Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya : Anak 'Hero Malaysia', Dr Noor Hisham Dilantik Felo Perdana

Kementerian Kewangan ada terima 3 Felo Perdana, yang menarik perhatian, salah seorangnya adalah anak kepada  'Hero Malaysia', Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semalam Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan di laman Twitternya bahawa Kementerian Kewangan ada terima tiga Felo Perdana baru dan apa yang menarik perhatian, salah seorangnya ialah Muhammad Khair Noor Hisham iaitu anak kepada  ‘Hero Malaysia’, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tidak perlu diterangkan lagi, siapa saja tidak kenal Dr Noor Hisham atas kewibawaan beliau tangani krisis Covid-19, jadi tidak mustahil anaknya juga mengikut jejak langkah bapanya.

Felo Perdana adalah pembantu eksekutif atau pelatih di kementerian kepada menteri Kabinet bagi tempoh khidmat antara enam minggu hingga tiga bulan.

Kementerian Kewangan ada anak ‘Hero Malaysia’

Kredit foto: Kementerian Kewangan

Anak lelaki kepada Ketua Pengarah Kesihatan itu adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan, BA (Kepujian), Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom. 

Sepanjang bergelar pelajar, pelbagai anugerah akademik telah diraih antaranya adalah pemenang dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, beliau juga pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang pada 2018. 

Beliau juga bergiat aktif sepanjang bergelar siswazah dan pada tahun 2018, beliau pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya-Program Hubungan Antarabangsa.

Melihat daripada kesemua pencapaian yang diperoleh, sememangnya anak lelaki Dr Noor Hisham ini sangat layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020.

Felo Perdana cungkil bakat belia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Felo Perdana adalah komitmen kerajaan dalam menghargai peranan generasi milenial yang merangkumi asas bakat sumber manusia negara.

Kata Tengku Zafrul, warga belia adalah antara tunjang kepada pembangunan negara. Merekalah yang akan membimbing generasi akan datang dalam usaha memacu Malaysia ke arah kejayaan.

Program itu membolehkan peserta mengalami sendiri bagaimana jentera pentadbiran kerajaan menggubal dasar baharu dan membuat keputusan pentadbiran yang memberi kesan kepada rakyat, sekali gus menjadi perantaraan untuk menjelaskan prosedur itu kepada umum, khususnya generasi muda.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seringkali orang kata, cemerlang ibu bapa, cemerlanglah anaknya. Mungkin ada benarnya. Walaupun tidak semestinya terpakai untuk semua, tetapi tidak dinafikan ibu bapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak. 

Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, itulah yang boleh digambarkan sekiranya ibu bapa menunjukkan amalan yang cemerlang di hadapan anak-anak, mereka pasti akan ikut sama.

#1. Memberi dorongan dan tunjuk ajar

Tidak kira berkemampuan dari segi kewangan atau sebaliknya, sebagai ibu bapa, kita haruslah memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada anak-anak.

Peribahasa juga mengatakan melenturi buluh biarlah dari rebungnya. Sejak anak kecil lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membantu kecemerlangan anak-anak.

Sebab itu ada mengatakan segala pendidikan bermula dari rumah tidak kiralah dari segi akademik atau akhlaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Awasi perkembangan dan pergaulan anak

Ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Umumnya, anda perlu tahu bahawa rakan sebaya anak-anak berperanan besar dalam mempengaruhi mereka dalam kehidupan harian mereka.

Anak-anak selalunya akan memilih rakan yang mempunyai sifat, kelakuan dan identiti yang hampir sama untuk bergaul. Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak adalah mengawasi perkembangan dan pergaulangan mereka bersama rakan sebaya.

#3. Meluangkan masa bersama anak-anak

Ibu bapa juga hendalah meluangkan masa bersama anak-anak. Cari masa berbual dengan mereka mengenai pelbagai perkara ia termasuk masalah yang dihadapi dan memberi nasihat kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi banyak anda luangkan masa bersama mereka, lebih banyak yang anda tahu tentang mereka. Selain mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak ia adalah indikator tinggi atau rendah kepercayaan mereka pada anda. 

#4. Pastikan anak dapat didikan agama dan moral secukupnya

Dalam membantu kecemerlangan anak-anak, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang secukupnya. Ahli fizikteori Albert Einstein pernah berkata bahawa ‘agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.’

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi didikan agama sejak awal usia kerana ia akan menjadi pedoman hidup untuk anak mengelakkan diri daripada perbuatan maksiat dan perkara membahayakan kesihatan. 

Bukan saja akademik ya penting, tetapi sahsiah diri juga elemen sangat penting dalam menentukan kecemerlangan anak. 

Sumber: borakdaily, bidadari.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comketua-pengarah-kesihatan

 

Penulis

Lala Annuar