Bayi Kembar Ini Lahir Dengan Rupa & Warna Kulit Tak Sama, Tapi Dua-Dua COMEL!

Biasanya kita lihat bayi kembar dilahirkan dengan rupa paras yang comel dan seiras. Namun pernah tak anda melihat kembar tak seiras seperti dua bayi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan jarang sekali kita dapat melihat kembar tak seiras kerana selalunya kita biasa tengok kembar seiras dengan rupa yang comel dan didandan sama dua-dua oleh ibu bapanya.

Kalau si kakak pakai baju kotak-kotak, si adik tentu juga pakai warna dan corak yang serupa. Haish, memang comel habis!

Bahkan kembar tak seiras ini juga boleh jadi mereka berlainan jantina di mana seorang lelaki dan seorang lagi adalah perempuan.

Kembar tak seiras dengan miliki warna kulit yang tak sama!

Di Quincy, Illinois Amerika Syarikat terlahirlah dua orang bayi kembar yang sungguh comel paras rupanya.

Bayi kembar ini dilahirkan pada 23 April 2016 dengan warna kulit yang sangat berbeza. Sampai orang kata mereka ini bukan kembar!

Kedua-duanya diberi nama Kalani dan Jarani. Di mana Kalani memiliki kulit seperti ibunya putih gebu dan sungguh comel.

Sementara itu, Jarani pula berkulit coklat yang mengikut kulit ayahnya dan campuran warna kulit ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana, ibu mereka berasal dari Kaukasia sementara ayahnya pula berasal dari keturunan Afro-Amerika dan berkulit gelap.

Sebab itu, anak yang dilahirkan memiliki dua warna kulit yang berbeza!

Melawan rasisme

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu mereka, Whitney Meyer mengatakan kedua-dua puterinya itu adalah simbol bagi melawan rasisme dan melambangkan cinta itu adalah sama taraf bagi semua orang.

Walaubagaimanapun, semasa di bilik bersalin, Whitney mengakui terkejut kerana tidak pernah menyangka akan memiliki bayi dengan warna kulit yang berbeza antara satu sama lain sedangkan mereka adalah kembar.

Malah, bapa si comel ini juga turut teruja bila diberitahu rupa dan warna kulit anak kembarnya.

Ini kerana semasa dilahirkan Kalani dikeluarakan dahulu dan kulitnya nampak sanagt putih dan menyangka puterinya albino.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun selepas beberapa minit, Jarani pula dilahirkan dan lantas kedua-dua ibu bapa baru ini terkejut kerana kulitnya sedikit coklat.

“Pada firasat saya bayi semuanya dilahirkan dengan keadaan kulit yang putih dan cerah. Tapi selepas saudara kembarnya lahir dengan warna kulit sedikit gelap lantas tidak pernah terfikir akan memiliki bayi bermata biru,” katanya.

Orang tak percaya bayinya kembar

Atas sebab itu, ibu dua anak ini sering memakaikan puterinya baju yang sama supaya mereka kelihatan kembar kerana orang selalu tak percaya yang mereka ini adalah anak kembar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, apa yang sama di antara mereka adalah senyuman yang mirip tapi harus menyiapkan mereka dengan pakaian yang sama.

Malah selepas sembilan bulan Jarani dan Kalani sudah menampakkan karakter dan peribadi diri yang berbeza.

Misalnya, Kalani sangat lincah dan bertenaga. Dia suka merangkak ke sana dan ke mari. Tak reti duduk diam.

Sebaliknya pada Jarani, dia suka digendong dan dipeluk dengan kehangatan tubuh ibunya.

Malah Jarani juga lebih suka makan berbanding Kalani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 dalam 500 kelahiran bayi kembar memiliki warna kulit berbeza

Menurut Doktor yang berasal dari Eropah mengatakan, pasangan berbeza rupa paras dan memiliki warna kulit yang berbeza cuma ada 1 di antara 500 kelahiran bayi.

Apapun, suami isteri ini berharap kedua-dua puteri comelnya itu dapat menjadi contoh untuk semua orang apabila meningkat dewasa kelak.

Beliau turut berharap, orang boleh melihat bahawa warna kulit bukanlah penghalang kepada sesuatu perkara. Tapi yang paling penting adalah cinta yang hadir dalam diri dan hidup adalah anugerah yang terindah pada seseorang.

Justeru dengan kelahiran Kalani dan Jarani ini turut dapat membuktikan cinta antara pasangan suami isteri yang berlainan budaya dan warna kulit.

Sebab itu, cinta tidak pernah mengenal warna kulit apapun rupa paras yang berbeza.

Malah, setiap manusia adalah sama saja di sisi tuhan dan setiap orang berhak untuk dicintai serta mencintai.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.com/9-tanda-mengandung-anak-kembar