Kembar Lahir Lain Hari, Bulan & Tahun, Salah Seorang Kembar Itu Lahir Di Malam Tahun Baru

Kembar lelaki perempuan ini lahir beza 15 minit, walau bagaimanapun salah seorang lahir di malam tahun baru, maka berlainan tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepasang kembar lelaki perempuan yang dilahirkan selang lima belas minit mempunyai tarikh lahir yang berbeza apabila salah seorang bayi itu lahir tepat pada tengah malam tahun baru.

Fatima Madrigal dan Robert Trujillo, dari Greenfield, California, cukup teruja dengan kelahiran bayi kembar mereka Alfredo dan Aylin dengan selang 15 minit, tetapi pada hari yang berbeza, di Pusat Perubatan Natividad.

Kembar lelaki perempuan lahir pada tahun berbeza

Pasangan kembar lelaki perempuan ini lahir dengan perbezaan hanya 15 minit, namun pada tahun yang berbeza. Kembar pertama lahir pada 31 Disember jam 11.45, manakala kembar yang kedua lahir pada 1 Januari, 12 malam.

Bayi lelakinya Alfredo dilahirkan dengan berat 6 paun, 1 auns pada jam 11:45 malam pada 31 Disember 2021, manakala mereka menyambut kembar bayi perempuan Aylin, seberat 5 paun, 14 auns, pada tengah malam pada 1 Januari 2022.

Ibu kepada kembar tersebut, Fatima berkata ‘luar biasa’ dua orang anaknya mempunyai hari lahir yang berbeza, tetapi dia gembira Aylin tiba sehari kemudian.

“Sungguh gila bagi saya bahawa mereka kembar tetapi mempunyai hari lahir yang berbeza,” katanya dalam kenyataan akhbar dari pusat perubatan itu.

“Saya terkejut dan gembira kerana nampaknya dia memang menunggu tahun baru maka lahir pada tengah malam,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini ibu kepada 5 orang anak

Kembar Alfredo dan Aylin tidak lama lagi akan menyertai 3 beradiknya yang lain, dua perempuan dan seorang lelaki di rumah keluarga di Greenfield, Monterey County.

Ibu kepada 5 orang anak kini, Madrigal berkata keluarganya tidak sabar untuk bertemu dengan kembar itu, dan anak sulungnya gembira kerana adik lelaki pertamanya akan pulang bersama ibu bapanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini tentunya satu momen dan kelahiran paling diingati dalam kerjaya saya,” kata Dr Ana Abril Arias, seorang doktor keluarga di Natividad Medical Group dan fakulti di Natividad.

“Ia merupakan satu kenangan terindah malah satu tanggung jawab yang digalas dengan sempurna apabila dapat menyambut bayi  dengan selamat pada 2021 dan 2022. Sungguh cara yang menakjubkan untuk memulakan Tahun Baru!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat kira-kira 120,000 kelahiran kembar di Amerika Syarikat setiap tahun, membentuk lebih daripada 3 peratus daripada semua kelahiran, tetapi sangat jarang bagi anak kembar dilahirkan dengan hari lahir yang berbeza.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan