X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Madu Untuk Ibu Hamil Banyak Khasiatnya, Tapi Jika Ambil Berlebihan Tingkat Risiko Kencing Manis!

7 min bacaan
Madu Untuk Ibu Hamil Banyak Khasiatnya, Tapi Jika Ambil Berlebihan Tingkat Risiko Kencing Manis!

Ramai orang yang bertanya adakah selamat makan madu untuk ibu hamil? Ia bawa banyak kebaikan selagi tidak diambil berlebihan.

Makan madu untuk ibu hamil memang disarankan kerana memberi manfaat bagi kesihatan serta membekalkan banyak nutrisi yang baik. Namun mungkin ramai wanita mengandung takut nak makan madu dan tertanya-tanya adakah boleh makan madu semasa kehamilan?

Madu mengandungi mineral dan vitamin yang membantu meningkatkan metabolisme kolesterol dan asid lemak yang harus disingkirkan dalam sistem badan hingga mampu mencegah obesiti dan menaikkan kesihatan tubuh seseorang. 

Vitamin yang terkandung dalam madu adalah B6, thiamin, niasin, riboflavin, asid pantotenat dan asid amino. Selain itu, madu juga kaya dengan pelbagai mineral seperti magnesium, kalium, natrium, fosfor dan lain-lain. Jadi memang rugi kalau tak makan madu semasa hamil, betul tak?

Isi Kandungan

  • Bolehkah makan madu untuk ibu hamil? 
  • Selamatkah madu untuk ibu hamil?
  • Jenis madu yang baik untuk ibu hamil
  • Khasiat madu untuk ibu hamil 

Bolehkah makan madu untuk ibu hamil? 

Walaupun banyak khasiat madu untuk ibu hamil, tetapi cara pengambilan madu untuk ibu hamil perlulah dalam jumlah yang sederhana kerana bimbang jika berlebihan dalam satu masa boleh menyebabkan penyakit botulisme. 

Botulisme adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan sejenis bakteria berbahaya yang dipanggil spora clostridia yang ada dalam madu. 

Spora ini boleh mempengaruhi janin namun plasenta tidak akan membiarkan antigen berbahaya ini menyerang janin dan mampu melindunginya dari sebarang infeksi berbahaya. 

Disebabkan itu, walaupun madu baik untuk ibu hamil, ada baiknya anda makan dalam jumlah yang sederhana dan elakkan daripada pengambilan yang berlebihan bagi mengelakkan kesan tidak baik kepada janin dan juga ibu sendiri. 

Selamatkah madu untuk ibu hamil?

madu untuk ibu hamil

Bagi ibu hamil pasti tertanya-tanya selamatkah madu untuk makan. Madu selamat dimakan oleh wanita mengandung. Ibu hamil digalakkan mengambil madu sebagai pembekal nutrisi sihat pada ibu. Jadilah ibu hamil yang minum madu kerana banyak manfaatnya. 

Madu mentah kaya dengan antibiotik yang memelihara tubuh supaya segar dan sihat selain memberi tenaga kepada batin. Madu merupakan pemanis semulajadi terbaik yang dapat mengurangkan keletihan dan kelesuan semasa mengandung. Inilah antara manfaat madu untuk ibu hamil.

Walaubagaimanapun, pengambilan madu secara berlebihan tidak digalakkan terutama pada ibu hamil. Berikut merupakan kesan sampingan pengambilan madu berlebihan yang perlu anda tahu:

  •  Madu boleh memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah. Bagi yang mengalami penyakit kencing manis atau tekanan darah rendah yang senang mengambil sebarang ubat anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan pengambilan madu
  • Dapatkan madu dari jenama dan penjual yang dipercayai kerana madu tiruan mengandungi bahan kimia atau gula tiruan yang boleh memberikan kesan yang buruk pada ibu dan bayi
  • Terjadinya sembelit jika pengambilan madu yang terlalu banyak kerana kepekatan fruktosa yang tinggi akan menjadi penyebab dan kesan sampingan lain seperti kembung perut dan cirit birit.

Jenis madu yang baik untuk ibu hamil

madu untuk ibu hamil

Adakah benar amalkan madu baik untuk ibu hamil dan bayi sebagai tingkatkan daya ketahanan tubuh badan dan nutrisi?

Madu memiliki manfaat tersendiri yang mampu membekalkan nutrisi yang baik kepada ibu hamil. Selain dapat melegakan batuk ia juga meningkatkan daya tahan tubuh badan.

Kandungan yang terdapat daripada madu ialah glukosa, fruktosa protein dan vitamin B2, B3, B6 dan B9 yang dapat membantu perkembangan janin dengan baik.

Berikut merupakan jenis madu baik untuk ibu hamil yang boleh ibu-ibu amalkan:

#1.Madu rambutan

Madu rambutan merupakan madu yang dihasilkan oleh lebah daripada bunga rambutan. Rasanya tidak semanis madu hutan.

Madu rambutan mengandungi antioksidan yang tinggi dan berfungsi sebagai penyembuh luka. Selain itu manfaat madu kepada ibu hamil dapat melancarkan air kencing, mengubati masalah anemia dan meningkatkan daya tubuh badan.

Disebabkan itu, ada ibu hamil yang sudah makan madu pada awal kehamilan kerana manfaat madu untuk ibu hamil trimester pertama sangat banyak untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan. 

#2. Madu manuka

Madu manuka merupakan jenis madu yang datang dari New Zealand. Madu ini berasal daripada lebah tanaman manuka. Madu manuka bantu mengatasi masalah pencernaan, bantu mengurangkan masalah kulit, bantu meningkatkan imunisasi dan menyembuhkan masalah gigi dan gusi.

Jadi, jika diambil dengan kadar yang betul, ibu hamil boleh mengelak daripada sembelit jika mengamalkan pengambilan madu terutama pada trimester kedua dan ketiga. 

#3. Madu sumbawa

Jenis madu dari Sumbawa yang mengandungi bakteria akan melawan mikrobakteria yang menjadi penyebab radang. Teksturnya lebih pekat dengan kadar air yang rendah dibandingkan jenis madu lain.

Keadaan di Sumbawa yang sangat kering dan cenderung panas mempengaruhi hasil madu yang dihasilkan. Walaupun madu banyak mengandungi nutrisi kepada ibu namun madu juga mengandungi bakteri Clostridium botulinum yang menyebabkan botulisme.

Jenis bakteria ini bahaya kepada bayi bawah satu tahun kerana sistem pencernaannya masih belum dapat membezakan bakteria dalam badan.

Hati-hati jika terhadap alahan seperti mata berair, bersin, ruam kemerahan pada kulit, bengkak dan gatal-gatal.

Jika anda mengalami alahan tersebut selepas minum madu. Dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Khasiat madu untuk ibu hamil 

madu untuk ibu hamil

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Pelbagai khasiat dan manfaat madu untuk ibu hamil jika diambil dalam kadar yang betul dan bersesuaian dengan mereka. Antaranya termasuklah:

#1. Meningkatkan sistem imun badan 

Kandungan antioksidan dan antibakteria dalam madu dapat mempertingkatkan sistem imun tubuh bagi melawan jangkitan jahat. Ini kerana, wanita hamil perlu miliki sistem imun yang kuat supaya dapat mencegah sebarang penyakit yang boleh memberi kesan buruk pada janin. 

Daya ketahanan tubuh yang kuat amat penting untuk ibu hamil supaya tidak mudah diserang penyakit dan jatuh sakit. 

#2. Meringankan masalah batuk dan sakit kerongkong 

Madu yang diambil dengan teh halia atau lemon boleh memberi kesan baik pada batuk dan sakit kerongkong dengan lebih cepat. Jadi jika ibu hamil batuk dan khuatir untuk makan ubat batuk, boleh cuba ambil madu bagi melegakannya.

#3. Sembuhkan selsema 

Cara mengambil madu ketika hamil seperti mencampurkannya dalam minuman teh panas dan bagus diamalkan ketika selsema kerana ia memiliki sifat antivirus. 

#4. Mengatasi masalah gastrik 

Makan madu juga dapat memberikan kesan yang baik jika mengalami masalah gastrik semasa hamil. Ibu hamil dan masalah gastrik memang tidak dapat dipisahkan, jadi boleh cuba makan madu untuk melihat kesannya.

#5. Membantu masalah insomnia 

Madu juga dapat meningkatkan kualiti tidur sepanjang hamil yang mana ia boleh diambil bersama susu sebelum tidur. Ini kerana, ia dapat menghilangkan rasa stres setelah seharian penat bekerja dan berguna untuk anda yang selalu susah tidur malam.  

Mudah saja, pastikan susu yang anda ambil itu suam dan campurkan dengan madu serta diminum sebelum tidur. Cubalah mungkin ada lebih mudah tidur dan dapat tidur dengan lebih nyenyak selepas ini. 

#6. Meningkatkan kalsium dalam badan 

Kalsium sangat penting untuk ibu hamil bagi memastikan perkembangan bayi dengan tulang yang sihat dan kuat. Manfaat madu kepada wanita hamil adalah fungsinya sebagai sumber penting mineral tertentu yang baik untuk tulang, terutamanya untuk ibu hamil.

Ketika hamil, kalsium ibu diserap oleh bayi, jadi ibu perlu pastikan mereka ada sumber kalsium yang tinggi bagi mengelak masalah seperti gigi rapuh dan sebagainya. 

Namun apa yang penting, wanita hamil perlulah pastikan jumlah madu yang boleh diambil oleh mereka adalah sebanyak 3 ke 5 sudu makan setiap hari bersamaan sekitar 180 hingga 200 kalori. Mereka tidak digalakkan untuk mengambil lebih daripada jumlah itu. 

Oleh kerana, madu mengandungi banyak kandungan gula seperti fruktosa, glukosa dan maltosa maka setiap satu sudu mengandungi sekitar 60 kalori. 

Jadi selama hamil, anda tidak boleh mengambil jumlah gula yang terlalu tinggi dan perlu sesuai dengan keperluan badan maka 3 ke 5 sudu setiap hari itu sudah memadai. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!

Baca juga: Masalah Penghadaman Buat Anda Selalu Rasa Senak Semasa Hamil, Ini Punca & Cara Atasinya

Baca juga: Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Madu Untuk Ibu Hamil Banyak Khasiatnya, Tapi Jika Ambil Berlebihan Tingkat Risiko Kencing Manis!
Kongsikan:
  • ''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?

    ''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • ''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?

    ''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.