Kekurangan Vitamin D Punca Masalah Tulang Pada Anak. Ini Kepentingan Vitamin D Yang Ibu Ayah Patut Tahu!

Untuk kekal sihat dan cergas kanak-kanak memerlukan vitamin. Jika mahu anak terus sihat, pastikan dia tidak kekurangan Vitamin D.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Badan kita memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa, ia termasuklah kanak-kanak. Jika mahu anak terus sihat, pastikan dia tidak mengalami kekurangan Vitamin D.

Kekurangan Vitamin D mungkin sering berlaku kepada diri sendiri atau anak kita, tetapi mungkin kita tidak sedar kerana ia tidak menunjukkan tanda yang ketara.

Disebabkan itu, adalah amat penting untuk memastikan anak anda tidak mengalami kekurangan vitamin D, yang mana sangat penting untuk tulang mereka.

Kekurangan Vitamin D Boleh Buat Lemah Tulang

Perkongsian seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari, mengenai kesan kekurangan vitamin D dalam badan anak boleh membuka mata kita semua bahawa pentingnya mendapatkan vitamin yang cukup dalam seharian.

Menerusi perkongsian doktor berkenaan katanya menurut kajian, kira-kira 80 peratus anak muda di negara ini mengalami masalah kekurangan Vitamin D.

Katanya risiko tulang bermasalah, lemah dan mudah patah jadi meningkat bila vitamin D tidak cukup dalam badan anak kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari:

“Dah. Kita duduk je main kat sini kejap.”

Kadang tu kalau sibuk sangat dan anak-anak duk terperap je kat dalam rumah, saya pulak jadi risau dan tak senang duduk.

Itu yang bila dah lapang je sikit, terus saya tarik dia orang keluar biar kena simbah dengan cahaya matahari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tak nak anak-anak saya jadi antara 80% anak muda kat negara ni yang ditemui mengalami masalah kekurangan vitamin D seperti yang didedahkan oleh pengkaji daripada UM.

Risiko tulang bermasalah, lemah dan mudah patah jadi meningkat bila vitamin ni tak cukup dalam badan anak kita.

Bukan tu je.

Baru-baru ni saya ada terbaca satu research yang diterbitkan oleh team Dr David Meltzer, dari Department of Medicine dekat University of Chicago.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Data yang  mereka kumpul rupa-rupanya menunjukkan bahawa sebahagian individu yang kurang terdedah pada cahaya matahari hingga mengalami masalah vitamin D deficiency ni lebih ramai yang terkena jangkitan Covid-19 dan jangkitan lain pada saluran pernafasan berbanding individu yang cukup vitamin D.

Sebab tu lah, ada masanya saya beria betul ‘paksa’ budak-budak ni pergi berlari dan melompat kat luar rumah.

Tak adalah lama mana pun sebenarnya.

Tempoh 5 – 10 minit pun dah cukup untuk kulit dia orang tu serap vitamin D daripada pancaran cahaya matahari.

Nanti tengok-tengokkan anak korang jugak ye. Kalau agak-agak dah lama terkurung dalam rumah, cepat-cepat terus ajak bawak anak-anak pergi berjemur kat luar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keperluan Vitamin D Untuk Bayi, Kanak-kanak Dan Remaja

Kita memerlukan vitamin D sepanjang hidup kita, sejak bayi sehingga usia tua. Tubuh kita memerlukannya untuk mengekalkan kadar kalsium dan fosforus yang optimal, serta perkembangan sel imun, mineralisasi tulang, peraturan pengeluaran protein radang, dan banyak lagi.

Vitamin D adalah sangat penting sewaktu bayi dan kanak-kanak kerana ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan sistem tulang.

Disebabkan peranan vitamin adalah signifikan dalam mengekalkan proses kritikal tubuh, mempunyai masalah kekurangan vitamin D boleh memberi impak besar pada kesihatan tubuh.

Walaupun pakar pernah berdebat yang mana pengambilan vitamin D yang diperlukan terkini adalah sangat rendah untuk mengekalkan kadar optimal, cadangan pengambilan harian adalah sama buat kanak-kanak, remaja, dewasa dan ibu hamil serta menyusukan anak.

Bayi mempunyai kadar keperluan vitamin D yang rendah berbanding kanak-kanak dan dewasa. Terma “Adequate intake” (AI) digunakan untuk cadangan vitamin D di dalam golongan kanak-kanak. Ini kerana bukti yang tidak mencukupi untuk mencetuskan sebuah ‘elaun pemakanan yang disyorkan’ (RDA) untuk peringkat usia itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

AI kanak-kanak untuk vitamin D adalah berdasarkan amaun vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan kadar vitamin D lebih dari 20 ng/mL (50nmol/L) dan menyokong pertumbuhan. RDA adalah kadar anggaran keperluan harian mencukupi untuk mencapai keperluan nutrisi hampir semua individu yang sihat.

Kebaikan Vitamin D

Vitamin D adalah vitamin lemak boleh larut di dalam satu kompaun keluarga termasuk D1, D2, dan D3. Mendapatkan vitamin D yang mencukupi membantu untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi, serta menyediakan perlindungan dari sesetengah penyakit.

Vitamin D juga mempunyai kelebihan lain dan juga boleh memainkan satu peranan di dalam mengurangkan risiko multiple sclerosis (MS).

Tubuh kita menghasilkan vitamin D secara semula jadi apabila ia terdedah terus kepada cahaya matahari. Anda juga boleh mendapat vitamin D dari sesetengah makanan dan suplemen tambahan untuk memastikan kadar vitamin itu mencukup di dalam darah anda.

Vitamin D mempunyai pelbagai fungsi. Boleh kata fungsi vitamin D yang paling penting adalah untuk melaraskan kadar penyerapan kalsium dan fosforus dan memudahkan fungsi sistem imun yang normal.

Berikut adalah beberapa kelebihan vitamin D yang anda patut tahu:

  1. Vitamin D mampu melawan penyakit
  2. Vitamin D boleh mengawal selia mood dan mengurangkan depresi
  3. Ia mungkin boleh menyokong penurunan berat badan berlebihan

Faktor Kekurangan Vitamin D

Terdapat beberapa faktor yang boleh memberi impak pada kebolehan anda untuk mendapat vitamin D yang mencukupi dari cahaya matahari sahaja.

Anda atau anak anda boleh jadi kurang menyerap vitamin D yang mencukupi dari matahari jika anda atau anak anda:

  • Menetap di sebuah kawasan yang tinggi kadar pencemaran
  • Menggunakan sunscreen (pada waktu pagi)
  • Meluangkan banyak masa di dalam rumah atau tempat bertutup
  • Tinggal di bandar di mana bangunan-bangunan menyekat cahaya matahari pagi
  • Kulit gelap (kedengaran seperti perkauman tetapi ia benar kerana lagi tinggi kadar melanin, lebih rendah kadar vitamin D yang kulit anda boleh serap)

Faktor ini boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat masalah kekurangan vitamin D. Jadi itulah sebabnya penting untuk mendapatkan sedikit vitamin D dari sumber selain cahaya matahari.

Sumber Makanan Vitamin D Yang Boleh Masuk Dalam Diet Pemakanan Anak

Jadi, bagaimana nak memastikan yang anak anda mendapat vitamin D setiap hari? Salah satu caranya adalah menerusi diet pemakanan mereka. Ibu ayah boleh sertakan makanan vitamin D yang kami senaraikan ini ke dalam menu makan anak. Ia bukan hanya baik untuk anak sahaja, malah untuk orang dewasa juga.

1. Ikan salmon, tuna

Selain itu beberapa ikan juga menjadi sumber vitamin D yang sangat baik, diantaranya makarel, salmon, dan tuna.

100 gram salmon dan makarel mengandung 91 peratus  Vitamin D yang diperlukan tubuh.  dari vitamin D harian yang dibutuhkan tubuh.

2. Cendawan

Antara penyumbang sumber vitamin D yang terbaik adalah cendawan. Cendawan ketika terkena sinar matahari akan mudah tumbuh. Kemampuannya untuk proses sintesis vitamin itu dapat meningkatkan nilai Vitamin D yang terkandung di dalamnya.

Cendawan butang adalah yang paling banyak mengandungi sumber utama vitamin D.

3. Susu

Susu mentah diperkara dengan vitamin D. Minum segelas susu akan membantu memberikan 24 peratus Vitamin D yang diperlukan tubuh badan.

4. Telur

Sumber lain vitamin D adalah telur terutama telur kuning yang menjadi sumber utama Vitamin D.

5. Jus oren

Jus oren juga mengandungi kandungan vitamin D yang baik untuk tubuh badan. Buah oren adalah salah satu buah vitamin D yang cukup bagus untuk kesihatan tubuh. Makan buah oren setiap pagi dapat mengurangkan risiko kekurangan Vitamin D.

6. Oats

Oats adalah contoh makanan yang kaya dengan vitamin D. Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi antara makanan wajib bagi ramai orang terutama yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan.

7. Udang

Udang memiliki kandungan tinggi asid lemak omega 3 dan vitamin D. Makan udang baik untuk tulang sekaligus mengurangkan keradangan dan kolestrol dalam badan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Guna Baby Walker Untuk Bayi Cepat Berjalan, Ia Beri Kesan Pada Tulang Belakang

Baca juga: Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

Baca juga: Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Penulis

Lala Annuar