Tak Lupa Jasa Keluarga Angkat, Anak Yatim Ini Hadiahkan Mereka Sebuah Banglo MEWAH

Kehilangan ibu ayah pastinya hilang tempat untuk bergantung. Namun, kelebihan anak yatim ini dibesarkan sehingga berjaya membuatkan semua orang bangga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kelebihan anak yatim yang biasa kita dengar adalah berjaya dalam kehidupan mereka meskipun tanpa ibu dan ayah kandung di sisi. Apatah lagi, mereka memiliki hak untuk menerima bantuan daripada masyarakat sekeliling. 

Ini kerana, membesar tanpa kasih sayang ibu ayah pasti memberikan kesukaran untuk berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba.

Selalu berjaya adalah kelebihan anak yatim 

credit to sources

Bagi anak yatim piatu yang diletakan di rumah keluarga angkat atau rumah anak yatim, ia adalah salah satu momen paling bahagia dalam hidup.

Hal ini kerana kelebihan anak yatim ini adalah nasib mereka lebih terbela untuk dibawa masuk ke dalam kehidupan keluarga angkat.

Bagi ibu ayah angkat yang bertanggungjawab, kebanyakan mereka akan menatang minyak yang penuh dan membesarkan anak yatim seperti anak kandung sendiri.

Bayangkan mereka akan menyuap makanan,mencurah kasih sayang dan memastikan anak-anak yang diambil memperoleh keperluan yang cukup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, tidak hairanlah jika anak yatim yang diambil semakin membesar sehingga mampu mencapai kejayaan luar biasa kerana dididik penuh perasaan sayang.

Begitulah yang dilalui oleh seorang pemuda yang berusia 28 tahun, Javi, ditinggalkan oleh ibu bapa kandung di Filipina ketika dirinya 13 tahun.

Namun nasibnya baik kerana sejurus sahaja Javi dimasukkan ke rumah anak yatim, sepasang suami isteri telah datang dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Pasangan ini bukannya berasal dari golongan mewah kerana latar belakang bapa angkatnya hanyalah bekerja sebagai penyambut tetamu dan ibu angkatnya, Nanai pula hanyalah penjual jalanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, pasangan ini nekad untuk memastikan mereka berdua dapat memberikan yang terbaik untuk Javi.

Bangkit dari kesusahan

Difahamkan, keluarga ini hanyalah tinggal dalam sebuah pangsapuri kecil dengan keluasan 215 kaki persegi bersama 28 orang penyewa lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, keadaan kediaman berkenaan sering mengalami gangguan bekalan elektrik dan dipenuhi dengan tikus akibat kepadatan penduduk.

“Kehidupan sememangnya mencabar namun selagi kami dapat makan dua kali sehari, kami berasa cukup gembira. ” kata Javi.

Akibat tekanan kesusahan yang dialami keluarga angkatnya, Javi telah belajar bersungguh-sungguh sehingga memasuki pendidikan tinggi sebelum menyertai industri insurans apabila tamat pengajian.

Hasil penat lelah membanting tulang selama tujuh tahun, dia kemudiannya telah diberi peluang kenaikan pangkat sebagai pengurus cawangan.

Dengan kestabilan kewangan yang dimiliki, Javi terus ingat kembali akan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa angkatnya.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana telah berjaya membesarkannya dengan menjadi ibu bapa terbaik, dia telah membina sebuah kediaman 10 kali ganda selesa dari yang dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Javi membina sebuah vila mewah 3 tingkat dengan di dalamnya mempunyai 7 buah bilik tidur mewah bagi membolehkan ibu ayah angkatnya berehat dengan selesa tanpa perlu keluar mencari rezeki lagi.

Melihat sahaja rumah ini tersergam indah dengan rekaan luarannya sungguh menakjubkan.

Bahagian dalam rumah kelihatan ruang terbuka luas dan reka bentuk kontemporari sangat sesuai untuk kehidupan moden.

Anak yatim mempunyai hak untuk hidup dan membesar sama seperti anak-anak yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka yang menunaikan hak dengan memelihara, membesarkan dan memberi pendidikan secukupnya dijanjikan ganjaran yang cukup besar. Tidak semua orang sanggup melakukannya dengan baik.

Kisah inspirasi ini mendapat pujian dari ramai pengguna media sosial kerana dia tidak lupa akan asal usul dirinya meskipun telah berjaya dan memiliki kehidupan yang lebih mewah.

Biarpun ibu ayah angkat berkenaan tidak memiliki pertalian darah, dia seperti menghargai saat-saat terakhir yang ada untuk membalas segala jasa mereka biarpun hidup dalam serba kekurangan.

Mereka yang datang menghulurkan bantuan dan kasih sayang sebagai ibu ayah angkat, namun kebahagiaan yang diperoleh adalah lebih dari anda bayangkan.

Kami di theAsianparent Malaysia amat berbangga dengan Javi atas usaha yang telah diberikan untuk membalas semula kebaikan ibu bapa angkatnya.

Semoga  mereka menikmati hidup berkeluarga yang lebih indah di rumah baru mereka yang luar biasa!

Sumber: World Of Buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

Proses Pengambilan Anak Angkat Di Malaysia Yang Harus Diketahui