Pertemuan emosi antara ibu dan anak yang hampir maut gara-gara jangkitan

Ibu hampir maut akibat kejutan septik dari jangkitn bakteria dan anak yang turut hampir maut berjumpa kali pertama selepas 7 hari berpisah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suasana di bilik hospital penuh dengan emosi apabila Emilie Gentry akhirnya dapat memegang bayinya. Tujuh hari selepas Emily bersalin, mendapat kejutan septik dan hampir mati!

Selama tujuh hari, Emilie hanya dapat melihat anaknya melalui FaceTime kerana dia perlu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Seattle selepas bersalin.

Ibu yang berusia 28 tahun telah dijangkiti bakteria chorioamnionitis. Keadaan ini terjadi apabila bakteria yang biasanya terdapat di dalam vagina masuk ke dalam rahim. Cecair amniotik, uri dan bayi juga boleh dijangkiti.

E.coli, streptokokus kumpulan b dan bakteria anaerobik adalah antara sebab utama chorioamionitis.

Jika ia tak dirawat, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau jangkitan serius pada ibu dan bayi.

Ketika ingin bersalin, tekanan darah Emilie turun secara mendadak dan doktor tak boleh mengesan degupan jantung bayi. Akhirnya, mereka tiada pilihan lain selain melakukan pembedahan czer pada minggu ke-39.

Semasa pembedahan, Emilie telah demam panas. Itu menunjukkan badannya sedang melawan jangkitan.

Ini disahkan selepas mereka melihat rahim Emilie penuh dengan nanah dan organ penting yang lain telah menunjukkan peringkat awal kegagalan.

Ketika Edward Jack (EJ) dilahirkan, dia tak menangis dan para doktor cuba untuk menghidupkannya semula sebelum jantungnya mula berdenyut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanpa membuang masa, EJ dikejarkan ke NICU di Hospital Kanak-Kanak Seattle sementara Emilie berada dalam keadaan kritikal apabila doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkannya.

Ibu hidap kejutan septik hanya melihat anak melalui FaceTime

Emilie melakukan dua pemindahan darah dan perlu menjalani rawatan dialisis. Dia mula sembuh apabila semua jangkitan telah dikeluarkan dari badannya.

Tunangnya Billie merealisasikan impian Emilie untuk melihat anak mereka dengan meredah perjalanan sejauh 90km antara dua hospital sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pertama kali saya melihat anak saya melalui FaceTime, saya sangat emosi. Bila saya melihat wajahnya, sata tahu saya perlu bercakap dengannya. S ebaik saja dia mendengar suara saya, saya boleh rasa yang kenal saya. Dia berikan senyuman paling comel.” Bayangkan, anak kita yang telah kita kandung selama sembilan bulan dan dia diambil dengan ganas. Saya tak boleh bayangkan yang dia sedang sakit di hospital lain. Sangat sakit.” “Ketika Billy berjalan ke dalam bilik hospital saya dan mendukung si kecil ini. Ia merupakan peristiwa yang sangar menggembirakan! Ia adalah momen yang paling luar biasa dalam hidup saya. Saya dapat memegang anak saya untuk kali pertama.”

Ibu hidap kejutan septik besatu semula dengan anak selepas 7 hari

Picture credit: SWNS

Selepas melalui pengalaman yang mengerikan, Emilie didiagnos dengan gangguan trauma selepas bersalin. Tapi dengan bantuan ubat, terapi dan keluarga, kesihatan mentalnya semakin pulih.

Emilie telah pulih sepenuhnya tanpa masalah kesihatan jangka panjang, tapi pasangan ini membuat keputusan untuk tak mempunyai anak lagi selepas ini.

Walaupun kekurangan oksigen semasa lahir, EJ membesar dengan baik. EJ yang kini berusia dua tahun berada dalam keadaan baik walaupun mempunyai sedikit kelewatan perkembangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dia sedikit lewat dalam percakapan tapi kami rasa dia seorang budak yang bijak. Sangat bersahaja dan kelakar.”

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh  Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comstrep-kumpulan-b

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar