Boleh dikatakan macam-macam cerita tentang wabak Covid-19 yang telah menjangkiti hampir seluruh penduduk dunia. Seperti kejadian seorang lelaki ini yang dikatakan mempunyai kekasih hati yang baru namun merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan isterinya.
Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah akibatnya jika merahsiakan hubungan sulit daripada pengetahuan isteri, kan dah kena!
Lelaki positif Covid-19 ada kekasih hati yang baru
Terdahulu, beberapa hari yang lalu negara Korea Selatan telah mengesahkan pesakit ketiga yang dijangkiti corona virus ini.
Menurut laporan yang ditulis Koreabiomed.com, lelaki tersebut yang berumur 54 tahun bersama dengan seorang warga negara Wuhan, China telah masuk ke negara tersebut pada 20 Januari selepas tidak menunjukkan
sebarang tanda jangkitan.
Namun begitu, lepas beberapa hari lelaki tersebut mendapat beberapa gejala selepas memberitahu kepada Pusat Pencegahan Kawalan Penyakit di Korea dan dikuarantinkan di sebuah hospital di Goyang, Wilayah Gyeonggi.
Menurut laporan pada awalnya dia tidak mengalami sebarang gejala seusai sampai di lapangan terbang, tapi dia mula mengalami demam dan kekejangan otot empat hari kemudian.
Kantoi ada kekasih baru dari Wuhan, China
Paling mengejutkan, rupanya seorang lagi warga Wuhan yang ada bersama dengan lelaki tersebut itu merupakan kekasih barunya atau scandal dia!.
Lebih-lebih lagi semasa disiasat untuk melihat sejarah perjalanannya ke luar negara, lelaki itu enggan berkongsi dan tak mahu bekerjasama.
Namun, semuanya terbongkar apabila semakan kad kredit dilakukan.
Rata-rata netizen memberi reaksi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau sesiapa yang ada di tempat isterinya pasti bersedih dengan kejadian ini.
Ini kerana walaupun sekali suami menipu, ia meninggalkan kesan mendalam pada isteri
#1. Jangan puji berlebihan
Kadang-kadang tanpa kita sedar, ada perbuatan kita yang telah mengguris hati dan perasaan pasangan.
Bagi isteri, jangan terlalu puji suami orang lain di hadapan suami sendiri. Samalah juga dengan suami, jangan sesekali puji isteri orang lain berlebihan di hadapan isteri anda.
Ini kerana ia boleh mengakibatkan isteri terasa hati dan berjauh diri.
#2. Elakkan tidak hargai pandangan daripada pasangan
Memberi komen dan pandangan adalah sesuatu yang normal bagi setiap pasangan suami isteri. Namun lontarkan kritikan yang pedas adalah sesuatu yang tidak digalakkan.
Ini kerana kritikan yang mencalar perasaan boleh menyebabkan berlakunya perbalahan di antara suami isteri.
#3. Jangan angkat suara dalam nada yang tinggi
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada semasa berseorangan atau semasa bersama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang salah.
Jika merasakan itu dapat menunjukkan ketegasan kita, ia adalah sesuatu yang tidak betul tapi ia hanya menunjukkan keegoan kita semata-mata.
Malah dengan perbuatan tersebut juga boleh menjatuhkan air mukanya di hadapan orang lain.
Kalau boleh gunakan bahasa yang baik dan tidak sesekali menyakiti hati pasangan anda.
Meskipun mungkin anda geram dengannya, panggil pasangan dengan sepenuh kelembutan supaya dapat menjaga maruah dirinya.
#4. Jangan pernah nak menipu dalam hubungan
Kaum wanita memang pantang kalau kena tipu oleh suami yang selama ini dipercayai.
Walhal ia adalah sesuatu tabiat yang tidak baik dan boleh mengeruhkan hubungan suami isteri itu sendiri.
Apatah lagi, dengan bercakap bohong ini boleh menyebabkan tiada tempat untuk seseorang itu di dalam syurga.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Korea Biomed
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commain-kayu-tiga
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!