Bayi Kejang Dalam Diam, Jangan Biarkan Ia Jadi Sampai Kerosakan Otak!

Lihat bayi anda, adakah dia selalu alami kejang? Jangan biarkan dan pantau sekerap mungkin kerana jika tidak risiko perkembangan terlewat dan kerosakan otak boleh terjadi!

Ramai ibu bapa sudah tahu cara merawat anak demam, selsema, campak dan batuk. Tapi ada satu hal lain yang mungkin menyebabkan anda lebih panik iaitu kejang pada bayi baru lahir atau kekejangan infantil

Dengan pengetahuan yang ingin kami kongsi ini, anda boleh mendapatkan rawatan awal bagi memperoleh hasil yang lebih baik.

Hal ini kerana, jika anda lewat memberi bantuan pada anak yang mengalami kejang, ia boleh mengakibatkan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak pada kanak-kanak. 

Kejang pada bayi baru lahir – Apa itu kekejangan infantil? 

Kredit : Kompas Lifestyle

Kejang pada bayi baru lahir adalah satu bentuk epilepsi yang terjadi pada kira-kira 1 dari 2000 orang kanak-kanak. 

Biasanya, ia bermula antara dua hingga 12 bulan usia bayi dan kemuncaknya pada umur empat hingga lapan bulan. 

Ia dicirikan sebagai kekejangan epilepsi, masalah perkembangan dan corak gelombang otak pada ujian elektroensefalografi (EEG) yang dipanggil hypsarrhythmia. 

Ciri-ciri kejang pada bayi baru lahir 

Biasanya, kejang berlangsung selama satu atau dua saat. Tapi kekejangan yang bahaya akan berlaku setiap lima hingga 10 saat.

Ketika kejang, badan bayi akan menjadi kaku tiba-tiba. Manakala, bahagian belakang akan melengkung dan kaki serta kepala membongkok ke hadapan. 

Kredit foto: shutterstock

Selepas kejang, bayi akan mengalami perubahan berikut:

  • Kehilangan pencapaian perkembangan yang telah dipelajari sebelum ini seperti cara duduk, berguling dan lain-lain.
  • Bayi kelihatan diam dan tidak banyak bergerak
  • Tidak senyum dan tiada interaktif sosial terhadap sekitarnya. 

Lihat video di bawah ini sebagai contoh kekejangan pada bayi: 

Punca kejang pada bayi baru lahir 

Pelbagai jenis kelainan otak atau kecederaan boleh menyebabkan kekejangan otot. 

Menurut Healthy Children, lebih 50 penyakit genetik dikaitkan dengan kekejangan kanak-kanak dan ramai pesakit mempunyai gangguan lain seperti perkembangan terlewat contohnya cerebral palsy, Down syndrome, tuberous sclerosis dan lain-lain. 

Rawatan dan diagnosis untuk kejang pada bayi baru lahir

Kredit : Pertama kali

Sekiranya bayi anda mengalami situasi ini, sangat penting untuk segera bawanya berjumpa pakar pediatrik dan pemulihan awal boleh dijalankan. 

Bayi juga boleh dirujuk pada ahli saraf pediatrik dan mungkin si kecil anda perlu jalani ujian yang dipanggil video-electriencephalogram (EEG). Ia membantu kenalpasti corak gelombang otak semasa kejang. 

Selain, bayi akan terima ubat sutikan selama enam minggu bertujuan bagi menghentikan kekejangan dan meningkatkan EEG yang tidak normal. 

Apa yang penting, buat rawatan seawal mungkin bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkah. 

Baca juga 

5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi – Parents Wajib Tahu