Anda pastinya pernah minat dengan pelakon Hollywood tertentu ini apabila berlakon dalam TV, tapi anda tidak tahu keluarga selebriti tersebut. Contohnya seperti Julia Roberts, anda tahu tak dia adalah ibu saudara kepada Emma Roberts?
Untuk itu, laman web Bright Side mengumpul beberapa maklumat menarik tentang keluarga selebriti popular ini. Jom kita tengok!
6 Keluarga Selebriti Popular Hollywood
#1. Steven Spielberg adalah bapa angkat Drew Barrymore
Drew Barrymore mempunyai seorang bapa pembatisan atau bapa angkat iaitu seorang pengarah terkenal Steven Spielberg.
Malah, Drew juga mendapat hasil didikan lakonan daripada pengarah tersohor itu sehingga namanya dikenali.
#2. Kate Middleton and Guy Ritchie adalah sepupu keempat
Pengarah tersohor, Guy Ritchie menerima jemputan untuk perkahwinan Putera William dan Kate Middleton sebagai tetamu dari pihak pengantin perempuan. Kate dan Guy tahu mereka adalah saudara jauh.
#3. Julia Roberts adalah ibu saudara Emma Roberts.
Bakat lakonan Emma Roberts banyak dipengaruhi oleh ibu saudaranya Julia Roberts. Namun, ibu Emma tidak mahu anak perempuannya itu menghabiskan zaman kanak-kanak dengan bekerja sebagai pelakon.
Oleh sebab itu, Emma banyak menghabiskan masa luangnya dengan menonton karya Julia Roberts.
Pada tahun 2010, penonton dapat melihat kedua-dua bintang ini berlakon dalam movie yang sama berjudul Valentine’s Day.
#4. Beyonce dan Bianca Lawson adalah adik beradik tiri
Bianca menjadi sebahagian keluarga Beyonce selepas Richard Lawson ayah kepada Bianca berkahwin dengan Tina Knowles, ibu Beyonce.
#5. Barack Obama dan Brad Pitt adalah sepupu kesembilan.
Menurut New England Historic Genealogical Society, Barack Obama adalah saudara jauh Brat Pitt. Apa yang lebih menarik lagi, ada juga yang melaporkan Obama ada kaitan kekeluargaan dengan Sir Winston Churchill.
#6. Melanie Griffith adalah ibu Dakota Johnson.
Dakota Johnson dilahirkan dalam sebuah keluarga yang juga terlibat dengan bidang lakonan. Ayahnya ialah Don Johnson dan ibunya ialah Melanie Griffith.
Malah dia juga adalah cucu pelakon Tippi Hedren dan selepas perceraian ibu bapanya, bapa tiri Dakota ialah Antonio Banderas.
Apabila dibesarkan dengan dikelilingi pelakon-pelakon nama besar jadi amat mustahil Dakota memilih profesion berlainan.
Hubungan keluarga selebriti ini memang tidak disangka, kan? Anda tahu selebriti lain yang ada hubungan kekeluargaan? kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di theAsianparent Malaysia
Sumber: Bright Side
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-artis-bollywood