Ibu Hilang Berat Badan Lebih 45kg Ehsan Daripada Suami Penipu Dan Curang!

Apabila Betsy Ayala menemui yang suaminya curang dan mengejek di belakangnya, dia membuat keputusan untuk mengubah hidupnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melahirkan anak perempuannya pada tahun 2013, berat badan Betsy Ayala telah mencecah 118kg, jauh daripada berat badan ideal yang sepatutnya. Namun, disebabkan ibu yang berasal dari Texas itu memang mempunyai masalah berat badan dari dulu lagi, dia tidak mengambil berat tentang rupa paras fizikalnya.

Tetapi, sesuatu telah terjadi dan membuatkan Betsy termotivasi untuk berusaha mengeluarkan dirinya dari depresi  dan keresahan selepas bersalin serta melalui perubahan yang menakjubkan. Dia mendapat tahu tentang suaminya yang telah bercinta dengannya sejak umurnya 17 tahun, curang. Dia jumpa telah menemui mesej yang dihantar oleh suaminya kepada kekasihnya tentang berat badannya.

Mendapatkan berat badan ideal

Menurut sumber, itulah saat di mana dia membuat keputusan yang dia tidak mampu terus dengan keadaannya dan membuat keputusan untuk mendapatkan berat badan ideal. “Itu mendorong saya untuk membuat perubahan yang tetap di dalam hidup saya,” kata Betsy.

Dia mahu meneruskan gaya hidupnya dengan cara yang lebih sihat; bukan sekadar untuk rasa lebih baik tentang dirinya, tetapi juga untuk menjadi contoh yang baik untuk anak perempuannya. Bermula awal tahun 2014, Betsy memulakan perubahan positif di dalam gaya hidup hariannya. Walaupun tidak pernah membuat sebarang senaman fizikal, dia mula bersenam dan berdiet.

Menurut sumber juga, Betsy telah Berjaya memperoleh penurunan berat badan yang mengkagumkan dan beratnya kini 47kg. “Pada mulanya, ianya sangat sukar, namun sebenarnya, ia tidaklah sesukar yang anda fikir.” Kata Betsy yang Berjaya mengimbangkan perubahan hidupnya dan menjadi seorang ibu.

Cara menurunkan berat dengan kaedah yang sihat

Anda sudah bersalin. Jadi, anda sudah selesai makan untuk ‘dua orang’. Mesti anda akan rasa tidak selesa dengan semua berat berlebihan yang anda dapat semasa proses itu. Setidak-tidak, saya tidak. Jangan risau! Terdapat cara yang realistic untuk membuangkan lebihan lemak tersebut, dengan syarat, anda buat apa yang saya buat, dan saya tidak perlu berhempas pulas untuk mendapatkan berat sebelum mengandung saya. Berikut adalah beberapa tip yang efektif untuk membantu anda mendapatkan berat badan lama anda:

  1. Hindari diet mendadak: Lebih baik, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan di dalam kuantiti yang serdahana lebih-lebih lagi jika anda menyusukan bayi anda.
  2. Bersenam: Nikmati senaman. Ia bukan sahaja membantu anda menurunkan berat badan, malah boleh meningkatkan tenaga anda dan menghalau depresi selepas bersalin.
  3. Tidur yang mencukupi: Dengan adanya anak kecil, bagaimana nak mendapat tidur yang mencukupi, kan? Tapi dengan perancangan jadual dan susunan kerja rumah dengan teratur, anda boleh mendapat tidur yang mencukupi. Kerana, jika anda kurang tidur, anda akan lebih menginginkan makanan yang menggemukan.
  4. Pastikan diri anda cukup terhidrat: Minum air sebanyak yang mungkin di waktu siang. Ia akan membantu badan anda terhidrat dan membuatan anda rasa kenyang supaya anda tidak mencari makanan tambahan.
  5. Dapatkan bantuan: TIdak perlu malu, dapatkan bantuan atau upah pembantu supaya anda dapat menikmati tips yang dinyatakan di atas.

Tiada satu pun dari apa yang dinyatakan tidak dapat dipraktikan, kerana semuanya telah dicuba dan dibuat oleh ibu – ibu sebenar. Apa yang kita perlukan ialah kesabaran untuk penurunan berat badan secara berperingkat tetapi pasti.

Sudah tentu, adalah PENTING untuk kembali ke bentuk badan asal. Tetapi tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda, dengan mengingati gaya hidup anda dan corak berat setakat ini.

Sumber: Dailymail.co.uk, People.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:

4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma