Kencing Bayi Terkena Pakaian, Apa Anda Patut Buat & Cara Basuhan Yang Betul

Kencing bayi terkena pakaian memang biasa berlaku terutama ketika menukar lampin mereka. Jadi bagaimana cara mencuci yang betul?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun anak masih bayi dan anda merasakan kencing mereka tidak kotor sebenarnya perkara ini perlu diberi perhatian. Malah ada kemungkinan pakaian anda yang terkena kencing bayi tidak sah untuk dibawa solat.

Disebabkan itu perlunya ibu ayah beragama Islam tahu dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu mengenai air kencing bayi supaya tidak berlakunya perkara yang boleh mendatangkan was-was.

Tidak cukup dengan itu, anda juga perlu tahu cara menyucikannya dengan langkah yang betul.

Hukum Kencing Bayi

Secara asasnya, bayi lelaki kurang dua tahun, air kencingnya dikategorikan sebagai najis mukhaffafah. Najis mukhaffafah ialah najis ringan yang boleh dibersihkan dengan merenjis air ke atasnya iaitu kesan air kencing tersebut.

Dengan syarat air tersebut mestilah lebih banyak daripada air kencingnya dan tidak disyaratkan air tersebut mengalir sehinggalah hilang ain najis serta sifat-sifatnya iaitu bau, rasa dan warna.

Ia dinamakan sedemikian kerana syariat telah memberi keringanan pada kaedah menyucikannya. Namun, najis air kencing tersebut hanya dikira sebagai najis mukhaffafah sekiranya memenuhi kesemua empat syarat yang berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Najis tersebut adalah air kencing
  2. Ia adalah air kencing bayi lelaki
  3. Bayi tersebut belum mencapai umur 2 tahun 
  4. Bayi tersebut masih belum makan apa-apa makanan yang mengenyangkan selain daripada menyusu ibunya

Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat tersebut, maka najis tersebut termasuk dalam kategori mutawassitah.

Perbezaan Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan

Air kencing bayi perempuan dikategorikan sebagai najis mutawassitah. Walaupun mereka belum makan selain susu ibu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang terkena najis itu sehingga hilang zat dan sifat-sifat najis sebagaimana menyucikan kencing orang dewasa.

Namun timbul persoalan hukum najis air kencing bayi lelaki pada zaman kini kerana penggunaan susu formula semakin meluas dalam kalangan ibu bapa khususnya yang melibatkan ibu dan bayi yang mengalami masalah kekangan tertentu.

Daripada segi pemakanan, kandungan susu formula jauh berbeza dengan kandungan susu ibu. Hasil perkembangan teknologi, susu formula dihasilkan sama ada dari susu haiwan seperti lembu atau kambing dan kekacang melalui proses tertentu bersesuaian kandungan nutrisinya mengikut umur kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga diakui dari sudut perubatan bahawa susu formula hanya bertindak sebagai makanan pelengkap buat bayi dan tidak dapat menandingi khasiat susu ibu dari segi nutrien dan kebaikannya. 

Air kencing bayi lelaki yang minum susu formula ini dihukumkan sebagai najis mutawasitah yang perlu dibasuh sehingga hilang ain najis serta sifat-sifatnya bau, rasa dan warna.

Bagi bayi lelaki yang masih menyusu susu ibu (sebagai makanan utamanya) tetapi telah diberi makan ubat atau kurma ketika mentahniknya atau apa-apa yang seumpamanya, selagimana makanan tersebut tidak mengenyangkannya, air kencingnya masih dikira sebagai najis Mukhaffafah.

Jenis Najis Bayi

Bayi yang baru dilahirkan boleh membuang air kecil dengan kerap dalam sehari. Malah, kekerapan menukar lampin basah adalah petanda baik bayi anda iaitu si kecil mendapat semua cecair yang diperlukan dan terhidrat sebaiknya.

Apabila bayi semakin membesar, kekerapan lampin basah akan berkurangan, tetapi ia masih dalam anggaran yang banyak iaitu 6-8 kali sehari. Anda boleh mengetahui berapa kerap bayi kencing dengan menilai berat lampinnya.

Secara amnya, warna air kencing bayi boleh menunjukkan tahap kesihatan si manja. Kencing yang berwarna seakan merah jambu atau kuning cerah, tidak mendatangkan sebarang kebimbangan. Ia berlaku kerana tindak balas air kencing dengan bahan kimia dalam lampin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, jika si kecil jarang kencing atau warna air kencingnya lebih gelap, ia menandakan mereka mungkin mengalami dehidrasi atau tidak menyusu dengan secukupnya.

Jika air kencing berwarna merah atau coklat dan anda merasakan ia mungkin mengandungi darah mahupun bayi tampak tidak sihat, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor dengan segera. 

Najis pertama bayi yang baru dilahirkan akan kelihatan hitam atau hijau tua seperti tar dikenali sebagai mekonium. Ibu ayah tidak perlu bimbang kerana ia perkara biasa disebabkan tubuh si kecil sedang mengosongkan perut dan usus selepas berada di dalam rahim selama hampir 9 bulan.

Keadaan ini boleh berlangsung selama beberapa hari. Apabila tempoh tersebut berakhir, pelbagai perubahan normal berkaitan jenis, bau serta kekerapan bayi membuang air besar akan berlaku.

Kekerapan untuk buang air besar adalah antara tiga kali sehari atau tiga kali seminggu adalah perkara biasa terutama jika dia minum susu ibu.  Bayi boleh membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu, keadaan ini dikenali sebagai refleks gastrokolik.

Najis berwarna kuning dan lembik adalah perkara biasa bagi bayi yang menyusu badan. Namun, terdapat banyak warna yang normal apabila ia berkaitan dengan najis bayi. Berikut ialah panduan warna demi warna untuk bayi baru lahir:

  • Hitam atau hijau gelap. Selepas kelahiran, pergerakan usus pertama bayi berwarna hitam dan berlarutan. Najis bayi jenis ini dikenali sebagai mekonium.
  • Kuning hijau. Apabila bayi mula mencerna susu ibu, mekonium digantikan dengan najis kuning-hijau.
  • Kuning. Bayi yang baru lahir yang disusui biasanya mempunyai pembuangan air besar yang berbuih  yang kelihatan seperti mustard.
  • Kuning atau sawo matang. Jika anda memberi susu formula yang baru lahir, pergerakan usus bayi anda mungkin menjadi kuning atau sawo matang dengan sedikit warna hijau. Ia akan menjadi lebih pejal sedikit daripada pergerakan usus yang disusukan, tetapi tidak lebih pejal daripada mentega kacang.

Sebaik sahaja bayi anda mula makan makanan pejal, najisnya mungkin mengandungi pelbagai warna. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah jika warna najis bayi anda masih hitam beberapa hari selepas lahir atau merah atau berdarah serta putih anda perlu rujuk kepada doktor. 

Selain itu jika tiba-tiba lebih kerap dan berair luar biasa serta kurang kerap daripada yang biasa atau secara konsisten keras, kering dan sukar dibuang bawa bayi anda untuk pemeriksaan kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Basuh Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan

Kajian ilmiah moden menemui bahawa wujudnya perbezaan antara air kencing bayi lelaki dan perempuan. Kajian tersebut mengkaji peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi semasa menyusu dan bayi yang baru lahir. 

Hasil yang didapati adalah: 

  • Usia o hingga 30 hari – peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 95,44% lebih banyak berbanding air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 41.9 sedangkan pada bidang yang sama untuk bayi lelaki hanya berjumlah dua saja.
  • Umur satu bulan hingga dua bulan – peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 91,48% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah dalam bayi laki-laki hanya 2.25.
  • Umur 2-3 bulan – peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 93,69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki, di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah pada kes bayi lelaki hanya 1.6.
  • Usia lebih dari 3 bulan – peratusan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan 13,9 manakala air kencing bayi lelaki jumlahnya 6.8.

Air kencing bayi lelaki berumur bawah dua tahun yang belum makan sebarang makanan melainkan susu ibunya dipercikkan air sahaja berbeza dengan air kencing bayi perempuan hendaklah dibasuh. Namun, sebaiknya juga untuk keluar daripada kekhilafan ini, dibasuh kedua-duanya.

  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (September 29, 2019) Perbezaan Basuhan Air Kencing Bayi Lelaki muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3704-al-kafi-1376-perbezaan-basuhan-bayi-air-kencing-bayi-lelaki
  2. Jabatan Mufti Negeri Selangor (n.d) Hukum Najis Air Kencing Bayi Lelaki Berumur Kurang 2 Tahun yang Telah Minum Susu Formula Bertukar Semula ke Susu Ibu www.muftiselangor.gov.my/taudhih-al-ahkam/1269-taudhih-al-hukmi-hukum-najis-air-kencing-bayi-lelaki-berumur-kurang-2-tahun-yang-telah-minum-susu-formula-bertukar-semula-ke-susu-ibu

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Warna Air Kencing Ketika Hamil, Ketahui Apa Yang Normal & Tidak

Baca juga: Kenapa Bayi Kurang Kencing? Ini 3 Perkara Yang Ibu Perlu Peka Elak Anak Dehidrasi

Baca juga: Jangan Ambil Mudah Bila Anak Mengadu Sakit Ketika Kencing, Ia Tanda Jangkitan & Sakit Buah Pinggang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar