Sering dipaparkan di laman sosial dan kaca televisyen berita mengenai kemalangan maut motosikal. Bahkan hampir setiap hari ia berlaku seolah-olah menjadi sesuatu kebiasaaan.
”Tidak akan lengkap perjalanan kehidupan tanpa adanya dugaan” pepatah ini sering digunakan bagi mereka untuk berhadapan dengan pelbagai ujian hidup agar sentiasa kuat.
Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mengharapkan perkahwinan mereka sempurna dan bahagia dikurniakan cahaya mata pertama.
Bukan itu sahaja, ia adalah pengalaman yang paling tidak dilupakan saat seorang ibu melalui perjalanan kehamilan hampir 9 bulan dan ayah sangat teruja sehingga berusaha mendapatkan segala keperluan bagi menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga.
Tidak dinafikan setiap hubungan suami isteri akan diuji dengan pelbagai dugaan bagi mengukur tahap kesabaran pasangan untuk menerima setiap ketentuan takdir Ilahi.
Ujian yang datang dari pelbagai bentuk sama ada masalah kewangan, kesihatan, nyawa, kepercayaan dan keserasian hidup bersama pasangan.
Kemalangan maut motosikal
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Endi menerima ujian hebat apabila dia bersama isteri yang sarat mengandung membonceng motosikal pulang dari rumah saudaranya.
Lebih menyedihkan kandungan pertama berkenaan telah menjangkau usia 8 bulan berkenaan sudah tidak dapat diselamatkan berikutan dengan kejadian tragis ini.
Pokok yang berada di Jalan Wates Jogja, Indonesia telah tumbang secara tiba-tiba dan menutupi keseluruhan jalan ketika pasangan malang ini melalui laluan tersebut.
Ia telah menghempap Endi Yogananti dan isterinya, Israni Silvia Sujarman. Kesan kemalangan maut motosikal ini telah menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami keguguran.
Mereka kelihatan begitu sebak kerana teruja menantikan beberapa hari sahaja lagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung.
Sudah menjadi ketentuan Ilahi apabila mereka tidak sempat merasai detik gembira dan terpaksa menerima dengan hati terbuka akan pemergian anak kecil ini buat selama-lamanya.
Difahamkan, pasangan ini telah menyediakan hampir 95% persiapan untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Isteri dikejarkan ke hospital
Menceritakan kisah kejadian berkenaan, Andi memaklumkan sebaik sahaja melihat keadaan isterinya yang mengadu kesakitan, dia terus mendukung dan meminta bantuan orang ramai yang berada di situ.
Isterinya telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan yang serius. Sementara itu, Endi mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan bahu sehingga tidak boleh digerakkan.
Manakala isterinya pula mengalami tulang belakang retak dan disahkan keguguran. Endi juga berkongsi bahawa dia turut mengalami pendarahan semasa membuang air kecil.
Kehilangan anak pertama
Perkongsian kisah menyayat hati ini telah mendapat perhatian netizen di laman sosial sehingga ramai yang bersimpati akan nasib yang menimpa Endi dan isterinya.
Lebih menyayat hati, Endi telah memuat naik beberapa keping gambarnya menggendong bayi yang sudah tidak bernyawa buat kali yang terakhir.
Rakyat Indonesia kini sedang berusaha untuk membantu Endi untuk biayai rawatan perubatan isterinya. Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah kepada Endi dan isteri diatas pemergian permata dalam hidup mereka.
Tips mengelakkan kemalangan di jalan raya
Setiap kali menggunakan jalan raya, keadaan persekitaran boleh membantu perjalanan anda. Pengetahuan mengenai mekanisme kenderaan pula meningkatkan kefahaman anda cara pemanduan yang selamat.
#1. Bersedia hadapi sebarang kemungkinan
Menjangka (anticipate) perkara yang akan berlaku ketika menggunakan jalan raya dapat meningkatkan keselamatan dengan:
- Perhatian hanya kepada membonceng atau memandu.
- Pandang ke hadapan sejauh mungkin.
- Luaskan medan penglihatan termasuk di sekeliling kenderaan.
- Berwaspada dan tidak berkhayal.
#2. Mengelak dari dirempuh
Kemalangan bertindan membabitkan deretan kenderaan sering terjadi kerana kelewatan pengguna jalan raya tidak sempat menekan brek.
- Melihat sebanyak mungkin beberapa kenderaan di hadapan.
- Menyentuh brek (tap) jika anda melihat lampu brek tiga atau empat kenderaan di hadapan menyala.
- Menyentuh brek memberi amaran kepada pemandu di belakang supaya menjarakkan kenderaan mereka.
- Lebih besar jarak antara kenderaan, lebih banyak masa untuk pemandu bertindak balas terhadap situasi bahaya
#3. Kurangkan blind spots
Cermin sisi dan belakang dipasang untuk membolehkan anda melihat belakang, kiri dan kanan bahu jalan tanpa perlu menolehkan kepala. Namun, medan yang tidak kelihatan oleh mata kita (blind spots) masih wujud.
Untuk mengatasi masalah ini adalah dengan:
- Periksa blind spots, toleh ke kiri atau kanan sepintas lalu dari semasa ke semasa.
- Elakkan berada di zon blind spots pemandu lain.
- Pastikan pemandu lain dapat melihat anda. Jika dapat melihat mata pemandu lain melalui cermin sisi atau belakang kenderaan mereka, bermakna pemandu berkenaan turut dapat melihat anda.
Sumber: Limau Madu Press, Msn
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-kemalangan-terselamat