Perjuangan ibu dalam menguruskan anak tidak boleh dibayar dan diganti dengan apapun. Ikuti kisah kekuatan seorang ibu yang tidak mempunyai sepasang kaki, namun tekad menguruskan suami dan anak kembarnya.
Kisah Kekuatan Seorang Ibu Yang Cacat Sejak Lahir
Neo Keitumetsu, 29 merupakan seorang ibu yang berasal dari Botswana, Afrika Selatan. Neo dilahirkan kurang upaya membuatkan kakinya perlu dipotong semasa berusia 5 tahun.
Semasa kecil, Neo sering diejek oleh rakan-rakannya namun Neo tetap tabah dan tidak peduli kepada segala tohmahan kepadanya. Apabila Neo dewasa, kini dia memiliki keluarga yang sangat mengambil berat tentangnya.
Kekuatan Seorang Ibu: Berjuang Menjadi Ibu Kerana Mengalami Kehamilan Berisiko
Pada tahun 2004, Neo pergi ke Kanada untuk menyambung pelajarannya. Ketika dia melawat rakannya di Amerika, dia bertemu Garret Kirchway yang kini menjadi suaminya.
Neo dan Garret akhirnya menikah dan kini mereka tinggal di kawasan Tempe, Arizona. Tidak lama setelah menikah, Neo disahkan hamil, dan ternyata janin yang dikandungnya kembar.
“Kami tahu saya hamil ketika kandungan 4 bulan. Pada mulanya kehamilan saya baik sahaja, namun apabila berlaku penambahan berat badan ia menjadi sakit. Berat bertambah banyak kerana saya hamilkan kembar dua.”
Walaupun kehamilan Neo berisiko tinggi, namun akhirnya Neo berjaya melahirkan anak kembarnya dengan selamat. Anak-anaknya diberi nama Caleb dan Joshua.
Menguruskan Anak Kembar Tanpa Bantuan
Setelah melahirkan, Neo berasa sangat gembira dengan kehadiran kedua-dua cahaya matanya. Malah, dia memutuskan untuk mengurus segala keperluan anak-anaknya tanpa mengharapkan belas kasihan.
“Tiada kaki tidak akan mempengaruhi kehidupan sebagai seorang ibu. Saya hanya perlu membiasakan diri sahaja,”
Keadaan Neo menyebabkan dia cuba menyesuaikan kelengkapan pengurusan bayi dengan keadaan fizikalnya. Antaranya dengan tidak membuatkan tempat tidur anaknya di kedudukan tinggi.
Ingin Memberi Inspirasi Tentang Kekuatan Seorang Ibu
Bagi berkongsi pengalamannya menguruskan anak-anak dan suami, Neo telah membuat satu akaun Youtube. Di sana beliau berkongsi video bagaimana dia memasak, menguruskan anak-anak dan segala aktiviti kehidupan sehariannya sebagai seorang ibu walaupun tanpa sepasang kaki.
Tujuannya membuat saluran Youtube adalah untuk memberikan semangat kepada orang-orang yang memiliki nasib sama, dan membuktikan yang mereka boleh menjadi seorang ibu walaupun dalam keadaan kurang upaya. Malah pengikut Youtube Neo telah mencapai 6,000 pengikut!
“Saya membuat saluran YouTube pada tahun 2018. Alasan utama saya adalah untuk meningkatkan kesadaran yang hanya kerana kerana tidak mempunyai kaki, ini tidak bermakna kita tidak boleh mempunyai anak!”
Neo mendapat banyak komen positif dari pengikutnya yang mempunyai nasib sama.
“Dia mendapat banyak komen positif dari orang Afrika dan dari orang-orang yang cacat. Sekitar 99% dari komen itu bernada positif,” kata Garret, suami Neo.
Sungguh besar perjuangan Neo, disebalik kekurangannya, dia masih tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Malah dengan berkat kesabarannya, dia dikurniakan suami yang baik serta 2 anak yang comel!
Inilah kisah hebat kekuatan seorang ibu yang bernama Neo Keitumetse. Semoga kisahnya memberi pengajaran untuk para ibu, agar tidak terus mengeluh dalam cabaran menguruskan anak-anak dan keluarga.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.