Benarkah Madu Mampu Merawat Batuk Lebih Baik Daripada Antibiotik? Kelebihan Madu Ini Cukup Hebat - Menurut Doktor

Doktor mengatakan yang madu adalah ubat yang lebih bagus dari antibiotik untuk merawat batuk. Kelebihan madu dan kandungannya sama seperti ubat batuk. Betul ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah madu baik untuk batuk dan kahak? Menurut pakar kesihatan baru-baru ini, mereka menyarankan yang kelebihan madu lebih berkesan dari antibiotik dan ubat untuk merawat batuk!

Wow, hebatnya! Namun ingat, madu tak boleh diberikan pada bayi berumur bawah satu tahun kerana mereka berisiko untuk mendapat botulisme.

Kelebihan madu: Kenapa madu lebih baik dari antibiotik?

Kredit: Freepik

Antibiotik biasanya menjadi benda pertama yang kita capai bila kita sakit walaupun hanya batuk. Ramai yang mengatakan antibiotik bertindak dengan pantas dan efisien untuk penyakit biasa termasuk batuk.

Ramai juga pakar kanak-kanak dan doktor keluarga yang memberikan antibiotik untuk batuk dan selsema. Walau bagaimanapun, pakar perubatan baru-baru ini menekankan yang kebanyakan batuk boleh disembuhkan dengan mudah tanpa perlu antibiotik.

Malah, Dr Susan Hopkins, pakar kesihatan itu menasihatkan untuk kita berhenti menggunakan antibiotik, menekankan yang ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih rumit.

Pada dasarnya, apabila badan kita sudah terbiasa dengan antibiotik, kita akan membentuk apa yang dipanggil sebagai rintangan antibiotik. Atau lebih mudah, antibiotik menjadi tak berguna untuk merawat penyakit yang lebih serius.

“Rintangan antibiotik adalah masalah besar dan kita perlu bertindak sekarang untuk mengurangkan penggunaan antibiotik. Mengambil antibiotik apabila anda tak perlukannya meletakkan diri anda dan keluarga berisiko untuk membentuk jangkitan yang tak mudah untuk dirawat.”

Kelebihan madu: Bagaimana madu boleh merawat batuk dan kahak?

Pengambilan madu untuk merawat batuk dan kahak adalah sama efektif (kalau tak lebih) dari antibiotik. Madu dianggap alternatif yang kurang radikal dan rawatan efektif untuk penyakit dalam masa beberapa minggu pengambilannya.

Kitaran batuk biasanya dalam lingkungan tiga ke empat bulan.

Madu mudah didapati sama ada melalui online atau kedai biasa dan ia mengandungi bahan spesifik untuk membantu melawan simptom batuk dan kahak secara efektif. Sama dengan ubat batuk, anda akan dapat lihat kelebihan madu yang mempunyai pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphanBahan-bahan ini terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dinasihatkan, madu tak boleh diberikan pada kanak-kanak berusia setahun ke bawah kerana risiko untuk mendapat botulisme.

Sentiasa berjumpa doktor jika simptom anda tak berkurang atau anda ada masalah kesihatan yang sedia ada berhubung kait dengan penyakit anda.

Kelebihan madu: Tiga cara untuk makan madu bagi merawat batuk dan kahak

1. Madu, air suam dan lemon

Kredit: Dabur Honey

Ubat tradisional ini sangat mudah untuk dibuat. Masukkan satu sudu madu ke dalam cawan kemudian perah lemon ke dalam cawan dan isi dengan air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum dan nikmati.

Lemon adalah ejen anti bakteria semula jadi dan mengandungi kandungan tinggi vitamin C. Ini dapat membantu untuk menguatkan sistem imunisasi anda untuk melawan penyakit.

Untuk hasil yang lebih baik, ulang beberapa kali sehari selama tiga ke empat minggu.

2. Madu, cuka epal sider dan air suam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Healthline

Tuangkan satu atau dua sudu cuka epal sider ke dalam cawan. Cuka epal mempunyai sejarah yang lama sebagai rawatan yang efektif untuk pelbagai jenis penyakit.

Ia mengandungi asid asetik yang banyak dan boleh menghapuskan batuk dengan membunuh patogen.

Tambahkan madu dan air suam dan anda akan beri badan anda penyembuhan yang mujarab!

3. Madu asli

Kredit: Pexels

Jika anda malas dan mahu alternatif yang mudah. Hanya suap diri anda atau kesayangan anda dengan madu berkualiti beberapa kali sehari hingga anda sembuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sangat murah dan mudah didapati. Apa yang lebih bagus, madu tak ada tarikh luput. Jadi anda boleh simpan madu selama yang mungkin!

Selamat mencuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ragu-Ragu Nak Makan Madu Ketika Hamil, Ini Khasiat & Jumlah Yang Sepatutnya Anda Ambil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar