Iflix Kini Ada Iflix Kids! Ini Sebenarnya 5 Manfaat Anak Dapat Dari Gajet

Tahukah anda yang menonton kartun boleh membuatkan pemikiran anak anda berkembang? Apa lagi kelebihan gajet untuk anak-anak? Jom baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa bimbang jika anak meluangkan terlalu banyak masa di depan skrin, tapi percaya atau tak, ada juga kelebihan gajet untuk anak anda sebenarnya. Ia boleh membantu perkembangan anak.

Tapi, ia hanya akan membantu jika anda pilih betul-betul rancangan untuk anak tonton dan kawal masa skrin anak anda. 

Menurut Charlie Wannel, ketua pemasaran Carton Network dan Boomerang, kandungan yang betul boleh menjadi baik untuk intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak.

5 kelebihan gajet: Kartun berkualiti mempengaruhi perkembangan anak

1. Memberi pengajaran

Cerita kanak-kanak yang baik boleh memberi nilai moral dan pengajaran hidup. Mereka juga akan belajar cara-cara untuk menyelasaikan masalah atau perasaan seperti sedih atau marah.

2. Mendedahkan kanak-kanak kepada orang dan tempat yang berbeza dari kehidupan seharian mereka

Salah satu kelebihan gajet adalah ia boleh membawa kanak-kanak ke tempat dan masa yang lain. Ini akan membuatkan mereka lebih memahami tentang kehidupan haiwan atau orang di negara lain.

3. Anak jadi lebih kreatif

Rancangan kanak-kanak yang baik adalah sangat interaktif dan boleh mengembangkan imaginasi anak dan merangsang minat mereka dengan topik yang lebih meluas.

Mereka mungkin akan berinspirasi untuk melukis karakter kegemaran, bercerita atau keluar mencuba sukan atau hobi yang mereka lihat dalam rancangan yang mereka tonton.

4. Menjadikan karakter mereka suka sebagai peranan yang sihat

Apabila mereka melihat karakter kegemaran mereka menyelesaikan cabaran dan konflik, mereka akan lebih bermotivasi untuk menghadapi permasalahan mereka dan lebih yakin.

5. Melepaskan stress

Masa untuk bermain dengan kawan dan keluarga adalah penting. Tapi, kanak-kanak juga perlu relaks dan melepaskan stress mereka lebih-lebih lagi selepas seharian meluangkan masa di sekolah atau playschool.

Kelebihan gajet: Pastikan anak mendapat manfaat dari rancangan yang mereka tonton

Ibu bapa boleh memastikan anak mendapat manfaat dari rancangan yang mereka tonton dengan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Duduk dan tonton rancangan yang dipilih bersama anak-anak dan bincangkan tentang rancangan yang ditonton. Ini membantu anak berfikir dan mengkaji apa yang mereka tonton.
  • Tanamkan minat yang positif dari rancangan yang mereka tonton. Jika anak minatkan sesuatu seperti dinosaur, anda boleh melakukan penyelidikan tentang fakta bersama anak di internet atau buku-buku yang releven di perpustakaan.
  • Galakkan anak untuk menonton secara sederhana. Ramai pakar mengatakan yang satu jam masa skrin adalah had yang perlu ibu bapa tetapkan. 

Kelebihan gajet: Rancangan kartun yang anda boleh tonton di Iflix kids

Iflix Kids’ kini ada segmen khas di aplikasi Iflix. Anda hanya perlu klik pada ikon dinosaur kecil di bahagian bawah kiri skrin, dan skrin akan memaparkan ribuan rancangan televisyen dan filem untuk seisi keluarga

“Senarai tontonan hiburan kanak-kanak, animasi serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan akan dipaparkan di laman utama ruangan ‘iflix Kids’ sekaligus mudah untuk ibu bapa mengakses ruangan ini.
 
‘iflix Kids’ akan sedia menemani anda dan anak-anak anda!” kata Diana Boo, Pengurus Besar iflix Malaysia dan Brunei.

5 rancangan kanak-kanak hebat di iflix kids

Susunan hebat rancangan hiburan kanak-kanak di Iflix bakal membuatkan imaginasi anak-anak berkembang.

Bukan itu sahaja, anak-anak anda juga boleh belajar dengan cara yang menyeronokkan.

1. Upin & Ipin (Filem dan TV Bersiri)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa tak kenal kembar berumur 5 tahun yang ceria – Upin & Ipin. Mereka sentiasa lincah dan curiga untuk mempelajari benda-benda baharu dalam kehidupan seharian mereka di Kampung Durian Runtuh. Saksikan gelagat mereka, dari Musim ke 5 hingga ke 8 di iflix.

2. Spongebob Squarepants (TV bersiri)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SpongeBob SquarePants tinggal di dalam sebiji nenas di kota Bikini Bottom bersama siput peliharaannya, Gary.

3. We Bare Bears (TV bersiri)

Cerita ini mengisahkan tentang usaha tiga beruang comel bersaudara, yang agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan dunia manusia di bandar moden San Francisco Bay.

Mereka berusaha dalam kehidupan seharian contohnya membeli makanan, bergaul dengan manusia normal atau cuba untuk menjadi terkenal di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Thomas And Friends (Filem dan TV Bersiri)

Berdasarkan siri buku kanak-kanak, Thomas & Friends menampilkan keretapi bernama Thomas di dalam pengembaraan bersama kawan-kawannya di Pulau Sodor.

5. Riang Ria Nyanyi Bersama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari Pinkfong’s Baby Shark, ke Pororo The Little Penguin, Robocar Poli Sing Along, hinggalah Tayo The Little Bus – anak-anak anda pasti terhibur dengan rancangan-rancangan hiburan sambil belajar ini!

Dan banyak lagi! Pasti anak-anak anda teruja. Selamat menonton!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Living And Loving

Baca juga:

11 Kartun Informatif, Menarik & Ajar Nilai Murni Baik Untuk Tontonan Anak-Anak!

 

Penulis

Nadia Ghafar