Kerana kemurungan selepas bersalin, ibu ini membunuh diri dan bayinya

lead image

Kemurungan selepas bersalin bukan perkara yang boleh kita buat main. Stres hingga murung boleh bawa maut, sama seperti kes ibu bunuh diri ini!

Kemurungan selepas bersalin meragut nyawa ibu dan bayi

Kisah tragis ini terjadi pada 23 November 2016 lalu. Seorang ibu muda dari Singapura telah membunuh diri bersama bayinya dengan melompat dari bangunan tinggi. Semuanya gara-gara kemurungan selepas bersalin.

Ibu tersebut bernama Koh Suan Ping, dan bayinya pula bernama Jaelyn Ng. Mendiang mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan melompat dari tingkat 12 apartmen di daerah Bukit Panjang Singapura selepas dilaporkan mengalami kemurungan selepas bersalin.

Koroner yang mengendalikan kes ini, Marvin Bay menyatakan kematian Koh adalah kes bunuh diri. Dia telah membuat keputusan untuk membunuh diri sambil menggendong bayinya.

Jelas sekali, dia ingin mati bersama bayinya.

kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin lebih serius dari yang anda sangka

Kemurungan selepas bersalin boleh membawa padah

Menurut keterangan suami, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat Koh, dia didapati ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan selepas bersalin. Koh dibenarkan bekerja dari rumah selepas cutinya tamat.

Namun Koh ingin bekerja di pejabat. Kerana itulah dia hanya mengambil cuti bersalin selama 2 bulan.

Koh tidak berjaya menemui pengasuh yang baik. Dan hal ini membuatkan dirinya stress kerana tidak dapat kembali ke pejabat.

Kemurungan selepas bersalin yang dihadapi Koh dijangka berpunca dari proses penyusuan, tidak mendapat bantuan dan takut dibuang kerja. 

Kerana kemurungan selepas bersalin, ibu ini membunuh diri dan bayinya

Gambar hiasan ehsan wikimedia common

Seminggu sebelum kejadian bunuh diri itu, Koh yang juga merupakan seorang Pengurus Jualan dilihat tidak stabil secara emosi. Malah 5 hari sebelum membunuh dirinya, Koh telah membuat carian di Google dengan menaip ‘apa yang perlu dilakukan ketika tiada jalan keluar‘ di internet.

Beri sokongan pada ibu selepas bersalin untuk elak kemurungan

Menurut Dr Bay, kejadian seumpama ini seharusnya boleh dielak. Tempat kerja harus memberi sokonan dan bantuan bagi ibu yang baru beranak.

Ini termasuklah seperti tidak menambah stres dengan hal kerja dan memberi waktu kerja yang lebih fleksibel. Malah, ahli keluarga dan teman rapat juga patut menjalankan peranan masing-masing.

Proses bersalin boleh mendatangkan pelbagai emosi kepada si ibu. Dari gembira, takut hinggalah sedih. Ini semua boleh menyebabkan kemurungan selepas bersalin pada ibu-ibu.

kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin adalah punca utama kebanyakan kes bunuh diri

Kerana ini jugalah Dr. Bay menyarankan ibu baru bersalin mengetahui tanda-tanda kemurungan.

Ibu-ibu juga perlu mendapatkan bantuan seawal mungkin jika terdapat sebarang tanda-tanda kemurungan. Lebih awal mendapat bantuan, lebih awal kejadian tidak diingini dapat dicegah!

Bantuan itu bukanlah dari segi berjumpa doktor saja. Ia juga boleh datang dari sokongan keluarga dan kawan-kawan serta pihak atasan di tempat kerja.

Ketahuilah kemurungan sangat bahaya. Ia bukan sahaja boleh memberi kesan jangka masa panjang terhadap seseorang individu itu. Ia juga boleh meragut nyawa lebih dari seorang.

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kemurungan ketika Hamil atau Selepas Bersalin tidak boleh lari dari wanita

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma