Anak Terlanjur Dengan Kekasih, Ibu Pula Ugut Gugurkan Kandungan Jika Ingin Berkahwin

Kekasih yang baik tidak akan bersikap lepas tangan setelah terlanjur melakukan kesilapan. Ikuti kisah ini dia dan ibunya mengugut wanita gugurkan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang telah meningkat dewasa sememangnya akan dilanda perasaan ingin bercinta dan memiliki pasangan kekasih. Namun siapa sangka akibat terlalu mempercayai kata-kata lelaki ini secara tidak langsung menyebabkan keterlanjuran dalam perhubungan.

Tidak hairanlah pada zaman kini anak yang baru belasan tahu sudah berani mengadakan hubungan seks dengan pasangan kerana mereka bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata.

Kekasih lelaki dan ibunya mengugut wanita untuk lakukan pengguguran

credit to sources

Baru-baru ini, tular di internet mengenai seorang ibu dari Segamat telah meminta teman wanita kepada anak lelakinya yang sedang mengandung untuk menjalani proses pengguguran.

Menurut laporan oleh China Press, lelaki berkenaan dan ibunya menasihati kekasih wanitanya untuk berjumpa doktor dan melakukan pengguguran secepat mungkin.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut mengugut untuk tidak mengahwininya jika dia enggan melakukan perkara tersebut.

Rakaman kekasih lelaki bersama ibunya datang berbincang

Video dan rakaman pendek telah dikongsi di internet, di mana pasangan ibu-anak dilihat mengadakan perbincangan dengan keluarga gadis berkenaan mengenai masalah tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun mereka tidak memperoleh kata sepakat dan berlalu pergi kerana keluarga wanita tersebut menuduhnya seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Manakala dalam rakaman lain, terdengar penjelasan lelaki itu yang mengatakan dia tidak mempunyai wang untuk membesarkan anak dan juga tidak mampu membeli rumah kerana dia masih tinggal di rumah orang tuanya.

credit to sources

”Bila awak melahirkan bayi ini, saya tidak dapat menjaganya. Kalau buat pengguguran sekarang, pada kemudian hari kita masih boleh bersama dan mempunyai anak lagi. Untuk sekarang, adakah kita mempunyai duit?” kata lelaki tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga cuba menyakinkan bahawa dia berusaha untuk bertanggungjawab jika kekasih wanitanya melakukan pengguguran. Jika berkeras, dia tidak akan bertanggungjawab dan juga tidak ingin mengahwininya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut mengugut adakah wanita tersebut ingin menjadi seorang ibu tunggal. Bila mempunyai anak, ia akan menyusahkannya untuk mencari teman lelaki atau suami baru pada masa akan datang.

Selagi dia bersetuju dengan pengguguran itu, lelaki berkenaan akan menikahinya setelah berjaya mengumpul wang yang cukup dan mampu membeli rumah. Itupun mengambil masa tiga hingga lima tahun lagi.

Ibunya juga bergilir-gilir cuba menyakinkan wanita itu untuk melakukan pengguguran dengan menyatakan jika dia benar-benar mencintai anaknya, dia perlu menyelesaikan ‘masalah kecil’ ini. Dia juga menjelaskan bahawa menjadi ibu tunggal pada usia yang muda sungguh menyedihkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Jika awak mencintainya, awak perlu menyelesaikan ‘masalah kecil’ ini,” katanya.

China Press berusaha mendekati pasangan ini, namun ibu tersebut mengatakan dia tidak berbicara dengan gadis itu kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia juga menambah bahawa media sosial yang menyebarkan kejadian ini adalah berita palsu dan akan membuat laporan polis.

Kekasih lelaki mengubah fikiran dan berjanji untuk bertanggungjawab

credit to sources

Keadaan menjadi berubah ketika keluarga lelaki dan wanita itu bertemu di sebuah balai polis untuk mendapatkan penyelesaian. Dengan perantaraan pegawai yang hadir, setelah satu jam berunding, kedua-dua keluarga tidak mencapai kata kesepakatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki berkenaan berubah fikiran dengan mengatakan bahawa dia akan bertanggungjawab dan menjaga anak serta kekasih wanitanya. Namun keluarga wanita tersebut menghalangnya menikahi lelaki seperti itu.

Terdahulu ahli keluarga perempuan mendedahkan bahawa lelaki itu telah berbohong untuk berkahwin kerana dia pernah bertanyakan pada kekasihnya sama ada ingin mendaftarkan perkahwinan atau diberi ganti rugi sebanyak RM30,000 sebagai pampasan.

Abangnya mengatakan bahawa mereka tidak pernah meminta wang dari lelaki atau keluarganya bagi menyelesaikan masalah ini. Keluarga gadis berkenaan mengatakan mereka ingin membesarkan bayi ini sendiri.

”Selagi anak perempuan kami tinggal bersama, tidak menjadi masalah untuk sama-sama membesarkan anak ini tanpa ayahnya,” kata mereka.

Justeru sebagai ibu ayah, sentiasalah memantau pergerakan anak dan pastikan anda mengenali siapakah kenalan serta kekasih mereka. Lumrah hidup manusia ingin rasa dicintai, namun biarlah berpada-pada!

Sumber: World of Buzz

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Google Images

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bertanggungjawab Walaupun Kekasihnya Hamil Anak Orang Lain!