Auch, Wanita Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Kemaluan Tertusuk Timun!

Luar biasa, kejadian kemaluan tertusuk dengan sebiji timun, apa yang berlaku sebenarnya?

Selalu kalau kemaluan sakit, ada beberapa punca seperti kencing kotor, rahim jatuh, infeksi dan banyak lagi. Namun berbeza pula dengan apa yang berlaku dengan wanita berusia 51 tahun dari Bangkok Thailand ini apabila dia mengadu sakit di bahagian vaginanya lalu dikejarkan ke hospital. 

  

Kemaluan sakit gara-gara tertusuk timun

Sampai saja di hospital, wanita berkenaan memberitahu doktor yang kemaluan sakit kerana terjatuh di rumahnya dan kebetulan ada timun di tempat dia jatuh itu hingga tertusuk ke dalam vagina.

Walau bagaimanapun, kakitangan hospital tidak percaya dengan pengakuan wanita tersebut namun akhirnya berjaya mengeluarkan timun itu. Kejadian ini dilaporkan oleh Thai TV.

Pun begitu, tidak dinyatakan secara terperinci nama hospital dan identiti wanita berkenaan namun menurut mereka di sana kejadian ini benar-benar berlaku.

5 sebab vagina sakit 

Adakah anda juga kerap sakit di bahagian vagina? Ini antara 5 punca mengapa ia terjadi. 

#1. Semasa melakukan hubungan seksual  

Salah satu sebab vagina sakit adalah kerana kurangnya pelincir semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan. Lantas, ia menyebabkan vagina rasa tak selesa dan nyeri. 

#2. Kering

Apabila vagina kering, ia boleh menimbulkan rasa sakit terutama semasa berhubungan kelamin. Menurut ahli perubatan, punca vagina kering adalah kerana hormon estrogen yang menurun dan mengambil pil hormon.

#3. Jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria pada miss v akan membuatkan wanita rasa gatal dan nyeri. Biasanya disebabkan kurang menitikberatkan kebersihan pada alat sulit anda.

#4. Herpes

Herpes ini terjadi apabila adanya bintik-bintik merah yang disertai dengan melecet. Penyakit herpes ini menular disebabkan jangkitan virus daripada hubungan seksual. Jika muncul tanda- tanda ini segera berjumpa doktor.

#5. Radang panggul

Jika rasa sakit semasa hubungan seksual, anda harus berhati-hati dengan endometriosis atau penyakit radang panggul. Ini kerana, kedua-duanya saling berkait rapat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: the Reporter, Lifestyle Kompas 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kepada semua gadis dan wanita – Faraj anda tidak sepatutnya bau seperti bunga