Koleksi Idea Kek Hari Jadi Yang Comel Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Jom Semak Ibu!

Kek hari jadi kanak-kanak tidak semestinya dibeli dengan harga mahal. Apa kata kali ini ibu-ibu cuba sediakannya di rumah dengan modal rendah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap tahun pastinya akan ada tarikh istimewa yang akan diingati dan disambut oleh ahli keluarga. Bagi anak kecil, sambutan hari lahir merupakan perkara paling menggembirakan. Justeru apa kata ibu-ibu semak beberapa idea kek hari jadi kanak-kanak ini!

Semestinya majlis hari lahir tidak akan lengkap tanpa kehadiran sebiji kek. Acara menyanyikan lagu, memotong kek serta berdoa menjadi kewajipan bagi meraikan pertambahan usia orang tersayang.

Idea kek hari jadi kanak-kanak yang mudah dan comel

Jika sebelum ini ibu dengan mudahnya mendapatkan sebiji kek hari jadi kanak-kanak dari kedai bakeri, namun apa kata tahun ini anda cipta kelainan dengan menyediakan sendiri kek hari lahir anak bagi menjadikannya lebih istimewa!

Berikut kami kongsikan beberapa koleksi idea kek hari jadi kanak-kanak yang comel dan mampu menggembirakan hati mereka.

#1. Kek harijadi kanak-kanak: Kek gula-gula dan coklat

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun anda bukanlah chef, namun jangan risau kerana ia sangat mudah untuk disediakan. Setelah siap, ibu hanya perlu susun coklat kit-kat dan H&M mengikut kreativiti bagi menjadikannya kelihatan lebih eksklusif. 

Untuk lebih banyak idea sebegini, anda boleh klik pautan di sini.

#2. Kek hari lahir kanak-kanak bentuk rama-rama

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesibukan dengan tugas seharian menyebabkan anda tidak mempunyai banyak masa bagi menyediakan kek hari lahir. Namun ada cara yang mudah kami kongsikan.

Ibu beli sahaja sebiji kek span yang dijual di pasaraya berhampiran. Kemudian sediakan krim berwarna dan potong kek menjadi bentuk rama-rama.

#3. Kek manik bernombor yang berwarna-warni

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara yang paling mudah untuk anda cuba kerana ia hanya menggunakan manik-manik gula berwarna. Caranya taburkan ke atas kek bagi membentuk angka umur anak tersayang. Untuk resepi, anda boleh tekan di sini.

#4. Kek hari lahir dengan bentuk hati

credit to sources

Kebiasaannya, kek berbentuk hati atau love ini sesuai untuk anak perempuan. Lebih menarik, ibu tidak memerlukan acuan bentuk hati bagi menghasilkannya.

Bagi mengetahui cara-cara pembuatannya, anda boleh klik di sini.

#5. Kek harta karun 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Siapa sahaja pastinya amat menyukai kek yang istimewa dan penuh kejutan di dalamnya. Apa kata sempena hari lahir anak pada kali ini, anda cipta kelainan dengan menyembunyikan gula-gula kegemaran di dalamnya.

Sebaik sahaja memotong kek, pasti anak-anak berasa cukup teruja dan mungkin inilah kenangan terindah dalam hidup mereka! Dapatkan cara-cara untuk menghasilkan kek harta karun di sini.

#6. Kek hari jadi dengan tema kartun kesukaan anak

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap anak pasti meminati karakter kartun yang tertentu. Bagi anak lelaki, mereka biasanya menyukai Spiderman, Upin Ipin atau Marvel. Untuk anak perempuan pula mereka meminati Frozen, Barbie atau Hello Kitty.

Jangan panik kerana anda sebenarnya tidak perlu membuat sendiri kesemua karakter ini untuk diletakkan di atas kek. Anda boleh sahaja beli di kedai barangan kek dan susunkannya mengikut kesesuaian.

#7. Kek cawan warna-warni

credit to sources

Jika sebelum ini, kek pelangi disediakan sebiji. Jika anda rasa malas untuk buat kek berlapis-lapis di atasnya, apa kata kali ini sediakannya dalam cawan. Sebenarnya kecantikan kek ini terletak pada pemilihan warna yang terang.

Resepinya juga sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Tekan di sini bagi mendapatkan resepi lengkap kek cawan dari Hoosier Homemade.

Betapa mudahnya untuk buat sendiri kek hari lahir untuk anak-anak tersayang. Selain dapat mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga, ia juga dapat mengeratkan hubungan dengan mereka.

Bukan itu sahaja, ibu juga dapat mengurangkan penggunaan gula bagi mengawal tahap kemanisan serta memilih bahan-bahan kek yang lebih berkualiti. 

Justeru pilihlah salah satu daripada koleksi idea kek hari jadi kanak-kanak ini dan jangan lupa untuk mengambil banyak gambar bagi merakam setiap momen terindah. Pasti anak akan berterima kasih serta lebih menghargai pengorbanan anda!

Sumber: Voize

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah