Rasa Pelik Bayi, Anak Kecil Suka Jatuhkan Barang Berkali-Kali? Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya, ada beberapa kelakuan pelik anak kecil yang membuatkan ibu ayah tertanya-tanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila bagi pegang barang, dia mesti campak. Atau paling dia suka buat jatuhkan saja dari tempat tinggi. Kelakuan pelik anak kecil ini suka jatuhkan barang? Apakah maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kelakuan pelik anak kecil ulang-ulang jatuhkan barang? Ini sebabnya…
  • Suka jatuhkan barang berulang kali
  • Menahan nafas
  • Tarik rambut
  • Sentuh kemaluan

Kadang-kadang jadi nak marah juga bila dia jatuhkan barang itu berkali-kali dan minta kita ambilkan semula. Jika masa kita tidak busy bolehlah juga nak layan, tetapi bila masa busy memang buat ibu ayah rasa nak marah.

Ini antara 4 tabiat pelik bayi atau anak kecil yang kita rasa pelik kenapa dia buat berkali-kali walaupun sudah ditegur. 

Kelakuan pelik anak kecil ulang-ulang jatuhkan barang? Ini sebabnya…

Mesti ramai ibu ayah yang setuju bahawa bayi dan anak kecil kadang kala memang pelik. Apa yang mereka buat memang datangkan pelik kepada kita sebagai ibu ayah.

Mereka adalah insan comel yang kadang kala langsung tidak boleh dijangka apa yang bakal dikalkukan. Tetapi bayi juga ada tingkah laku pelik dan unik. 

Bermula daripada menjatuhkan pelbagai barang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau sering menahan nafas sehinggalah suka tarik rambut atau menghantukkan kepala, semuanya punya sebab.

Jadi pasti anda ingin tahu kenapa bayi atau anak kecil anak melakukan perkara-perkara ini?

#1. Suka jatuhkan barang berulang-kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda melihat bayi menjatuhkan mainan atau barangan pasti ibu akan mengambilnya secara automatik. Tapi jika anda berinya semula, biasanya anak-anak ini akan jatuhkannya semula.

Sekiranya pernah berlaku, jangan risau kerana ini adalah perkara biasa kerana mahu mendapatkan perhatian ibu. Biasanya bayi memang menyukai aktiviti yang boleh mendatangkan keletihan kepada ibu.

Tetapi, bagi mengelakkan anak ini tidak menjai kebiasaan anak, maka bila biarkan mainan jatuh beberapa minit sebelum ibu mengambilnya dan memberikan semula kepada anak. Beri mainan pada anak, dan jangan cakap apa-apa sama ada ‘wow, mainan jatuh’ dan sebagainya. 

#2. Menahan nafas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada bayi yang memang suka menahan nafas terutama jika dia dalam keadaan marah dan sebagainya. Bayi yang berusia enam bulan hingga kanak-kanak berusia empat tahun sering melakukan perkara ini. 

Puncanya, mereka biasanya menahan nafas sebagai reaksi kepada kemarahan, kecewa atau kesakitan. Jangan terlalu risau, anak akan bernafas kembali sendiri jika dia rasa tidak boleh bernafas.

Petunjuk bahawa bayi anda melakukannya dengan sengaja, bukan kerana masalah kesihatan yang serius (seperti epilepsi), adalah jika mereka menangis sebelum menahan nafas.

Perkara ini memang biasa dilakukan kanak-kanak, tetapi ibu ayah perlu berhati-hati jika mereka menahan nafas tanpa menangis dan bertahan lebih daripada satu minit kerana ia mungkin petanda masalah kesihatan.

#3. Tarik rambut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila geram mereka akan suka menarik rambut sekuatnya. Bukan hanya rambut, malah ada yang suka menarik bulu mata atau bulu kening. 

Jadi apa yang perlu ibu ayah buat? Tidak perlu terlalu risau, mungkin boleh alihkan perhatian anak kepada perkara lain kerana kadang kala mereka ini hanya menarik rambut ketika sedang menyusu dan sebagainya. 

Tabiat ini perlahan-lahan akan hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, jika bayi kelihatan berlebihan dalam menarik rambutnya, anda perlu ambil perhatian kerana takut mereka alami trich iaitu gangguan yang dikaitkan dengan suka menarik.

Tetapi bagi bayi dan anak kecil, hobi menarik rambut ini akan datang dan pergi, walaupun ada beberapa anak yang tabiatnya kekal hingga dewasa.

#4. Sentuh kemaluan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini sering dilakukan oleh banyak bayi, baik kanak-kanak lelaki atau perempuan. Anda tidak perlu bimbang bahawa perkara ini tidak sopan, kerana bayi hanya melakukannya untuk meneroka atau mengenali tubuhnya dengan lebih baik.

Bayi hanya berusaha untuk mengetahui rasa ingin tahu mereka, tanpa memahami mengapa mereka melakukannya. Apabila anak sudah cukup dewasa untuk difahami, anda boleh menjelaskan kepadanya bahawa menyentuh alat kelamin adalah kebiasaan buruk.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

Baca juga: 3 tabiat baik ini bagus untuk tingkatkan perkembangan otak anak anda!

Baca juga: 3 Tabiat Buruk Ini Sebenarnya Ciri Anak Pintar Dan Bijaksana!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar