Bagaikan Mimpi, Abang Pula 'Dijemput' Ilahi Selepas Sejam Ibu Dikebumikan

Mungkin 26 Jun lalu detik paling sedih bagi lelaki ini apabila kematian keluarga terdekat iaitu abangnya berlaku sejam selepas arwah ibunya dikebumikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menghadapi kematian keluarga terdekat memang sebuah kesedihan yang tidak dapat diungkap, tetapi jika yang pergi itu dalam jarak masa yang terlalu dekat, pasti lebih terasa kesedihannya. 

Seringkali kita mendengar ungkapan,  jodoh, pertemuan , ajal maut di tangan Tuhan. Tiada siapa yang mampu meramalkannya kerana ia akan tiba tepat pada masanya tanpa lambat sesaat pun.

Bagi seorang lelaki dari Padang Besar, Perlis ini, mungkin 26 Jun lalu adalah antara detik paling sedih dalam hidupnya kerana abangnya pergi menghadap Ilahi selepas sejam ibunya dikebumikan.

Kematian keluarga terdekat pedih untuk diungkap

Menurut Sinar Harian, sejam selepas urusan pengebumian ibunya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar selesai, abangnya pula meninggal dunia. 

Lelaki itu, Mohd Shari Saidin menganggap peristiwa itu sebagai kesedihan yang tidak dapat diungkap kerana sekelip mata beliau kehilangan dua insan tersayang.

Malah lebih ralat, katanya arwah abangnya banyak berpesan kepadanya selepas kematian ibu supaya jadi kuat dan arwah kelihatan cukup tenang ketika menguruskan pengebumian ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum meninggal dunia abangnya ada mengadu terasa pedih di dada dan memberitahu matanya kelabu sebelum rebah kira-kira sejam selepas selesai pengebumian ibu mereka.

Usah ambil ringan sakit dada

 

Menurut Pakar Perubatan Kecemasan dan ahli Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMy), Dr Sazwan Reezal Shamsuddin sakit dada adalah salah satu penyebab kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital-hospital dalam negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga adalah penyebab pesakit-pesakit dirujuk daripada Klinik Kesihatan dan klinik swasta yang mana secara amnya, sakit dada adalah simptom petanda serangan jantung.

Bagaimanapun, sakit dada juga mungkin disebabkan hal-hal lain seperti jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia), paru-paru bocor (pneumothorax), asid berlebihan dalam perut (reflux oesophagitis), masalah kesakitan otot-otot dada.

Selain itu, masalah berkaitan mental seperti gemuruh (anxiety) dan tekanan (stress). Jika dilihat, boleh dikatakan sakit dada tidak semestinya mendapat serangan jantung. 

Kriteria sakit jantung

Sakit dada yang disebabkan oleh serangan jantung ada beberapa kriteria yang klasik. Ia termasuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sakit di bahagian tengah atau kiri dada
  • Rasa sakit dada itu umpama dada ditekan atau sesuatu benda berat menghempap
  • Kadang kala rasa sakit itu merebak ke bahu dan lengan kiri atau merebak ke bawah dagu
  • Rasa loya, muntah, rasa hendak pitam, pening kepala atau berpeluh-peluh datang sekali bersama sakit dada
  • Sakit dada bersama rasa sesak nafas atau berasa tidak puas apabila menarik nafas

Bantuan awal kepada orang yang mengadu sakit di dada

Jangan panik jika rakan sekerja atau ibubapa mendapat sakit dada secara tiba-tiba. Ada beberapa bantuan awal boleh diberikan untuk membantu mereka.

  1. Sandarkan pesakit ke kerusi atau di atas katil
  2. Longgarkan pakaian mangsa termasuk tali pinggang, jam, tali leher dan kasut
  3. Berikan ubat GTN yang biasanya diletakkan di bawah lidah (jika ada)
  4. Beri ubat Aspirin 300mg dengan dikunyah oleh mangsa (jika ada)
  5. Kurangkan pergerakan pesakit dan dipapah jika perlu
  6. Dapatkan bantuan ambulans dengan mendail 999 atau bawa mangsa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital berdekatan

Antara kesilapan yang biasa berlaku adalah mangsa memandu sendiri ke hospital. Serangan jantung adalah suatu penyakit yang serius yang mana boleh mengancam nyawa.

Jika mangsa memandu sendiri ke hospital, dikhuatiri berlaku kemalangan yang akan melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mendapat sakit dada dan berseorangan, sila dapatkan bantuan rakan-rakan , saudara-mara atau telefon nombor 999 untuk bantuan kecemasan.

Serangan jantung tidak mengira masa dan tempat jika ia menyerang. Adakala sakit dada berlaku ketika kita berada jauh daripada fasiliti hospital. 

Secara amnya jika seseorang mendapat sakit dada yang berkemungkinan akibat serangan jantung, mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital dengan segera adalah langkah terbaik.

Namun jika hospital terlalu jauh, maka pergilah segera ke klinik kesihatan atau klinik swasta. Sekurang-kurangnya mangsa akan mendapat ubat-ubat seperti GTN, Aspirin dan oksigen jika perlu sebelum dirujuk ke hospital dan dibawa dengan ambulan ditemani petugas-petugas kesihatan.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comtanda-sakit-jantung-pada-wanita

 

Penulis

Lala Annuar