Rezeki Suami Isteri Susah Masuk Kalau Bilik Air Terlalu Kotor & Menggelikan!

Ada banyak sebab kenapa rezeki susah masuk dalam rumah tangga. Salah satunya adalah kerana bilik mandi atau tandas di rumah anda terlalu kotor!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak tanya, anda selalu tak basuh bilik air setiap hari? Atau mungkin seminggu sekali? Ini kerana bila hari-hari kita guna tandas tersebut, tentunya muncul keladak atau kekuningan di tepi dinding tandas itu, kan? Jadi, jangan terkejut kalau ada orang kata tandas adalah salah satu sebab kenapa rezeki susah masuk! 

Bayangkan bilik air yang digunakan setiap hari tidak dicuci tentunya akan membuatkan anda geli nak pijak lantai tandas kan? Kalau tak ada rasa geli mungkin anda sudah terbiasa dengan keadaan ini terlalu lama. 

Tapi apa kena mengena rezeki dengan tandas kontor? Jom kita kupas satu-satu dalam artikel ini dengan panjang lebar.

Kenapa rezeki susah masuk? Sebabnya tandas rumah terlalu kotor! 

Dalam Islam, kita sendiri sudah tahu bahawa tandas adalah tempat jin dan syaitan suka duduk menumpang. Bahkan, di situ juga kawasan yang mereka beranak-pinak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum bincang lebih lanjut, cuba tengok bilik air rumah anda. Adakah ia dalam keadaan seperti di bawah?

  • Lantai dan mangkuk tandas kotor serta kekuningan
  • Apabila pijak saja lantai bilir air rasa licin sebab berlumut, kotor dan kuning.
  • Sinki bilik air berkerak
  • Bau busuk dalam bilik air sama macam tandas awam yang tak dicuci.
  • Pintu bilik air selalu terbuka

Sebenarnya bila bilik air terlalu kotor ia hanya membuatkan jin dan syaitan gembira sakan sebab manusia tak tahu nak jaga tempat tersebut dengan baik. Bahkan, bila pintu bilik air terbuka pula makhluk-makhluk ini akan lebih bersuka ria dalam rumah kita.

Maka jangan tanya kenapa rezeki susah masuk kerana puncanya ada depan mata iaitu bilik air terlalu kotor. Berikut adalah punca kenapa rezeki susah masuk

1) Syaitan dan jin runtuhkan kasih sayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bilik air kotor, syaitan dan jin akan meruntuhkan kasih sayang dalam keluarga seperti anak semakin biadap, isteri tak hormat suami, isteri derhaka atau suami pemalas.

2) Melahirkan sifat negatif 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan wujud juga sikap negatif dalam diri seperti mudah bersangku buruk dengan orang, iri hati, cepat marah, sombong dan lupa diri. Bukan itu saja, anda juga tak solat dan tidak menjalankan rukun Islam dengan sempurna.

3) Emosi selalu tak stabil

Bila emosi tidak stabil bagaimana nak menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga dengan baik. Lantas ia juga membuatkan anda rasa malas untuk keluar bekerja sekaligus membuatkan rezeki terbantut.

Rasullullah SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Sesungguhnya tandas itu dihuni oleh jin. Oleh kerana itu, apabila sesorang itu masuk ke dalam tandas maka ucapkanlah Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits." Maksudnya Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin lelaki dan jin perempuan (HR Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)

Justeru bermula hari ini, tolong basuh dan bersihkan bilik mandi anda setiap hari barulah kehidupan serta rezeki berlipat ganda masuk ke dalam rumah sekaligus membuatkan anda sekeluarga lebih bahagia. 

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Pesona Pengantin 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan