4 Tahun Menanti Zuriat, 2 Kali Keguguran, Akhirnya Tangisan Kembar 4 Gamatkan Bilik Pembedahan!

Selama empat tahun menanti kehadiran cahaya mata dengan dua kali keguguran, ibu muda ini akhirnya menimang kembar 4 sekaligus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan zuriat. Jika sudah namanya rezeki, cepat atau lambat pasti akan tiba juga. Seperti wanita berusia 29 tahun ini, rezeki menjengah selepas dua kali keguguran, dia dan suami dikurniakan kembar 4!

Seakan tidak percaya, wanita ini yang pernah kecewa dua kali kerana keguguran dikurniakan kembar 4 sekaligus. Meriahnya!

Terharu apabila melihat rakaman dari instagran Dr Thokha, saat satu persatu bayi dikeluarkan daripada rahim ibu muda ini melalui proses pembedahan.

Tangisan kembar 4 gamatkan bilik pembedahan

Kredit: instagram Dr Thokha

Menurut penerangan dalam video berkenaan, jantina bayi yang dilahirkan adalah terdiri daripada tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki. 

Difahamkan, tiga daripada bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan seorang lagi terpaksa diasingkan kerana memiliki berat kurang daripada dua kilogram.

Difahamkan juga, wanita ini telah melalui proses rawatan Persenyawaan Luar Rahim (IVF). Setelah dua kali keguguran beliau akhirnya dikurniakan cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini!

Di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah. Ada juga yang mengatakan ia ibarat setiap tahun dapat anak kerana sudah empat tahun menunggu dan akhirnya dikurniakan kembar 4!

Benarlah memang rezeki tiada siapa yang tahu. Ia akan datang juga apabila tiba masanya. Jadi kepada mana-mana pasangan yang sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata, jangan berhenti berusaha. Teruskan usaha anda walau dengan apa cara pun. Jika memang rezeki anda, anda pasti akan menimang cahaya mata juga.

Apa itu IVF?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: laurelfertalitycare

In-vitro-Fertilization (IVF) atau rawatan in-vitro adalah rawatan kemandulan yang biasa dilakukan oleh pasangan yang inginkan zuriat.

Ovari akan dirangsang untuk menghasilan pelbagai folikel yang mengandungi telur dalam setiap satunya dengan menggunakan “ubat kesuburan”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemantauan ultrasonografi diperlukan bagi mengenalpasti jumlah folikel dan percambahannya, bersama dengan tahap hormon darah bagi menentukan waktu sesuai untuk melakukan suntikan mematang telur.

Dotor akan mengambil telur dari ovari dengan menggunakan jarum kecil, manakala wanita akan berada di bawah anestesia ringan untuk menjalani rawatan dalam makmal khusus.

Selepas persenyawaan berlaku, telur akan dibiakkan dan berkembang menjadi embrio. 3-5 hari kemudian, embrio akan ditanam semula ke dalam rahim.

Pelaksanaan IVF mengikut Islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pixabay

Dari sudut pandangan Islam, hukum bayi tabung uji adalah mubah (boleh) dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri kemudiannya persenyawaan berkenaan dimasukkan kembali ke dalam rahim wanita bergelar isteri yang sah.

Antara prosedurnya ialah:

  • Telur dihasilkan dengan merangsang melalui penggunaan hormon terapi
  • Telur diasingkan daripada ovari
  • Sperma suami diperlukan
  • Telur dan sperma akan digabung bagi membolehkan persenyawaan
  • Persenyawaan telur kemudiannya dimasukkan ke dalam uterus
  • Islam melarang pasangan yang mendirikan rumah tangga menggunakan sperma dan ovum daripada orang lain kerana ia boleh menimbulkan kemudaratan kepada si anak kelak.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan beberapa perkara mengenai bayi tabung uji dan bersetuju memutuskan seperti berikut:

1. Rawatan IVF menggunakan benih suami yang disenyawakan secara terhormat adalah sah dari sisi agama. Namun jika ia diperoleh dari bukan pasangan yang sah, maka bayi tabung berkenaan adalah tidak sah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Benih yang dikeluarkan dengan cara tidak bertentangan dengan Islam dikira sebagai cara terhormat

3. Anak yang dilahirkan melalui proses tabung uji berhak menerima harta pusaka keluarga dan menjadi wali.

Isu-isu yang boleh menjadikan IVF haram di sisi Islam

  • Penggunaan sperma daripada lelaki lain.
  • Ovum atau telur wanita daripada wanita selain isteri sendiri.
  • Penggunaan ibu tumpang (sperma suami dan ovum isteri disenyawa melalui kaedah IVF, kemudian embrio ditumpangkan pada wanita lain).
  • Tabung sperma suami yang telah meninggal. Diharamkan bagi seorang balu menggunakan air mani suami yang telah meninggal dunia bagi tujuan menghasilkan bayi tabung uji. Ini kerana hubungan perkahwinan sudah tamat apabila suami meninggal dunia.
  • Melakukan kaedah pemilihan jantina. Tindakan ini dikira anda telah mencampuri urusan Allah dan tidak menerima takdir.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: instagram Dr Thokha

Baca juga: Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

Baca juga: Siti Nurhaliza Tak Kisah Makin Berisi Dan Bakal Buka Pusat Rawatan Kesuburan

Baca juga: Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar