Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Penyakit Scurvy Serta Sawan, Guna Tips Saranan Doktor Ini Untuk Tambah Khasiat Anak!

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada kanak-kanak termasuk penyakit scurvy, lemah jantung, hingga kematian. Ini apa ibu perlu tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Badan manusia tidak dapat membuat Vitamin C sendiri. Vitamin C hanya dapat diperolehi daripada makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan Vitamin C?

 

  • Terlalu memilih makanan (picky eater) terutama kanak-kanak autisme atau kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan di mana mereka sangat sensitif terhadap suatu bentuk, rasa atau tekstur makanan.
  • Kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik seperti kanser dan masalah usus.
  • Bayi yang hanya diberi susu lembu atau susu berasaskan tumbuhan.
  • Hanya makan makanan ringan dan makanan segera sahaja.
  • Tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tidak mempelbagaikan jenis makanan

Tanda-Tanda Anak Anda Kekurangan

  • Gusi berdarah
  • Mudah lebam
  • Luka lambat sembuh
  • Anemia-kurang sel darah merah
  • Kaki sakit dan bengkak
  • Letih dan tidak bermaya
  • Ulser mulut
  • Kurang berat badan

Jika Kekurangan Vitamin C Yang Parah

Kekurangannya boleh mengakibatkan pelbagai penyakit dan anak-anak yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat amat mudah terdedah dengan sakit seperti ini:

  • Anak anda tidak dapat berjalan
  • Berhadapan dengan pendarahan usus & pendarahan otak
  • Berisiko untuk lemah jantung
  • Berhadapan dengan risiko penyakit sawan
  • Boleh menyebabkan kematian

Saranan Pengambilan Sehari

Oleh sebab itu, ibu bapa amat digalakkan untuk sentiasa memberi anak-anak nutrisi yang mencukupi dalam pemakanan harian mereka. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis sayur-sayuran serta buah-buahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya buah oren, strawberi, bayam dan brokoli.

Sekiranya anak-anak tidak gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan secara mentah, anda boleh pelbagaikan hidangan dengan menyediakan smoothie ataupun sorok bahan tersebut dalam makanan yang mereka gemar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini pula jumlah saranan yang perlu diambil oleh anak-anak mengikut usia mereka:

  • Bayi 0-5 bulan: 25mg
  • Bayi 6-11 bulan: 30mg
  • Kanak-kanak 1-6 tahun: 30 mg
  • Kanak-kanak 7-9 tahun: 35 mg
  • Remaja 10-18 tahun: 65 mg

Vitamin C mudah rosak pada suhu tinggi dan proses penyimpanan lama. Nilai Vitamin C lebih tinggi pada makanan segar.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ini ditulis oleh Dr La Reina Sangaran, Pakar Pediatrik di Hospital Selayang untuk theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Jenis Nutrisi Pemakanan Yang Membantu Anak-Anak Membesar Dengan Sihat & Pintar

Baca juga: Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat

Baca juga: Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan