Bertabahlah Ibu Ayah, 6 Tahun Anda Tidak Akan Tidur Lena Selepas Kelahiran Bayi Pertama!

Sejauh mana kebenarannya, Profesor Bersekutu University of Warwick, United Kingdom, Sakari Lemola phD bongkarkannya di artikel ini. Menurutnya waktu tidur ibu bapa tidak akan kembali normal hingga anak mereka melangkah ke alam persekolahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila lahirnya bayi anda, anda bukan saja menyambut kedatangan bayi, tapi juga menyambut kedatangan tidur yang terganggu. Kenapa susah tidur? Jangan terkejut, kajian ada menunjukkan yang para ibu bapa sebenarnya akan ada gangguan tidur sehingga anak berusia 6 tahun!

Sejauh mana kebenarannya, Profesor Bersekutu University of Warwick, United Kingdom, Sakari Lemola phD bongkarkannya di artikel ini. Menurutnya kenapa ibu bapa sukar tidur adalah kerana bayi yang kerap berjaga malam.

Dan menariknya kesukaran tidur bukan sehingga bayi mencecah usia 6 bulan saja ya, waktu tidur ibu bapa tidak akan kembali normal hingga anak mereka melangkah ke alam persekolahan.

Foto: Huffingtonpost

Perempuan akan lebih susah tidur 

Kualiti tidur si ibu sebenarnya akan lebih terkesan berbanding si ayah. Tidak kiralah sama ada si ibu menyusu badan atau tidak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan pertama selepas kelahiran bayi, wanita akan kehilangan 1 jam dari waktu tidur normal mereka setiap malam berbanding ketika waktu hamil dulu. Walhal lelaki hanya kurang dalam 15 minit tidur setiap malam. 

Kenapa wanita susah tidur, kata Lemola, inilah realitinya di mana ibu masih memainkan peranan sebagai penjaga berbanding si bapa.  

Dari waktu hamil hinggalah pada sebulan awal postpartum, si ibu sememangnya tidak akan mendapat tidur lena yang ideal selepas kelahiran anak pertama. 

Walaupun anak sudah mencecah 4 atau 5 tahu, ibu tetap akan mengalami kekurangan waktu tidur selama 20 minit, sementara si bapa pula masih kekal dengan 15 minit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah ibu juga lebih cenderung untuk terjaga dengan sendirinya dan melihat anak yang sedang tidur walaupun anak tidur nyenyak dan tidak merengek. Kuat sungguh naluri ibu bukan?

Kekurangan tidur punca ibu bapa penat

Efek jangka masa pendek yang ibu bapa alami selepas menimang cahaya mata adalah masalah biasa. Namun penemuan yang menunjukkan ibu bapa kurang tidur selama 6 tahun ini adalah tidak dijangka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Purata kurang tidur selama 20 minit setiap malam adalah biasa, namun efeknya tetap akan membuat ibu bapa letih dan tidak cukup tenaga. 

Namun kesan ini lebih cenderung kepada ibu bapa baru mempunyai seorang anak, berbanding dengan ibu bapa yang sudah pun mempunyai lebih dari seorang anak. 

Memanglah orang dewasa memerlukan 8 hingga 9 jam tidur yang cukup setiap malam, namun kedatangan bayi baru dalam hidup anda secara automatik memberikan anda lebih tanggungjawab dalam masa yang sedikit. 

Namun percayalah semua itu akan berlalu, ada kemungkinan besar anda akan rindui waktu-waktu ini. 6 tahun itu sekejap saja berbanding dengan kerisauan anda pada anak-anak, itu mengambil masa seumur hidup tau!

Tip mudah tidur

1. Tetapkan Rutin Tidur 

Kata Bill Fish kepada Healthline, penting untuk menetapkan rutin tidur setiap malam. “Badan manusia ini cukup biasa dengan rutin, tidak kiralah umur berapa pun. Tetapkan rutin tidur sama dengan anak anda. Misalnya jam 9 malam anda dan anak-anak sudah siap menggosok gigi, memakai baju tidur dan membaca buku cerita di atas katil. Pastikan setiap malam jam 9 itu anda melakukan rutin yang sama.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Paksa diri anda untuk berjaga

Paksa diri anda untuk berjaga bila apa yang anda inginkan adalah tidur memang satu eksperimen mustahil. Tapi otak anda akan respon pada reverse psychology dan akan buat anda tidur walaupun ia diberitahu yang anda ingin berjaga.

3. Sejuk dan gelapkan bilik

Apabila anda stress atau terlalu banyak berfikir kenapa susah tidur, suhu badan anda akan meningkat kepada tahap yang tak selesa.

Anda akan mula rasa panas, berpeluh, rasa nak demam dan membuatkan anda makin susah untuk tidur.

Dengan sejukkan bilik, anda akan membenarkan badan untuk relaks dan tidur apabila anda berselubung dalam selimut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa-apa cahaya semula jadi atau tiruan boleh menyebabkan otak anda berada pada tahap terjaga dan buat anda lebih susah tidur.

Jadi, gelapkan bilik anda kerana kegelapan akan secara semulajadinya mengeluarkan melatonin, bantuan tidur semulajadi. Lebih banyak melatonin yang badan anda hasilkan, lebih mudah unutk anda tidur.

Anda perlukan tidur untuk dapatkan gaya hidup yang sihat. Jika ia ssangat membebankan anda, cuba cantumkan beberapa kaedah ini atau bincang dengan doktor anda tentang solusi lain yang boleh membantu. 

Sumber: Healthline Womenshealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Susah Tidur Malam? Ketahui 10 Punca Tak Boleh Tidur Malam (Insomnia), Kesan & Cara Mengatasi