Siapa yang tidak sedih bila mendapat berita tentang kematian ibu yang bersengkang mata membesar dan melahirkan kita ke dunia ini. Sememangnya kematian memang menjadi sesuatu yang amat berat untuk ditanggung oleh keluarga dan orang di sekelilingnya.
Apatah lagi, rasa sedih itu bukan hanya dialami orang dewasa tetapi anak kecil yang belum tahu apa-apa itu juga dapat rasai bila kehilangan seseorang yang disayangi.
Seperti kisah pilu yang viral baru-baru ini di mana seorang anak kecil menangis di sisi jasad ibu yang tercinta yang telah pun meninggal dunia.
Viral kematian ibu sambil anak menangis di sampingnya
Kisah dan video tersebut tular selepas pemilik akaun Instagram, Insan Tonji memuat naik sebuah video singkat pada selasa yang lalu. Dalam video tersebut, dia merakan video anaknya yang bernama Aqilla yang sedang menangis di samping jenazah isterinya, Taufani Sahara.
Aqilla yang baru sahaja berumur setahun itu menangis dan teriak malah turut berusaha untuk memeluk dan menyentuh ibunya. Dia meneran tangisnya hingga wajah comelnya berubah kemerahan.
Mama…mama…panggilnya lagi.
Setelah melihat kejadian itu, semua tetamu yang hadir bagi menyaksikan kebumian isterinya turut berasa sedih dan terharu dengan tingkah laku anak kecil itu.
Bahkan mereka turut menenangkan anak kecil itu agar berhenti menangis. Malah mereka membelai lembut kepala dan kaki Aqilla untuk menenangkannya.
Seorang perempuan yang duduk di belakang Aqilla cuba memujuknya kemudian menggendongnya dalam pangkuan.
Pesanan terakhir isteri buat anak
Dalam video yang sama, bapa tersebut turut berkongsi pesanan terakhir isterinya untuk Aqilla. Pesanan itu ditulis isterinya semasa ulang tahun Aqilla yang pertama pada bulan April yang lalu.
Kematian ibu, Ini pesanan terakhir daripadanya.
Selamat ulang tahun gadis kecilku.
Aqillasesha Adreena Setiawan
22 April 2018 adalah tarik lahirmu ke duia yang membawa senyuman bahagia untuk keluarga. Buah hati yang kami impikan. Semua doa terbaik untukmu anakku.
Berjalan terus di samping mama dan papa, jangan pernah lepaskan genggaman jari kecilmu.
Disaat kau menganjak ke umur dewasa nanti, kau tetap anak kecilku. Ketika kau melangkah, seburuk apapun hari yang kau lalui, mama dan papa akan tetap menjadi rumah bagimu.
Tidak perlu membandingkan dirimu dengan orang lain kerana setiap anak itu unik dan tidak pernah sama. Selalu tunjukkan kemampuan terbaikmu dalam mencuba apa pun perkara.
Beranilah nak, berani untuk tunjuk pada dunia bahawa setiap langkah yang kau ambil akan menjadi bekalan untuk terus berjaya.
Percaya diri anakku, agar semua tahu kemampuanmu boleh membanggakan orang tuamu nanti.
Jangan pernah mencuba untuk mengubah dirimu menjadi seperti orang lain kerana kamu mampu tunjukkan pada dunia bahawa harimu sangat indah.
Berbicaralah dengan lembut anakku, agar semua menghormatimu.
I love you my sugar.
Terdahulu, Insan Torji berkongsi berita isterinya meninggal pada tarikh 13 Disember 2019. Namun, hingga ke saat ini, belum diketahui punca kematian isterinya itu.
****
Kami dari theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang telah ditinggalkan. Semoga roh Taufani Sahara berada di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.
Diharap suaminya redha dengan pemergiaan isteri tercinta dan anakya yang comel, Aqilla menjadi anak kuat dan membanggakan keluarga.
3 Perkara yang waris perlu segerakan selepas kematian seseorang
Sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga, waris perlu segera melakukan perkara seperti berikut:
– Menguruskan jenazah
Biasanya ini diuruskan oleh pihak surau atau masjid. Sekiranya si mati merupakan peserta khairat, insyaallah mudah. Meskipun ada ahli surau, tapi adalah lebih afdhal jika jenazah turut diuruskan oleh anak atau waris terdekat.
– Selesaikan hutang si mati
Hutang ini ada dua. Satu hutang dengan Allah dan keduanya hutang sesama manusia. Hutang ini perlu dibayar dengan harta si mati.
Hutang dengan Allah SWT seperti zakat, puasa yang belum ganti, nazar yang belum ditunaikan, ibadah haji dan sebagainya.
– Uruskan harta pusaka yang ditinggalkan
Jika si mati ada harta pusaka yang sangat banyak, waris perlu melantik wasi yang merupakan pentadbir atau pemegang amanah untuk harta si mati.
Jika ada wasiat perjalanan untuk mengagihkan harta pusaka jadi lebih mudah tapi jika tiada ia bergantung kepada waris yang ditinggalkan.
Kemudian kenal pasti siapa waris yang ditinggalkan dan urutan faraid. Jika sudah tahu, bersedia untuk turun naik Amanah Raya Berhad, pejabat pusaka kecil atau mahkamah tinggi.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comanak-meninggal