Nak rumah tangga bahagia? Fahami 4 kehendak suami dan isteri yang setiap pasangan perlu tahu ini!

Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan perkahwinan yang bahagia. Untuk itu anda perlu memahami kehendak pasangan anda.

Bila kita mula duduk serumah dengan pasangan, baru kita sedar yang cara kita dan pasangan sangar berbeza. Tak dapat memahami kehendak pasangan adalah salah satu punca konflik rumah tangga.

Sudah tentu setiap orang berbeza dan kehendak ini mungkin tak sama dengan apa yang pasangan anda mahukan. Tapi secara umum, ini adalah kehendak pasangan suami dan isteri menurut pakar.

4 kehendak pasangan dalam perkahwinan — inilah kunci rumah tangga bahagia!

Suami mahu #1: Dihormati

Isteri mahu #1: Disayangi

Isteri, para suami kebanyakannya mahu rasa dihormati. Pada mereka, rasa sayang akan datang bila anda menghormati mereka kerana bila anda menghormati mereka, mereka akan rasa yang mereka penting untuk anda.

Suami, isteri anda pula mahukan anda tunjuk kasih sayang anda dengan memberitahu mereka betapa sayangnya anda pada mereka dan tunjukkan sikit sisi romatis anda pada mereka.

Suami mahu #2: Meluahkan rasa cinta melalui hubungan seks yang kerap

Isteri mahu #2: Rasa dihargai untuk menginginkan seks

Suami biasanya menggunakan seks untuk menunjukkan rasa cinta mereka pada anda.

Wanita pula biasanya mempunyai keinginan seks yang lebih tinggi dari lelaki tapi secara keseluruhannya lelaki mahukan seks lebih kerap.

Isteri pula mahukan hubungan emosi dengan anda sebelum melalukan seks.

Penting untuk anda ketahui yang isteri tak boleh melakukan hubungan seks secara spontan, jadi anda perlu faham yang isteri tak selalunya ada mood untuk melakukan seks dan hormatinya.

Suami mahu #3: Berkomunikasi melalui aktiviti yang dilakukan bersama-sama

Isteri mahu #3: Berkomunikasi melalui perbualan seharian

Suami mahu merapatkan hubungan melalui aktiviti. Mereka mahu berkongsikan pengalaman mereka dengan anda berbanding berbual atau duduk di rumah.

Isteri pula mahu anda berkomunikasi melalui perbualan harian, jadi mereka mahu duduk di rumah sebelah anda dan bercakap tentang apa yang mereka lalui.

Suami mahu #4: Masa untuk fikir apa yang mereka mahu

Isteri mahu #4: Bercakap untuk faham apa yang mereka mahu

Jika suami ada masalah atau bergaduh dengan anda, penting untuk beri mereka masa untuk faham perasaan mereka. Jadi, jangan paksa mereka untuk bercakap dengan anda jika mereka ada masalah. Ia hanya akan menambah masalah.

Isteri pula lebih senang untuk kongsi masalah dengan anda. Komunikasi adalah penting untuk wanita, jadi anda perlu jujur, hormat dan dengar apa yang mereka ingin sampaikan.

Jika suami dan isteri mula mehamai kehendak dan keinginan masing-masing dan cuba untuk bertolak-ansur, inshaAllah, pasti hubungan akan berkekalan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ditulis oleh Alwyn Batara dan dibenarkan penterjemahan dari theAsianparent Philippines

Baca juga:

47 cara senang untuk bahagiakan isteri, tak payah keluar duit banyak pun!

Penulis

Nadia Ghafar