Baby Asyik Batuk Tapi Tak Demam/Selsema? Si Manja Mungkin Batuk Palsu, Ini Bezanya!

Eh, bayi kan kecil lagi macam mana pula boleh batuk palsu pula? Ibu ayah perlu tahu yang bayi sebenarnya cukup bijak untuk meraih perhatian dengan cara kreatif juga tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila si manja batuk, ibu ayah mesti sudah mula risau anak terkena jangkitan atau ada masalah kesihatan yang lainnya. Tetapi bagaimana pula sekiranya anak cuma berpura-pura batuk dan kenapa bayi batuk palsu pula ya?

Buat pengetahuan ibu ayah, sebenarnya bayi boleh buat-buat batuk malah bersin palsu juga. Yang menariknya, perlakuan ini sebenarnya normal dan ini adalah perkara biasa untuk bayi berkomunikasi dengan anda!

Bayi Batuk Untuk Berkomunikasi

Mesti anda terkejut kan? Rupa-rupanya si manja cukup bijak untuk meneroka cara komunikasi selain menggunakan pergerakan tubuh dan tanpa mengeluarkan perkataan pun.

Anak kecil tidak dapat berkomunikasi dengan perkatan, jadi pilihan terbaik seterusnya ialah membuat bunyi seperti batuk atau bersin. Tambah menakjubkan, bayi mula melakukan ini sejak berumur 6 bulan.

Selain batuk, ada sesetengah bayi yang berpura-pura bersin, membuat bunyi menggunakan air liur atau yang paling biasa sekali, tentunya melalui tangisan. Walau apa jua carapun, ini semua merupakan cara bayi berkomunikasi dengan orang sekeliling terutamanya ibu dan ayah.

5 Sebab Kenapa Bayi Batuk Palsu

Bila fikirkan semula, agak comel juga bila bayi pura-pura batuk. Tetapi sebenarnya si manja ingin berkomunikasi atas sebab apa ya?

Berikut merupakan 5 sebab kemungkinan kenapa bayi batuk palsu:

1. Batuk untuk Menarik Perhatian

Sebenarnya, pada kebanyakan masa bayi berpura-pura batuk hanya untuk mendapatkan perhatian ibu ayah. Hakikatnya bayi sangat pintar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si kecil anda tahu yang jika dia batuk, anda pasti akan dengar dan datang untuk memeriksa keadaannya. Apabila bayi sudah tahu helahnya, sudah tentu dia akan mencuba lagi dan lagi. Hihi.

2. Batuk Untuk Keseronokan

Kredit: Indiatoday.in

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa tahun pertama si manja pastinya untuk bermain jadi bayi boleh batuk untuk menghiburkan dri sendiri sahaja!

3. Kelenjar Air Liur Belum Matang

Ramai bayi yang kerap mengeluarkan air liur, ini kerana kelenjar air liur mereka aktif terutamanya apabila masuk usia 2 bulan. Apatah lagi kerana bayi tidak tahu mahu buat apa dengan lebihan air liur itu.

Memandangkan bayi tidak pasti sama ada perlu meludah atau menelannya, bayi cuba melakukan perbuatan batuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Terpesona oleh Bunyi

Bayi boleh mendengar walaupun sebelum mereka dilahirkan apabila ibu berada di minggu 25 atau 26 kehamilan.

Bunyi memainkan peranan penting dalam perkembangan anak kecil  kerana bayi tidak dapat melihat dengan jelas dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran membuatkan si manja banyak bergantung banyak pada pendengaran.

Kadang-kadang, bayi buat batuk palsu hanya kerana mereka tertarik dengan bunyi batuk.

Bagaimana untuk membezakan batuk sebenar dari batuk palsu pada bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baiklah, sekarang ibu ayah dah tahu yang bayi boleh berpura-pura batuk. Tetapi macam mana ibu ayah nak pastikan yang bayi hanya berpura-pura dan bukannya memerlukan bantuan?

Jom tengok cara untuk pastikan yang bayi batuk sebenarnya dan bukannya sekadar taktik untuk meraih perhatian:

  • Semak suhu bayi untuk memastikan sama ada demam atau tidak. Sekiranya suhu tinggi, pastikan ibu ayah bawa berjumpa doktor.
  • Adakah hidung anak berhingus? Jika ya, maka itu mungkin menunjukkan bahawa bayia mempunyai selsema yang biasanya diiringi dengan batuk.
  • Bayi yang ada penyakit pernafasan juga kerap batuk. Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda kesukaran bernafas, bawa dia ke doktor.
  • Sekiranya anak mengalami masalah tidur, sukar membuang dan enggan makan sertasemua ini disertai batuk, maka bayi mungkin sakit.

Walaupun batuk palsu bayi adalah normal, namun sebaiknya ibu ayag peka dan rujuklah doktor bagi memastikan si kecil tidak berada dalam bahaya ya!

Masa Untuk Hentikan Bayi Dari Batuk Palsu

Pada permulaan ibu ayah sedar yang bayi bayi batuk, pastinya anda khuatir. Namun bila dah sedar yang pelakuan ini palsu, anda mendapati ini lucu dan comel pula..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi harus diingat yang pelakuan batuk palsu tidak seharusnya menjadi tabiat si kecil pula. Apabila bayi mencapai umur tertentu, adalah penting untuk mengatasi masalah ini ya.

Ibu ayah boleh mulakan dengan memberitahu bayi untuk menghentikan kebiasaan ini dengan membuatnya faham bahawa ia terpaksa berhenti. Bercakap dengan si manja dan beritahu dia bahawa batuk bukanlah cara sebenarnya untuk berkomunikasi.

Jangan risau, si kecil boleh faham juga nanti. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:parentingfirstcry

Baca juga:

Kenali 7 Ciri-Ciri Batuk Yang Berbahaya Pada Bayi, Ibu Sila Pantau Elak Gejala Bertambah Teruk!

Penulis

Beto Rahman