X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

4 min bacaan
Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

Selepas menjalani pengalaman IVF pada kehamilan sebelum, Datuk Siti Nurhaliza akan mencuba untuk merasai detik kehamilan yang sama untuk anak nombor dua.

Semua peminat setia penyanyi nombor satu negara tahu bahawa, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai pengalaman IVF pada kehamilannya yang sebelum ini dan banyak berkongsi berkaitannya di saluran media. 

Namun kini, Datuk Siti Nurhaliza memaklumkan beliau baru selesai menjalani pembedahan kecil di hospital swasta untuk hamil anak nombor dua.

Menurut penjelasan daripada Datuk Siti, prosedur berkenaan perlu dijalani kerana beliau menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF) seperti mana yang telah dilakukan semasa kandungan sebelum ini.

Pengalaman IVF Datuk Siti Nurhaliza 

pengalaman IVF

” Siti telah selamat menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF seperti yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Kesan dari rawatan tersebut Siti memaklumkan beliau perlu berehat sahaja di atas katil dan tidak dibenarkan banyak bergerak.

Terdahulu Datuk Siti dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah yang kini memasuki dua tahun.

Semoga apa yang dihajati Datuk Siti dengan pengalaman IVF ini termakbul hendaknya. Amin.

**************

Rawatan IVF

pengalaman IVF datuk siti

IVF bermaksud in vitro fertilization merupakan proses apabila telur disenyawakan di luar rahim iaitu di dalam makmal.

In Vitro ini merujuk kepada bekas kaca yang digunakan bagi proses persenyawaan telur yang diambil dari ovari dan sperma daripada lelaki.

Sebab itu, IVF ini memberi peluang yang lebih tinggi kepada wanita untuk hamil sekiranya mengalami masalah berkaitan kesuburan terutamanya pada bahagian Tiub Fallopian di mana proses persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Rawatan IVF di Malaysia disyorkan bagi pasangan yang mengalami masalah seperti berikut:

  • Wanita yang memiliki masalah tiub fallopian yang tersumbat atau bermasalah pada fibroid, PCOS atau endometriosis.
  • Lelaki yang mengalami masalah pada sperma
  • Pernah mengambil ubat-ubatan kesuburan seperti clomephine
  • Pernah menjalani rawatan kesuburan atau IUI (intra uterine insemination) sebanyak tiga atau empat kali tapi gagal.
  • Masih tidak dapat hamil selepas dua tahun dan puncanya masih belum dikenalpasti.

Tempat untuk mendapatkan rawatan IVF

IVF

Terdapat lebih kurang 35 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF ini. Di mana 31 berada di sektor swasta dan baki selebihnya adalah hospital kerajaan.

Antara hospital swasta yang terkenal dan mengendalikan kes IVF ini seperti Metro Fertility, KL Fertility Centre, Sun Fert dan Tropicana Medical Centre.

Sementara itu, empat hospital yang menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Selain itu, perkhidmatan ini juga boleh didapati di klinik LPPKN, PPUM, HUSM dan HUKM.

Jumlah kos yang terlibat

Bagi kos rawatan pula, di hospital kerajaan mengenakan bayaran yang rendah jika dibandingkan dengan perkhidmatan di hospital swasta.

Kos di hospital kerajaan adalah sekitar RM 5,000 anggaran minima.

Namun begitu, pesakit perlu banyakkan bersabar untuk menunggu giliran kerana kes rujukan terlalu banyak.

Walaupun rawatan IVF ini terhad, namun pemeriksaan kesuburan dan lain-lain masih tetap disediakan di hospital besar di setiap negeri-negeri di Malaysia.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Untuk hospital swasta pula anggaran kos IVF adalah sekitar RM 10,000 sehingga RM20,000.

Meskipun itu, punca kejayaan IVF adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, jenis masalah kesuburan dan lain-lain.

Ini kerana, kejayaan IVF boleh menghampiri 50 % untuk wanita yang berusia 30 an. Sementara wanita berumur 40 tahun pula hanyalah 10 % sahaja.

Keberkesanan ini akan meningkat sekiranya wanita mencapai berat badan ideal, menghentikan pengambilan alkohol atau rokok, mengurangkan pengambilan kafein dan amalan gaya hidup sihat.

************

Apapun kami di the Asianparent Malaysia berharap impian Datuk Siti Nurhaliza untuk mengendong bayi kedua berhasil tidak lama lagi dan berkongsi saat manis itu bersama peminatnya di seluruh Malaysia.

Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Rotikaya 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-siti-nurhaliza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham