Bakal Ibu Jangan Overthink, Ini Yang Anda Perlu Tahu Untuk Pastikan Kehamilan Sihat Sepanjang 9 Bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik bakal ibu mendapat tahu berita kehamilan, tentu macam-macam perkara bermain di minda. Dan antaranya bagaimana nak memastikan kehamilan yang sihat sepanjang 9 bulan ini. 

Ada ibu yang terlalu ‘overthink’ sehingga membuatkan perjalanan kehamilan menjadi sangat stress maka tidak dilalui dengan bahagia dan teruja seperti ibu-ibu lain. 

Jadi ini yang ibu-ibu perlu lakukan bagi memastikan kehamilan 9 bulan anda menjadi lebih sihat dan anda dan bayi pun happy!

Kehamilan 9 bulan yang sihat!

#1. Check-up antenatal yang cukup

Jangan pernah skip check-up kehamilan anda. Ia adalah sangat penting untuk memastikan perkembangan bayi dalam kandungan adalah sempurna. 

Memilih doktor yang serasi daripada awal kehamilan adalah bagus bagi memastikan perkembangan bayi sentiasa diperhatikan dengan betul malah sekiranya doktor itu yang akan menyambut bayi anda nanti adalah lebih baik. Kebiasaannya ibu-ibu akan memilih gynae mereka sebaik kandungan mencecah 7 bulan, agar insurans boleh cover kos konsultasi yang mana lebih mahal daripada checkup di klinik biasa. 

#2. Pemakanan sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalkan pemakanan sihat amatlah penting bagi memastikan ibu dan bayi tidak overweight atau berisiko untuk kena diabetes. 

Sentiasa makan hidangan yang berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta, nasi atau kentang. Dan amalkan pengambilan sarapan yang kaya dengan serat. 

Protein juga penting untuk diambil, seperti ikan, daging, telur, kekacang dan susu. Ambil setiap hari dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jaga kebersihan dalam makanan

Selain memastikan anda mengambil makanan yang cukup khasiat, anda juga perlu pastikan makanan yang dimakan adalah bersih, dimasak dengan betul dan tidak mentah!

Ia penting agar anda tidak dijangkiti apa-apa kuman dan virus yang berpunca daripada makanan yang tidak dimasak dengan betul.

Jangkitan salmonella boleh terjadi disebabkan daging ayam yang tidak dimasak dengan sempurna serta telur yang separa masak.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keju atau cheese yang mentah juga tidak boleh diambil sebarangan. Namun keju lembut yang biasa kita makan seperti cheddar, parmesan atau mozarella adalah selamat untuk dimakan.

#4. Jangan skip asid folik

Pengambilan asid folik adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan! Malah ia sepatutnya diambil pada peringkat awal lagi iaitu ketika anda merancang untuk hamil. 

Seeloknya asid folik diambil dalam 1 tablet iaitu 400 mikrogram (mcg) setiap hari. Manfaat asid folik ini adalah untuk mengurangkan risiko bayi dari mengalami kecacatan tulang belakang yang dipanggil spina bifida. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya asid folik diberi asing, ia tidak termasuk dalam dos multivitamin. Apa-apa pun ia bergantung juga pada risiko kehamilan anda juga saranan daripada doktor. 

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

#5. Sentiasa bersenam

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Lakukan senam pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvis, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvis tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvis semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

#7. Kurangkan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

#8. Rehat yang cukup 

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya “jangan terlalu aktif”. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Baby Center, Healthline

Baca Juga: Vitamin Untuk Ibu Mengandung Yang WAJIB Diambil Sepanjang Hamil