Sampai hati ibu dan teman lelaki bunuh anak sendiri kerana ingat anak gay

Kekeliruan jantina pada kanak-kanak adalah salah satu perkara yang biasa terjadi walaupun sukar untuk anda percaya. Ini adalah cara untuk menanganinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai yang tak tahu, tapi kekeliruan jantina pada kanak-kanak adalah masalah yang sangat biasa dari apa yang anda fikirkan.

Apabila ibu bapa mula mengesyaki yang anak mereka mungkin seorang homoseksual (gay atau lesbian), ia merupakan satu tamparan yang hebat.

Ramai ibu bapa yang hanya menutup sebelah mata tapi lain pula cerita dengan pasangan ini…

Baru-baru ini, seorang ibu dihukum penjara seumur hidup manakala teman lelakinya pula dihukum bunuh kerana mereka telah menyeksa anak lelaki wanita ini sehingga mati kerana mereka ingatkan anak mereka gay.

Ibu ini sendiri telah menelefon 911 untuk melaporkan yang anak mereka sudah tak bernafas, tapi dia memberitahu pegawai yang bertugas anaknya telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada almari baju.

Walau bagaimana pun, pegawai polis mendapat tahu punca sebenar kematian adalah kerana kecederaan dipukul oleh objek tumpul dan pengabaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka kemudiannya mendapat tahu, Gabriel Fernandez telah dipukul berulang kali, dibiarkan kelaparan, diikat, dikurung di dalam kabinet dan ditembak dengan pistol BB dan pernah sekali, giginya patah akibat dipukul dengan kayu pemukul.

Budak malang ini juga patah tulang rusuk, tengkorak retak dan mempunyai kesan terbakar pada badannya. Dia hanya berusia lapan tahun. Bayangkan…

Kekeliruan jantina pada kanak-kanak: Apa yang perlu saya lakukan?

Ibu bapa mana yang tidak risau jika anda mengesyaki anak mengalami kekeliruan jantina pada kanak-kanak. Namun, jangan bertindak melulu seperti kedua ibu bapa di atas.

Seorang ibu bapa yang rasional akan melakukan 4 perkara ini jika mereka mengesyaki anak homoseksual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. JANGAN sterotaip peranan jantina

Hanya kerana budak lelaki main dengan anak patung, ia tak bermakna yang mereka adalah gay. Jadi apa yang buatkan anda fikir anak anda gay?

Ramai ibu bapa takut dengan kekeliruan identiti pada kanak-kanak kerana ini mereka sering sterotaip peranan jantina. 

Ibu bapa tidak harus terus menuduh anak mereka gay/lembut hanya berdasarkan permainan yang mereka main. Pemilihan mereka dalam permainan bukan indikasi seksualiti mereka.

2. JANGAN paksa anak jumpa kaunselor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orientasi seksual bukan perkara mudah atau sesuatu yang anda boleh betulkan dengan berjumpa doktor atau kaunselor. Ini hanya akan membuatkan anak fikir yang mereka melakukan kesilapan.

Jika anak anda berterus-terang dan lebih selesa untuk berjumpa dengan kaunselor, silakan.

Tapi jangan fikir ada sesuatu yang tidak normal pada mereka dan rasa yang mereka patut berjumpa kaunselor untuk memperbetulkan mereka.

3. JANGAN berkelakuan pelik pada anak anda

Tak ada siapa yang suka dilayan dengan cara berlainan, lebih-lebih lagi atas sebab yang mereka sendiri tidak faham, apatah lagi untuk mereka mengawalnya.

Jika anda fikir anak anda gay atau lesbian, adalah penting untuk anda sentiasa menyokong mereka. Jangan terus menghukum atau menolak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, sentiasa ada untuk bimbing mereka lebih-lebih lagi semasa mereka perlukan pertolongan anda. 

4. Bertindak dengan waras

Tidak perlu beritahu seluruh keluarga tentang kekecewaan anda. Ini hanya akan membuatkan hubungan anda dan anak bertambah tegang.

Walaupun ia sukar untuk diterima, jangan putuskan hubungan. Sentiasa tenang dan cuba untuk berfikiran terbuka. Jadi seseorang yang mereka boleh rujuk bila mereka mempunyai masalah. 

Bagaimana untuk mengetahui kekeliruan jantina pada kanak-kanak?

Menurut Dr Greene, ada beberapa faktor yang anda boleh lihat apabila apabila anda ingin mengetahui tengan kekeliruan jantina pada kanak-kanak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya dengan menjawab persoalan ini:

  • Adakah anak anda masih keliru dengan jantina mereka pada hari lahirnya yang ke-tiga?
  • Adakah anak anda sering berkata yang mereka lebih ingin menjadi jantina lawan?
  • Adakah anda pernah mendengar anak bercakap perkara yang tidak elok tentang jantina sendiri?

Jika anak anda menunjukkan tiga faktor ini, ada kemungkinan yang mereka mungkin menghadapi masalah kekeliruan jantina.

Walau bagaimana pun, tak ada sebab untuk anda percaya yang kekeliruan jantina adalah sesuatu perkara yang buruk hingga membuatkan anda rasa anda ada hak untuk memukul atau mendera mereka apatah lagi membunuh mereka!

Menjalinkan hubungan sesama jenis di dalam Islam adalah haram. Jika anak anda cenderung menghadapai masalah kekeliruan jantina, anda perlu tahu yang ini adalah salah satu dari ujian Allah.

Jangan sesekali menolak, menyisih atau menghina mereka, berikan sokongan dan bimbing mereka supaya mereka kuat untuk menghadapi ujian ini.

Sama-samalah kita menjadi ibu bapa yang rasional, bijak dan tidak pernah berputus asa dengan ujian dan segala cabaran yang dilemparkan pada kita sebagai seorang ibu bapa. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

 

Penulis

Nadia Ghafar