Kemalangan Di Sekolah: Murid Ditusuk Gunting

Kejadian cemas itu bermula setelah murid itu terjatuh sehingga gunting yang dipegangnya tertusuk mata kanannya.

Baru-baru ini, negara dikejutkan apabila seorang pelajar tahun 6 tertusuk gunting di bahagian kening semasa kelas pendidikan seni.

Murid tahun 6 tersebut bernama Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Murid tersebut dilaporkan stabil dan ceria dan tidak sabar-sabar untuk menghabiskan persekolahan sehingga hujung tahun ini. Murid tersebut dilawati ahli keluarga dan guru semasa berada di dalam wad.

Kejadian cemas itu bermula setelah murid itu terjatuh sehingga gunting yang dipegangnya tertusuk mata kanannya.

Ini adalah sebahagian daripada cerita cemas yang dialami ibu bapa semasa anak mereka dilanda kemalangan. Justeru, guru-guru haruslah meningkatkan langkah keselamatan murid-murid semasa berada di sekolah.

Dengan mendidik murid agar mengutamakan keselamatan, sedikit sebanyak murid tahu akan bahaya yang akan dihadapi sekiranya mengabaikan langkah keselamatan di sekolah.

Berikut antara langkah keselamatan yang patut diamalkan semasa berada di sekolah:

Dalam bilik darjah:

– Murid hendaklah elakkan dari berlari.

– Simpan alatan tajam di tempat yang selamat.

Di dalam kes ini, murid ini dikatakan terjatuh sambil memegang gunting lalu tertusuk matanya. Tetapi tidak dapat dipastikan adakah dia berlari sambil memegang gunting.

Dalam makmal

– Murid-murid hendaklah berhati-hati semasa menggunakan bahan eksperimen atau radas yang disediakan.

– Dapatkan nasihat dan arahan guru semasa menggunakan radas.

– Jika merkuri termometer pecah, laporkan kepada guru terlebih dahulu. Jangan sentuh serpihan kaca termometer.

Di Kawasan Kantin

– Elakkan berlari di kantin. Beratur dengan sabar.

– Lantai mungkin licin kerana baharu sahaja dimop. Jadi, tunggu giliran dengan sabar dan tenang.

– Jangan mengasak.

Di kawasan padang/Persekitaran

– Tidak bermain di kawasan sunyi.

– Elakkan berlari.

– Elakkan memanjat tiang gol bolasepak.

Rencana dan gambar dipetik dari 1News

Penulis

Michelle Goh