemudian dia menghentam kepalanya ke perut saya dan masa itu, saya benar-benar takut dengan keselamatan bayi saya. Saya menjerit kepadanya, “Jangan buat saya keguguran!“
Selama 1 jam Kersey telah menyerang Tanya dan merosakkan banyak harta benda.
Tanya hanya melaporkan kejadian tersebut kepada polis beberapa hari kemudian.
Tanya ingat dirinya seorang wanita yang kuat kerana bekerja sebagai seorang bouncer dan tidak terlintas difikiran yang Kersey akan memukulnya semasa dia mengandung.
Kini, dia menyesal kerana bertemu dengannya.
7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur
Tetapi keganasan rumah tangga tidak hanya berlaku di negara lain malah terdapat juga kes-kes berprofil tinggi di negara kita juga.
Ingat lagi tak kes Awie?
Penyanyi rock popular itu telah didakwa dua kali dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun.
Walaupun kes itu akhirnya ditutup, Dr Chan Kin Yoong berkata hasil pemeriksaan beliau terhadap Rozana mendapati wanita itu mengalami kecederaan di kedua-dua belah mata, tangan, lengan dan bahagian kiri anggota badan termasuk hidung, telinga, leher, dada dan rusuk kiri.
Nurhidayah A. Ghani juga berjaya mendapat pembelaan selepas suaminya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi awal tahun ini.
Jamaluddin Ali, 43, didapati bersalah atas tuduhan membelasah mangsa sehingga tidak sedarkan diri selepas berlaku pertengkaran, empat tahun lalu.
Apakah yang dianggap sebagai keganasan rumah tangga?
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, keganasan adalah mereka yang melakukan perbuatan berikut:
- Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
- Mencederakan secara fizikal
- Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
- Mengurung / menahan tanpa kerelaan
- Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.
Mangsa keganasan rumah tangga boleh terdiri daripada suami, isteri, anak, dan siapa-siapa ahli keluarga yang tinggal serumah.
Walaupun kebanyakkan mangsa keganasan adalah kaum wanita ataupun kanak-kanak, kes lelaki didera tidak terkecuali dari masalah ini juga.
Sebab-sebab keganasan
Di bawah adalah faktor-faktor mengapa banyak pihak mudah terjebat dalam kes keganasan:
- Sikap panas baran
- Tekanan hidup
- Penagihan dadah
- Perselisihan faham dan masalah kewangan
- Kaki botol
- Kaki judi
- Pasangan yang kahwin muda,
- Pasangan yang kuat cemburu
- Kes campur tangan mertua
5 cara anda merosakan hubungan dengan anak anda tanpa pengetahuan anda
Cara untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga
Jika mangsa menghadapi keganasan yang tidak serius, mereka boleh mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga dengan berbincang dengan pasangan mereka ataupun dengan kaunselor.
Tetapi kalau keganasan tidak berkurangan selepas usaha untuk perbaiki keadaan dan sebaliknya menjadi lebih serius, sehingga mencederakan mangsa, mangsa haruslah pertimbangkan tindakan untuk menyelamatkan diri.
Mangsa juga boleh mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pelbagai organisasi serta pertubuhan contohnya, Jabatan Pembangunan Wanita, Women’s Aid Organisation, dan sebagainya.
Orang ramai dan mangsa sendiri boleh melaporkan kejadian keganasan:
- ke balai polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- Menghubungi Talian Kasih 15999
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan
Hangatkan Hubungan Di Hari Lahir Pasangan Dengan ‘Hadiah’ Birthday Untuk Suami
Sumber: JKM, Astro Awani.