Petua Malam Jumaat, Kemutan POWER Ketika Hubungan Seks Buat Suami Gila Bayang

Menjadi isteri yang hebat ketika di ranjang bukanlah sesuatu yang susah. Anda perlu memberikan kemutan vagina yang power bagi memuaskan nafsu suami

Kaedah melakukan kemutan power pada faraj menjadi peranan yang cukup penting ketika anda dan pasangan menikmati hubungan di ranjang yang penuh dengan pelbagai aksi.

Namun, kebanyakan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga berasa agak malu untuk berkongsi mengenai teknik ini kerana ia dianggap lucah dan sensitif.

Hal yang menyedihkan apabila ramai isteri pada masa kini tidak tahu bagaimana untuk melakukan kemutan power agar suami mencapai kepuasan ketika melepaskan nafsu asmara.

Teknik kemutan power

foto: Cosmopolitan

Kemutan faraj power yang betul juga memberikan berupaya membuatkan suami lambat klimaks dan dapat melakukan dayungan zakar secara lebih lama.

Dengan mengamalkan beberapa teknik kemutan faraj ketika berasmara juga berupaya menguatkan otot-otot faraj, sekaligus meningkatkan kepuasan berganda dalam hubungan kelamin.

Acap kali para isteri melakukan teknik kemutan faraj yang salah sehingga mendatangkan kesakitan ketika zakar suami bergeser dengan dinding faraj. 

Akibatnya pasangan anda tidak dapat menikmati sepenuhnya ketika melepaskan nafsu mereka kerana teknik kemutan yang salah boleh membuatkan suami cepat klimaks dan mengeluarkan air mani.

Kemutan faraj untuk kenikmatan

Kemutan faraj amat penting untuk memberikan kepuasan tahap maksima kepada zakar suami bagi melakukan lebih banyak aksi seks.

Teknik kemutan hebat juga mampu menahan suami dari tewas, melambatkan air mani keluar dan menjadikan suami bertahan lebih lama ketika hubungan seks berjalan. Antara teknik-tekniknya ialah:

#1. Kemutan senyap

Teknik kemutan ini dilakukan apabila suami telah memasukkan kemaluannya ke dalam faraj anda tetapi belum memulakan dayungan. 

Cara untuk melakukan kemutan faraj ini adalah dengan perlahan-lahan dan tidak terlalu gelojoh bagi memberikan belaian yang penuh manja dan menggoda untuk suami meneruskan aksi yang seterusnya.

#2. Kemutan menujah

Teknik kemutan ini berlaku semasa pasangan anda melakukan tujahan zakar ke dalam lubang vagina dan melepaskan kemutan semasa suami menarik kembali zakarnya.

Caranya adalah anda perlu melakukan kemutan faraj dengan pantas dan kuat bagi memberikan kenikmatan yang tidak terhingga kepada suami tercinta.

Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan anda untuk melakukan teknik kemutan cara ini boleh membuatkan suami cepat klimaks.

Oleh itu cuma amalkan teknik ini jika suami anda seorang yang pancut lambat, atau faraj telah menjadi terlalu licin dan basah.

#3. Kemutan secara menarik

Teknik kemutan ini dilakukan semasa suami menarik kembali zakar selepas menujah. Teknik ini menjadi pilihan kebanyakan pasangan kerana ia terbukti dapat melambatkan pancutan air mani dan mempercepatkan anda untuk klimaks.

Caranya adalah anda perlu mengemut faraj ketika suami menarik zakar keluar dan pastikan cengkaman faraj lebih kuat pada bahagian kepala zakar suami.

Cengkaman pintu faraj pada kepala zakar akan melambatkan air mani keluar. Bukan itu sahaja, geseran yang dirasai oleh faraj anda ketika zakar ditarik turut memberikan lebih nikmat kepada isteri.

Latihan menguatkan otot faraj

foto: GhanaWeb

Latihan kemutan faraj perlu dipraktikkan oleh semua wanita dalam  mendapatkan kenikmatan hubungan suami isteri.

Vagina yang longgar akan mengurangkan geseran dan sekaligus menyebabkan anda dan suami merasai kurang nikmat sehingga menjadi penat untuk menunggu mencapai klimaks.

Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan latihan bagi menguatkan otot faraj bagi meningkatkan daya kemutan. Antaranya:

#1. Ketika membuang air kecil
Ketika anda membuang air kecil, tahan kencing anda selama beberapa saat. Kemudian lepaskan dan kencing seperti biasa.

Beri perhatian kepada otot-otot vagina yang anda gunakan ketika menahan kencing. Lakukan latihan ini setiap kali anda ingin kencing.

#2. Ketika membuang air besar
Latihan ini dilakukan ketika anda ingin membuang air besar. Beri perhatian kepada kepada otot-otot yang anda gunakan ketika ingin menahan najis tersebut.

Kesalahan dalam mengemut vagina 

credit to sources

#1. Tidak mengikut ritma

Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh para isteri adalah begitu yakin bahawa anda telah mahir dalam melakukan kemutan power.

Sebenarnya, tabiat mengemut vagina ini akan menjadi salah sekiranya anda tidak mengikut ritma dayungan zakar suami.

Maksudnya, jika suami mendayung dengan perlahan di awal permulaan jimak, anda perlu terus mengemut dengan kuat dan laju.

Manakala ketika suami mendayung zakar dengan laju pula, kemutan anda menjadi perlahan dan tidak bertenaga.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya latihan terhadap otot-otot faraj dan menyebabkan otot-otot faraj menjadi lembik dan tidak dapat mengikuti ritma dayungan suami.

#2. Tidak peka terhadap suami

Kebanyakkan wanita tidak memerhatikan para suami mereka ketika berjimak. Kesalahan anda yang terus melakukan teknik kemutan boleh meningkatkan ghairah suami.

Hal ini sekaligus mengakibatkan suami tidak dapat bertahan lama dan pancut awal ketika hubungan seks bermula.

Oleh itu teknik kemutan yang boleh meningkatkan ghairah suami hanya sesuai digunakan pada permulaan dayungan dan teknik kemutan yang melambatkan pancutan suami digunakan pada pertengahan atau apabila suami ingin pancut.

Sumber: Info Seks Melayu

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

6 Posisi Seks Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik